Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PESTA KUANTAN 188 TAMPILKAN PELBAGAI ACARA, KONSERT PERCUMA BERSAMA TOK TI, CAKRA KHAN!



SEMPENA
 memuliakan ulang tahun hari keputeraan Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj  yang jatuh pada 30 Julai 2023 dan 5 Ogos, bandar Kuantan akan bergemerlapan dengan perayaan Pesta Kuantan 188.


Kenapa 188? 


Mungkin itu pertanyaan yang bermain dalam fikiran mereka yang baharu mengetahui mengenai Pesta Kuantan 188 betul tak?


Nama tersebut dipilih waima Pesta Kuantan akan berlangsung di  persekitaran tapak Menara Kuantan 188 yang merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia,


Tentu sekali nama Menara Kuantan 188 diambil selaras dengan ketinggiannya yang mencapai 188 meter


Kuantan 188 menyediakan pengalaman yang unik dan mengagumkan, memberikan pengunjung rasa di puncak dunia apabila berada di The Tower yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan panoramik bandar Kuantan yang memukau.


Sebagai destinasi utama pelancong ke Pantai Timur Malaysia, Kuantan 188, adalah pilihan yang jelas untuk mempromosikan kawasan budaya dan geografi yang unik.


Menara ini menonjol sebagai pencapaian seni bina yang luar biasa, menawarkan pengunjung pelbagai pengalaman daripada menjamu selera hingga bersantai, pemerhatian, dan dek langit yang tidak dapat dilupakan. 


Menara ini memberi peluang untuk menghargai keindahan Kuantan dari perspektif yang berbeza.


Sehubungan itu, dengan kembalinya Pesta Kuantan 188 anjuran Infiniti Indah Sdn Bhd (Infiniti Indah), anak syarikat Hospitality 360 Sdn Bhd dan cabang hospitaliti MAA Group Berhad disasarkan lebih 50,000 pengunjung bakal membanjiri Kuantan sempena tiga hari Pesta Kuantan berlangsung mulai 29 hingga 31 Julai 2023 ini.



“Malah dijangka 20,000 penonton akan hadir untuk memeriahkan malam Konsert Pesta Kuantan 188 yang diadakan secara percuma menampilkan artis-artis tersohor seperti antaranya Dato Seri Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Ameng (Spring) dan ramai lagi khususnya artis kelahirran Pahang,” ujar Dato' Indera Omar Naresh Mohan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah pada sidang media Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada semalam, 17 Julai 2023.


DARI kiri: Anand, Indera Omar, Man Bai, Ameng, Harith, Aizat, Zulkifli dan Calvin Thoo.


Turut hadir Pengarah Urusan Kuantan 188, Dato Zulkilfi MohamadKetua Pegawai Operasi Kumpulan MAA, Anand Kanasingam; Pereka fesyen Calvin Thoo serta barisan artis terlibat seperti Man Bai selaku Pengarah Muzik; Aizat Amdan, Ameng (Spring) dan pelawak tersohor, Harith Iskandar.


Menurut Indera Omar, barisan artis lain termasuk Aishah Retno, Santesh dan penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan malah pada malam tersebut akan dipaparkan teknologi pemetaan unjuran pada aci Menara pada 31 Julai 2023 yang bermula jam 9.00 malam


"Acara tahunan ini telah berkembang dengan pesat dengan sokongan daripada penaja yang bermurah hati, dan sokongan daripada agensi kerajaan yang menjadikan festival tiga hari itu menjadi kenyataan malah dianjurkan secara percuma bagi menghargai sokongan rakyat,”  tambah Indera.



Dalam pada itu katanya,  dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang, Pelancongan Pahang dan Kementerian Belia dan Sukan, diharap Pesta Kuantan 188 ini akan dimasukkan sebagai acara tahunan dalam Kalendar Acara untuk Pelancongan Pahang, dengan objektif untuk mencipta produk pelancongan baharu untuk Pahang.


“Kami akan terus menjadikan Pesta Kuantan 188 sebagai hab destinasi pelancongan moden di Pahang dan Pantai Timur,” ujar beliau.



Sementara itu, Zulkifli memberitahu, buat julung kalinya tahun ini Pesta Kuantan 188 akan memperkenalkan perlumbaan Perahu Naga Diraja Pahang yang dinamakan "Regatta Perahu Naga Diraja Pahang 2023”.


Pada 30 dan 31 Julai, pasukan yang terdiri daripada 12 krew bahagian Terbuka Pahang dan 12 krew bahagian Tertutup Pahang (terbuka dan campuran) bersaing untuk memenangi hadiah piala, pingat dan wang tunai. 


“Perlumbaan akan bermula di hadapan Jeti Jabatan Laut Kuantan dan berakhir di hadapan Kuantan 188,” ujar  Pengarah Urusan Kuantan 188 itu sambil menambahkata, sebanyak 34 pasukan telah mengesahkan penyertaan. 


Perlumbaan perahu tersebut  disokong penuh oleh jawatankuasa Pesta Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang (PIDBF).



Selain itu, tambah Zulkifli, beberapa aktiviti keriangan keluarga turut diadaka seperti Persembahan Bakat Kuantan 188: Ada Bran?; persembahan kebudayaan oleh Majlis Bandaraya Kuantan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, pertunjukan fesyen, Zumba, gerai runcit dengan barangan buatan tangan dan makanan daripada vendor tempatan, Fun Run dan Fun Ride yang menampilkan larian 5km bersama trek berbasikal sejauh 35km, dan banyak lagi.


“Untuk memastikan kanak-kanak terhibur, aktiviti Kelab Kanak-kanak termasuk zoo haiwan peliharaan mini, zipline kanak-kanak, pertandingan karaoke, istana melenting dan pemeriksaan kesihatan untuk ibu bapa tersedia pada 30 Julai 2023,” tambah Dato Zulkili selanjutnya.


Berhubung dengan acara pertandingan Bakat Kuantan 188, Man Bai memberitahu, pihak juri akan memilih peserta yang benar-benar mempunyai bakat terpendam samada bernyanyi, menari atau apa sahaja kebolehan masing-masing yang unik.


“Kita mahu melahirkan seorang yang mempunyai bakat luar biasa,” kata Man Bai (gambar bawah, kiri).


Dalam pada itu, satu majlis makan malam tertutup khas akan dilangsungkan di menara bagi meraikan sambutan ulang tahun baginda Yang Di Pertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung yang dijangka berangkat ke majlis.



Bagi acara pertunjukan fesyen pula, Calvin Thoo (kanan) memberitahu, enam pereka fesyen terpilih akan memperagakan koleksi masing-masing termasuk usahawan tempatan yang akan memperkenalkan koleksi tudung bawal terbaharu mereka.


Dan jika ada pengunjung yang ingin melawat menara Kuantan 188 boleh memperoleh tiket di ticket.kuantan188.com,my/my/ms/Booking.


Semua pengunjung yang membeli tiket ke Pesta Kuantan 188 dari 17-31 Julai layak mendapat satu penyertaan cabutan bertuah di mana cabutan akan diumumkan pada penghujung konsert pada 31 Julai 2023.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pesta Kuantan 188, lihat Instagram, Facebook dan TikTok untuk kemas kini terkini, serta www.kuantan188.com.my.

atau KLIK DISINI



#PestaKuantan188 #PahangDarulMakmur #CakraKhan #SitiNurhaliza #CalvinThoo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan