Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TAHANAN SOSMA DAN KELUARGA ANCAM MOGOK LAPAR, GESA SOSMA DIMANSUHKAN, TAHANAN DIBEBAS!


KERAJAAN
Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim digesa memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan membebaskan seramai 69 tahanan yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani atau berdepan dengan ancaman mogok lapar oleh tahanan dan ahli keluarga terbabit pada 30 Julai ini.


Presiden Kebangsaan Nambbikai, Datuk Dr. Kalai Vanar memohon jasa baik Perdana Menteri mahu pun Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung untuk membebaskan 69 tahanan terbabit atau pun mendakwa mereka atas tuduhan yang boleh dibicarakan di Mahkamah dan bukan terus menerus menahan mereka tanpa dibicarakan.


“Kita ada undang-undang, jika bersalah tuduhlah mereka di Mahkamah tetapi jangan biarkan mereka merengkuk di dalam penjara selama lebih tiga tahun kini tanpa dibenarkan berhubung dengan keluarga masing-masing,” ujar Kalai mewakili ahli keluarga tahanan pada sidang media yang diadakan di Madras Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa, 25 Julai 2023 semalam.



Menurutnya, jika tiada sebarang tindakan diambi terhadap gesaan mereka itu, maka langkah mogok lapar yang sama akan diteruskan pula oleh ahli keluarga tahanan termasuk kanak-kanak, seramai lebih kurang 100 orang pada 31 Julai 2023.


“Kita akan mengikut jejak langkah Mahatma Gandhi yang mogok lapar sehingga tuntutan dipenuhi,” tambah Kalai sambil memaklumkan tempoh mogok lapar akan bergantung pada keadaan dan masa sepanjangan rundingan tidak mencapai kata sepakat yang positif.



Beliau berharap Kerajaan mengambil serius ancaman yang disuarakan oleh tahanan dan ahli keluarga masing-masing agar mogok lapar tidak menjadi satu demonstrasi aman yang akan mengancam nyawa keluarga yang merindui 'anak' masing-masing mahu pun bagi kanak-kanak yang kehilangan ayah mereka selama lebih tiga tahun.


Kalai mengingatkan janji-janji Anwar Ibrahim ketika PRU yang menyatakan pendiriannya akan memansuhkan SOSMA serta membebaskan tahanan SOSMA.


“Janganlah janji tinggal janji sahaja, janji perlu ditunaikan dan usahlah hebat berkokok sahaja di pentas tetapi apabila menang janji tinggal janji sahaja,” tegas Kalai berhubung janji Anwar pada PRU lalu.


ANWAR Ibrahim (kiri) dan Saifuddin Nasution Ismail. Foto Kredit: IG @saifnasution_


Kalai seterusnya memaklumkan pihak keluarga tahanan telah beberapa kali menghantar surat dan bertanyakan mengenai isu tahanan SOSMA tetapi gagal mendaoatkan sebarang maklum balas daripada Kementerian Dalam Negeri mahu pun Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Untuk makluman, pada bulan Februari 2023 lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula SOSMA, penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin yang didakwa melanggar hak asasi manusia.


Dalam sebuah akhbar tempatan sama, beliau dipetik berkata, undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.


Foto:bharian.com.my
Sementara itu, terdahulu pada bulan Disember 2022,   Saifuddin pernah juga dilaporkan berkata, beliau tidak berhasrat untuk menyemak semula SOSMA serta menyatakan ia bukanlah undang-undang penahanan tanpa bicara tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1967 (ISA) yang sudah dimansuhkan.


Malah kenyataan daripadanya menyebut 'SOSMA tidak akan dipinda buat masa ini namun masih boleh disemak semula dan dipinda dari masa ke semasa memandangkan undang-undang adalah bersifat dinamik'.


"Kita perlu respons ikut keperluan dari semasa ke semasa dan adakah ia perlu dipinda sekarang? Itu tidak. Itu prinsip saya dan apa yang saya pegang buat masa ini," katanya mengikut laporan akhbar tersebut ketika diminta mengulas gesaan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo agar beliau mempertimbangkan semula kenyataan berhubung SOSMA.


Gobind yang juga Ahli Parlimen Damansara ketika itu meminta Saifuddin mempertimbangkan semula kenyataannya untuk tidak menyemak semula SOSMA serta menyatakan kenyataan itu bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang selama ini mengakui SOSMA bersifat menindas.




#SOSMA #Tahanan #ISA #Mansuh #BebaskanTahanan #Nambbikai #MogokLapar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan