Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HUAWEI KOMITED PUPUK KREATIVITI MELALUI TEKNOLOGI XMAGE


CANTIK cantik
belaka gambar yang dirakam peserta peraduan 'Fotografi Zoom into Malaysia’ anjuran Huawei Malaysia menggunakan keupayaan teknologi Huawei XMage.


Dan baru-baru ini satu majlis meraikan kegemilangan pemenang peraduan tersebut telah diadakan di The Raw Studio oleh Metal Bees, sekali gus membuka potensi para jurugambar Malaysia.


Acara tersebut meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensa, mengiktiraf pemenang-pemenang dengan hadiah-hadiah yang dinantikan seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5


Sambutan yang menggalakkan terhadap peraduan yang berlangsung dalam tempoh bulan Mei  hingga Jun itu mempamerkan komitmen Huawei untuk memupuk kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.



Ia berjaya menarik seramai 4,100 peserta dari seluruh Malaysia di kalangan para jurugambar profesional mahu pun penggemar fotografi dan videografi mobil untuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi mereka yang unik.


Para peserta dijemput untuk merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei, membolehkan mereka mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan alam yang unik dan detik budaya yang meriah.


Hadiah utama memperlihatkan karya cantik daripada lensa Abdul Hafiz Ab Hamid yang merakamkan foto seorang budak lelaki di sebalik topeng.



“Cabarannya ketika mengambil gambar ini, budak terbabit nampak macam marah dengan saya jadi ekspresi wajahnya itulah yang saya tampilkan sebagai karya untuk peraduan Huawei ini,” ujar Abdul Hafiz ketika ditemuramah oleh pengacara, Tanujha pada majlis yang turut dihadiri Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG); Monica Tang, Pengarah Pemasaran Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia; Kenny Ong, Pengarah Astro Radio dan Astro Media Solutions  dan Teoh Eu Jin selaku Pengurus Pemasaran Kanan Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei.


DARI kiri: Victor dan barisan juri Ariff Zulkarnain, Kenny Ong, Abeden Mung (juri) dan Monica. 


“Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan tetapi juga menyatukan para jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbangkan penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei,” ujar Victor mengulas mengenai penyertaan.


Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memberi tumpuan kepada sistem optikal, struktur mekanikal, teknologi imbasan dan pemprosesan imej dalam bidang fotografi. 


ANTARA foto yang dirakam peserta...


Keempat-empat asas XMAGE kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro Telefoto Ultra Lightning Kamera, menghasilkan imej yang mengagumkan siang dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.


Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terus memperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untuk merakam keindahan landskap dan detik budaya Malaysia. 



Memandang ke hadapan, Huawei tetap komited  untuk memupuk kreativiti dan memajukan fotografi melalui teknologi inovatif. 


Masa depan menjanjikan harapan besar bagi komuniti fotografi, kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan memberi inspirasi kepada juru gambar untuk menjelajahi alaf baru.


Untuk maklumat lanjut tentang kempen Huawei yang akan datang, boleh  lawati Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI atau INSTAGRAM




#HuaweiMalaysia #XMage #TelefonPintar #PeraduanFotogradiZoomIntoMalaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan