Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIMON YAP SAMBUNG KONTRAK DUTA GINTELL, SUDI LAYAN SELFIE BERSAMA PEMINAT!



CUKUP
‘happening’ dan penuh sesak ruang ‘Centre Court’ Pusat Membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur dibanjiri pengunjung dan peminat pelakon dan penerbit filem Hong Kong, Simon Yam pada petang Sabtu semalam.


Kehadiran artis bernama sebenar, Yam Tat-wah, 68, itu bukan sahaja dinantikan peminat-peminat angkatannya tetapi turut diminati golongan muda yang tidak mahu melepaskan peluang berdekatannya pada majlis pelancaran kerusi urut terbaharu ‘GINTELL S6 Plus 8 Hands Wellness Chair’ serta merasmikan pembukaan bilik pameran GINTEEL yang merupakan ‘Signature Showroom’ ke-117nya, terletak di aras 6, Lot 6.16.00 di Pavilion Kuala Lumpur.


Turut hadir bersamanya duta Gintell Malaysia, Amber Chia (gambar bawah, kiripakar perubatan penetapan tulang, Dato Seri Master Chris Leong (dua dari kiri), Pengarah Urusan Kumpulan Gintell, Dato Goh Cheh Yak (tengah) dan ramai lagi tetamu kehormat termasuk pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur.


SIMON Yap (tiga dari kanan) turut merasmikan bilik pameran Gintell. Foto kredit: FB. Chris Leong.


Majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran dimulakan dengan persembahan tarian singa sebanyak “8 ekor” sebagai simbolik membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL


Persembahan tarian singa untuk pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak dulu lagi dan masih dikekalkan sehingga ke hari ini. 


Selepas persembahan tarian singa, sesi pemotongan riben, fotografi dan videografi diteruskan.


Sejurus selesai majlis, para tetamu dijemput turun ke aras 2, Centre Courtuntuk meneruskan acara  menandatangani pengendorsan duta antara Simon Yam dengan pihak GINTELL, majlis pelancaran kerusi urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, perkongsian testimoni dengan Simon Yam mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, dan juga sesi “meet & greet” antara Simon Yam dengan peminatnya. 




Dalam temuramah yang berlangsung dalam bahasa Cina (tanpa penterjemah) difahamkan  beliau memperbaharui kontraknya sebagai Duta Jenama Gintell Antarabangsa sekali lagi dengan melancarkan edisi terhad S6+ sambil menggalakkan semua orang untuk mempunyai sekurang-kurangnya 1 Gintell di rumah sebagaimana tagline Gintell ‘1 Home 1 Gintell’ (Satu Rumah, Satu Gintell).



Sebelum mengakhiri majlis beliau sempat menghulurkan beberapa produk Gintell seperti antaranya bantal berbentuk ‘Love’ yang tertera gambar serta tandatangannya malah tidak keberatan mengambil telefon bimbit peminat yang mahu berselfie dengannya.


Telefon bimbit Kak Fas pun sempat dicapainya untuk berselfie waima Kak Fas memang betul-betul berada di hadapan pentas. Begitu mesra dan sportingnya artis Hong Kong ini melayan peminatnya, Tidak hairanlah begitu ramai  peminatnya hadir menyambut kedatangannya.



Sementara itu, tentu anda nak tahu apa kelebihan dan keistimewaannya kerrus urut terbaharu dari Gintell ini kan?


GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia adalah kerusi urut pertama di pasaran yang mempunyai fungsi 8D Dwi-Tangan


Roda urut dwi-tangan ini dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan. 


Urutannya seperti 4 tukang urut sedang mengurut seluruh badan pada masa yang sama. 


Urutan 8D Dwi-Tangan ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot. 


GINTELL S6 Plus juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan yang boleh mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan anda. 


Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa. 



Program Thai Stretch 230° sangat disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230°. Program ini telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master Chris Leong. 


Bahagian badan yang difokuskan adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. 


Program ini secara tidak langsung dapat membantu anda membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan untuk meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi. 



GINTELL S6 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360 yang merupakan salah satu ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. 


Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada “graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut. 


Program “Brain Relief Therapy” dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf. 



GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair juga menawarkan sambungan Bluetooth, di mana pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar mereka. 


Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi GINTELL Super App OS di Google Playstore atau AppStore. 


Sempena pelancaran GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. 


Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988. 


Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM29,988



Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, boleh menghubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat. 


Untuk rekod, sejak ditubuhkan pada tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. 


GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. 


Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak.


Matlamat utama GINTELL adalah menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” misi mereka iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”. 



#GinteelMalaysia #1Rumah1Gintell #MalaysiaBookOfRecords #GintellS6Plus8Hands

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan