Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAM AGUNGNYA CINTA SASAR KUMPUL RM40K BINA KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH


SESUAI
dengan tahun baharu Islam pada bulan Muharram ini, buat julung kalinya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan menganjurkan majlis malam amal berkonsep “Kasihnya Baginda Kepada Anak-Anak Yatim’.


Bakal berlangsung pada  17 September 2023 akan datang di Shah Alam Convention Centre (SACC), YIDE mensasarkan kutipan sumbangan  bernilai RM400,000 bersamaan 50 meja terjual mampu dicapai menjelang majlis.


“Setekat ini 16 meja telah terjual dengan jumlah kutipan terkini RM145,000.00, Alhamdulillah satu permulaan yang sangat positif,” ujar  Pengerusi Jawatankuasa Malam Agungnya Cinta merangkap Ahli Lembaga Pemergang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan, Dato Seri Muhamad Khanafi Hussin pada majlis Pelancaran Malam Agungnya Cinta (MAC 2023) yang berlangsung di Smoked Kingdom by Don Daniyal di Putrajaya baru-baru ini.


Turut hadir antaranya Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid dan  Dr Fitri Haris (Kumpulan UNIC) serta ramai lagi tetamu termasuk anak-anak yatim.



Menurut Muhamad Khanafi selanjutnya, setiap meja yang ditaja terbahagi kepada 3 pakej korporat bermula pada harga RM5,000 (Warahmah), RM10,000 (Mawaddah) dan juga RM20,000 (Sakinah)’. 


“Para penaja yang membeli meja dan hadir ke majlis MAC 2034 akan disertai bersama anak-anak yatim yang diundang khas,” jelas Muhamad Khanafi sambil memberitahu orang perseorangan atau individu juga boleh menaja dengan pembelian kerusi berharga RM499 setiap satu.


Tambah beliau, hasil kutipan infaq melalui tajaan meja ini akan disalurkan ke dalam Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, yang mana Alhamdulillah bermula 25 Jun 2023 yang lalu pihak kontraktor yang dilantik telah melaksanakan kerja-kerja awalan seperti pembersihan kawasan tapak. 



“InsyALLAH bermula bulan depan iaitu Ogos akan dilaksanakan kerja-kerja tanah seperti piling dan sebagainya,  tambah Muhamad Khanafi.


Berkongsi lanjut, kata beliau, Malam Agungnya Cinta akan menggabungkan elemen penceritaan dan persembahan nasyid Islamik kontemporari yang mengetengahkan barisan artis baru dan lama antaranya kumpulan nasyid lagenda tanah air seperti Hijjaz dan UNIC dan diserikan dengan penampilan penyanyi popular, Naim Daniel. 


‘Konsep penceritaan yang akan dibawakan adalah berkisar kisah Nabi Muhammad S.A.W yang mana Baginda juga adalah anak yatim dan Baginda begitu kasih dan cinta kepada anak-anak yatim. Menariknya penceritaan ini akan diolah sendiri oleh Ustaz Don Daniyal, Ikon Mahabbah YIDE dan disertai oleh Pencetus Ummah Akram Ikrami,” jelas Muhamad selanjutnya.



Selain itu, tetamu akan diperdengarkan dan dipertontonkan  dengan persembahan khas daripada anak-anak yatim yang berbakat seperti persembahan Nasyid, Sajak, Qiraat, Hafazan dan Penulisan Khat


“Bakat anak-anak yatim ini dicungkil di setiap rumah kebajikan seliaan YIDE agar dapat diasah dimasa akan datang, Mereka akan menyampaikan lagu khas hasil kolaborasi antara YIDE dan penulis lirik Isman Hijjaz,” ujar Muhamad Khanafi lagi.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar rakyat di Negeri Selangor serta syarikat korporat/swasta tampil menyalurkan infaq bagi membantu merealisasikan projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.


“Kepada para penyumbang yang telah menyalurkan infaq, YIDE menzahirkan penghargaan terima kasih atas infaq jariah yang diberikan kepada anak-anak yatim ini,” akhiri Muhamad Khanafi bersyukur.




#MalamAgungnyaCinta #UNIC #NaimDaniel #UstazDonDaniyal #YIDE #MalamAmal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan