Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENARA KL TAWAR DISKAUN 66% SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN, MEMANG BERBALOI!


SEJAK
pembukaan rasmi menara komunikasi tunggal ketujuh tertinggi di dunia pada 1996, buat julung kalinya, Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan mengadakan promosi ‘Merdeka Madness 66% For All’ bermula pada 1 Ogos 2023 sehingga 16 September 2023.


Ia dilaksanakan bagi menghargai sokongan rakyat sekali gus sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66  pada 31 Ogos dengan tema ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ pada tahun ini, dan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.


Tawaran harga ‘berbaloi’ itu diadakan oleh Menara Kuala Lumpur dimana para pengunjung dapat menikmati diskaun sebanyak 66% bagi semua tiket ke tarikan-tarikan yang terdapat di Menara Kuala Lumpur seperti Sky Deck, Sky Box, Observation Deck dan Tower Walk 100.


“Sempena sambutan Merdeka ke-66 tahun ini, kami berikan juga diskaun 66% kepada pengunjung dalam negara serta pelancong luar negara menikmati peluang melihat keindahan bandar raya Kuala Lumpur di Menara KL setinggi 421 meter ini,” ujar Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd pada majlis pelancaran promosi ‘Merdeka Madness 66% For All' yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di Menara KL baru-baru ini.



Turut hadir  Pengarah Urusan Menara KL, Dato Abdul Hamid Shaikh; Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Hj Badrul Hisham Baharuddin, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Sufian Zainuddin dan Ili Nadia mewakili Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).


DARI kiri: Sufian Zainuddin, Haji Badrul Hisham, Nazli Saad, Khairul Firdaus, Abdul Hamid dan Ili Nadia.

Berkongsi lanjut kata Nazli, inisiatif Menara Kuala Lumpur menawarkan promosi  tersebut adalah untuk merancakkan dan mempromosikan industri pelancongan di Malaysia kepada pengunjung tempatan dan tidak terkecuali kepada pelancong antarabangsa.


Harga tiket bermula serendah RM7 bagi lawatan ke Observation Deck atau Tower Walk 100, manakala bagi tiket masuk ke Sky Deck dan Sky Box pula, harga yang tawarkan bermula RM13 sahaja. 


Menara Kuala Lumpur juga menawarkan pakej kombo, dimana para pengunjung boleh melawat ke Sky Deck, Sky Box dan Observation Deck dengan harga RM35 (harga asal  RM101) bagi dewasa MyKad dan RM59  bagi dewasa tanpa MyKad daripada harga asalnya RM170.



“Harga yang ditawarkan ini amat berbaloi dinikmati sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1996 sehingga kini,” tambah Nazli.


Sementara itu, Timbalan Menteri Khairul Firdaus dalam ucapan perasmiannya meluahkan rasa sedihnya kenapa Matic dan Tourism Malaysia tidak benar-benar melihat Menara KL sebagai satu aset kepada industri pelancongan.


“Sebab itu, saya mahu ada kerjasama erat  di antara Tourism Malaysia, Motac dan  KL Tower sama-sama melihat bagaimana kita boleh memperluaskan lagi potensi yang ada di Menara KL ini memandangkan setiap tahun ada peningkatan dari segi kunjungan pengunjungnya,” ujar Khairul sambil memaklumkan ketika negara berdepan COVID-19, Menara KL tetap menerima sebanyak 1 juta pengunjung pada tahun 2019.



Dalam pada itu, Khairul turut menyarankan semua penggiat industri mengambil peluang memohon geran sektor pelancongan kebudayaan serta pelancongan yang disediakan Kerajaan  melalui Motac supaya mereka dapat merancakkan lagi setiap program-program yang mahu dilaksanakan.


“Marilah kita bersama-sama melaksanakan program yang menarik dan bermakna serta menyemarakkan lagi industri pelanconan dengan penuh kreativiti dan inovasi agar mampu memberikan impak positif terhadap ekonomi Malaysia,” akhiri beliau.


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, boleh  menghubungi talian khidmat pelangan Menara Kuala Lumpur di 03-2020 5421 atau layari media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur – Facebook, Instagram dan TikTok.




#MenaraKL #MerdekaMadness66%ForAll #TourismMalaysia #MOTAC #MATIC #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan