Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AWIE ENGGAN SELINDUNG KISAH HIDUPNYA, PAPARKAN MELALUI KONSERT SOLO, UMUM REHAT!


DALAM usia
menjangkau 56 tahun pada  bulan November tahun ini, penyanyi rock, Dato Awie membayangkan akan berehat dari dunia nyanyian dengan hanya  dua buah lagi  konsert solo manakala bersama Kumpulan Wings beliau memberi tempoh 9 tahun lagi untuk menutup ‘sayap’ mereka setelah hampir 40 tahun mewarnai industri hiburan.


‘Selepas itu saya ingin berehat dan tumpukan perhatian pada keluarga dan membesarkan anak-anak.” ujar pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Osman pada majlis berbuka Puasa bersama Rumah Produksi Merah dan Awie Entertainment miliknya di Bike & Beans, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya baru-baru ini.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn Bhd, Samsul Kamal dan Eddie Amir Salim.


DARI kiri: Eddie, Awie dan Samsul.


Majlis turut menyaksikan seramai 30 orang anak-anak dari Rumah Kebajikan An-Naafi diundang  berbuka puasa dan Awie tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada beberapa artis veteren tanah air yang memerlukan iaitu pelakon dan pengacara veteran, Isma Aliff, keluarga Allahyarham Yazit Search dan anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali P Ramlee.



Berkongsi lanjut, konsert solo yang diberi judul ‘The Journey’ bakal berlangsung di dua lokasi di Star Theatre, Singapore pada 27 Julai 2024 dan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Ogos 2024.


Keputusan untuk menganjurkan konsert solo itu diambil bertitik tolak daripada maklum balas yang diterima  selepas kejayaan Konsert Wings, The Rock Emperor, yang rata-rata merindukan persembahan solo Awie


Konsert Dato’ Awie, JOURNEY' ini merupakan suatu bingkisan yang begitu personal dari saya. Perjalanan selama 30 tahun sebagai anak seni, jatuh bangun dalam industri, bakal saya susun dan kisahkan untuk tatapan semua peminat saya dalam sebuah persembahan selama 2 jam. 


“Dan Ini adalah persembahan solo terakhir saya. Jadi, saya berharap peminat tidak akan lepaskan peluang untuk meluangkan masa berkongsi malam istimewa tersebut bersama saya kerana hanya yang terbaik yang saya janjikan untuk malam tersebut,” ujar Awie.


Menurutnys,  konsert ‘Journey’ bakal memaparkan kehidupannya sebagai anak seni bukan sahaja melibatkan soal muzik tetapi peribadi khususnya jatuh bangunnya sepanjang hampir 40 tahun dalam industri seni.


“Saya bukan orang yang suka berselindung. Saya akan paparkan kisah hidup saya sejak mula bertapak sebagai penyanyi dalam konsert ini di mana akan adanya unsur teater bagi melengkapi perjalanan hidup saya yang akan dipaparkan di layar perak mahu pun di pentas oleh beberapa pelakon,” ujar Awie jujur.



Mengenang penglibatannya sepanjang hampir 40 tahun itu, Awie mengakui banyak korbankan nikmat kehidupan  semata-mata mahu mengekalkan energi dan stamina untuk menghiburkan peminat.


“Saya hilang nikmat makanan. Saya tak dapat makan durian. Tidak dapat bersama anak-anak ketika mereka mengadakan konsert waima saya sebuk mengendalikan konsert sendiri. Jadi rasanya selepas 9 tahun lagi, saya mahu berehat dan tumpukan pada keluarga serta perniagaan,” tambah Awie.


Berhubung jualan tiket, Shamsul Kamal memaklumkan, pihak TruePixel yang bertanggungjawab terhadap pemasarannya akan membuka jualan pra tempahan untuk mendapatkan tiket pada harga diskaun.


“Pra-pendaftaran untuk konsert ini akan dibuka pada 1 Mei 2024. Manakala penjualan tiket akan bermula pada 15 Mei 2024. Tiket Konsert Dato’ Awie, JOURNEY boleh didapati melalui laman web www.pixeltix.com.my atau KLIK SINI dan diskaun istimewa akan diberikan kepada pendaftar terawal,” ujar Shamsul.


Bagaimana pun, tambah Shamsul, “Sidang media rasmi berkenaan Konsert Dato’ Awie, JOURNEY akan diadakan dalam masa terdekat. Maklumat mengenai harga tiket, konsep dan pemilihan lagu akan turut dikongsi ketika sesi tersebut.


Apa pun selepas diasak dengan beberapa soalan berhubung konsert, Awie  secara tidak langsung mendedahkan secara ringkas konsep dan idea di sebalik Thr Journey... apa katanya? 



WARTAWAN Hiburan, Sudyr selaku pengacara majlis.


#KonsertDatoAwieJourney #Wings #WTC #StarTheatreSingapore #Pixeltix #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan