Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MINGGU FESYEN KEDAH 2023 KEMBALI SEMARAKKAN NEGERI JELAPANG PADI!


18 PEREKA FESYEN
, 3 penyanyi popular di atas 1 pentas akan  menyerikan kembali acara yang amat dinanti-nantikan iaitu Kedah Fashion Week 2023, bakal membuka tirainya mulai 4 hingga 6 Ogos di kompleks beli-belah Aman Central di negeri Jelapang. Padi, Kedah Darul Aman.


Sejajar dengan temanya ‘Big Bang’, artis-artis terlibat terdiri daripada Ziana Zain, Datuk Aishah dan Lah Ahmad manakala barisan pereka fesyen lama dan baharu menampilkan dua pereka tempatan yang berwawasan dari Kedah, Ikmal Mukmin dari Gens Great Idea dan Jeremy Lim dari YT Label. 


Festival penuh glamor ini juga akan membuka jalan kepada pereka terkemuka negara seperti Asyraf Arrif, Ezuwan Ismail, Anuar Faizal, Teddie Alrashed (Bleu Natar) dan Oscar Lee (Outdwell).

 

Tidak ketinggalan juga adalah veteran fesyen tempatan yang diterajui oleh ByTwoo, Daniel Zharif, Dee Roslan, Salleh Hamid, Amaze, Naemah Khuntum, Hasfitri Yusof, Wan&Mary, dan pasangan bergaya, Seth&Luna


Turut menyertai kemuncak acara yang amat dinanti-nantikan ini ialah Kanapot Aunsorn dari Thailand, dan penampilan semula oleh Yadanar dari Myanmar


Melengkapkan 'Kedah Fashion Week' adalah pertunjukan koleksi terbaharu daripada pelbagai jenama yang beroperasi di Aman Central seperti Bonia, HLA, New Era, Tomei, Icahfa, D'yana, Elrah Exclusive, dan LokalTeez.


ANTARA pereka feysen terlibat yang hadir menerima cenderahati daripada penganjur.


Acara ini bakal membawakan pelbagai fesyen daripada minimalis moden, sentuhan avant-garde, dan pakaian tradisional Kedah yang terperinci dan penuh kemewahan serta barang kemas mewah. 


Kedah Fashion Week 2023 menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam meneroka identiti fesyen yang pelbagai di Wilayah Utara yang mana rakan fesyen rasmi, Collab Store akan memulakan festival dengan aksi pembuka tirai yang menakjubkan menerusi kerjasama dengan selebriti jemputan terbabit.


Dengan memasuki edisi ke-6, acara ini dijangka mengembalikan momentum kejayaan tahun lalu selepas berehat seketika, di samping memberi sumbangan signifikan kepada industri fesyen dan pelancongan tempatan.


"Komitmen kami menjangkau peranan sebagai hos pameran, Kami mahu mewujudkan kerjasama antara jenama yang dihormati dan kumpulan pereka berbakat di peringkat antarabangsa serta tempatan. Dengan menyediakan ruang dinamik untuk menyatukan aspek kreativiti, kami mahu memberi inspirasi menjangkau sempadan ekspresi artistik. Bersedialah untuk membawa diri anda ke dalam acara fesyen paling berani dan menonjol di Wilayah Utara,” ujar Grace Ho, Pengarah Belleview Group sebagai pihak penganjur pada acara eksklusif ‘sneak-peek’ Kedah Fashion Week 2023 yang berlangsung di Collab Store, The Shoppes, Four Seasons Place baru-baru ini.


Turut hadir  Lawrence Te’h, Ketua Pegawai Operasi (COO) Peruncitan dan Komersial Belleview Group serta personaliti ternama seperti Dr. Soo Wincci, Datin Winnie Loo, artis Atelia dan beberapa pereka fesyen terlibat malah ini pertama kali Kak Fas hadir pada sidang media atas jemputan rakan lama, Savier Mah atau yang Kak Fas panggil Xavier saja dari Xavier Mah Consultancy Sdn Bhd. yang dah lama juga Kak Fas tidak ketemu. Terima kasih Xavier atas jemputan....malah nak terus jemput ke Kedah pun ok je haha...


Berkongsi lanjut, Grace Ho memberitahu, Kedah Fashion Week 2023, bakal mencipta sensasi dengan pertunjukan fesyen selama tiga hari, selain menjadi medan untuk meraikan semua aspek melibatkan fesyen di Wilayah Utara.


“Dengan bertemakan "Big Bang", acara yang penuh gemerlapan ini menjanjikan tahap glamor yang unggul, pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta pameran visual menakjubkan yang dilihat bakal menjangkau pencapaian penganjuran edisi sebelumnya,” jelas Grace Ho.


Dengan memasuki edisi ke-6, acara ini dijangka mengembalikan momentum kejayaan tahun lalu selepas berehat seketika, di samping memberi sumbangan signifikan kepada industri fesyen dan pelancongan tempatan.


Namun begitu, matlamat penganjurannya tetap sama iaitu untuk mewujudkan peluang yang tiada tandingan kepada para pereka baharu dalam memperagakan kemampuan seni mereka, meraih pengiktirafan, sekali gus membuka jalan kepada komuniti fesyen yang aktif dan berkembang maju di Wilayah Utara.


“Kedah Fashion Week 2023 juga dijangka membuka peluang kerjaya menerusi pembukaan jenama gaya hidup baharu di Aman Central, yang seterusnya dapat memperkayakan lagi pengalaman pelanggannya,” tambah Grace.


Aman Central, yang terkenal sebagai kompleks beli-belah yang paling kerap dikunjungi di negeri ini,, telah mencatat pertumbuhan trafik pengunjung luar biasa, pulih sehingga mencapai 95 peratus daripada jumlah pelanggannya yang dicatatkan pada 2019. 


"Kedah Fashion Week akan terus memecahkan tembok kreativiti. Pertunjukan koleksi Batik kami sebelum ini yang memberikan penghormatan kepada budaya Malaysia menjadi bukti kepada misi ini. 


“Setiap tahun, kami berusaha untuk menjadikan Kedah sebagai destinasi utama penggemar fesyen. Sokongan terbaik dan luar biasa diterima oleh  kami menjadi bukti jelas bahawa kami sememangnya berada di landasan yang betul. Bersedialah untuk letusan hebat yang akan menyemarak Kedah Fashion Week 2023 Ogos ini!,” akhiri Grace Ho.


XAVIER ketika menemuramah Grace dan Lawrrence mengenaai Minggu Fesyen Kedah 2023.


Dianggap sebagai hab gaya hidup kreatif di Wilayah Utara, kompleks beli-belah ini adalah lokasi yang ideal untuk Kedah Fashion Week tahun ini.


“Sejak 2016, kami berada di barisan hadapan dalam mempromosikan kepelbagaian sambil mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri fesyen kepada rakyat Malaysia,” tambah Lawrence.


Menurutnya, melalui usaha kolektif ini, tumpuan akan terarah ke Aman Central, di mana ia mampu mencetuskan perbincangan dan penghargaan yang sangat bermakna merangkumi pelbagai perspektif yang membentuk landskap masa depan fesyen Malaysia. 


Selain itu, penganjur turut mendedikasikan komitmennya dalam memperjuangkan pereka tempatan dan individu dalam industri fesyen.


THROWBACK Minggu Fesyen Kedah 2022.


Lebih 90% daripada model yang menghiasi pentas peragaan adalah model tempatan, dalam usaha meraikan keindahan serta bakat yang dimiliki dalam komuniti tempatan.


 "Fesyen sememangnya bersifat individualistik dan berfungsi sebagai satu bentuk ekspresi diri. Dengan pemahaman ini, kami berusaha untuk memenuhi setiap pilihan gaya dan cita rasa, selain mempamerkan rekaan lebih 15 pereka berbakat tempatan dan antarabangsa,” tambah Lawrence.


Kedah Fashion Week 2023 kekal sebagai usaha bersama di mana penyertaan dan interaksi penonton menjadi sebahagian daripada keseronokan acara  yang dijangka akan dihadiri  Raja Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda.


Sementara itu, Winnie Loo melahirkan rasa terujanyya untuk kembali melihat beberapa bakat tempatan menjadi fenomena dalam industri fesyen disebabkan platform-platform yang telah mencorak hala tuju mereka.


“Inilah sebabnya saya teruja dan menantikan Kedah Fashion Week 2023. Di mana lagi anda dapat merasai pelbagai interpretasi gaya dan penghayatan imajinatif hasil trend terkini daripada kohort baharu yang muda dan bercita-cita tinggi,” ujar beliau.


WINNIE Loo (kiri) bersama Dr. Soo Wincci.


Rakannya, Dr. Soo Wincci turut percaya bahawa komuniti fesyen lebih bersatu hati dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.


"Menaungi kepelbagaian dan keterangkuman adalah penting dalam menawarkan perspektif unik berbanding menepati standard yang ideal. Sepanjang penyertaan saya dalam pelbagai acara dan minggu fesyen, adalah lebih menarik apabila melihat muka baharu diberi peluang. Kedah Fashion Week berfungsi sebagai pentas yang sempurna untuk menjadi kreatif, selain kekal jujur pada diri sendiri,” ujar Ratu Cantik Malaysia 2008 ini.


Bahkan Dr. Soo Wincci berharap melalui Kedah Fashion Week 2023 ini ia dapat menjadikan Kedah bukan sahaja sebuah negeri Jelapang Padi tetapi sebuah negeri yang boleh berkembang sebagai hab fesyen tempatan sekali gus mampu memperkenalkan Kedah pada mata dunia.


Kedah Fashion Week 2023 mendapat sokongan daripada pelbagai rakan kongsi termasuk Shoppes at Four Seasons Place, Collab Store, Frazel Heritage Hotel, Self Supply, Bonia, Tomei, Osim, New Era, D’yana, Elrah Exclusive, Yole, Royce', Nando's, HWC Coffee, dan Lokalteez. Tidak cukup dengan itu, jenama gaya hidup dan hospitaliti terkemuka termasuk HLA, ICAHFA, BMW Lee Motors, Stay City Hotel, Bt Haus Retreat, Visual Art Décor, Clover Makeup & Beauty Academy, Himalaya, Kafe Moara, Zoomix, Barbara Flower Shop, dan Ecobrown's juga memberi sokongan padu sebagai penaja rasmi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Aman Central dan Kedah Fashion Week 2023, sila layari https://www.amancentral.com.my/ atau lebih mudah KLIK DI SINI.



#MingguFesyenKedah #KedahDarulAman #JelapangPadi #Fesyen #AmanCentral 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan