Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TRIO BANGSA CINA PERKENAL LAGU 'JOGET HARI RAYA' SAMBUT SYAWAL!


LAZIMNYA
, bila tiba Raya akan ada lagu baharu dikeluarkan oleh artis-artis Melayu di mana terkini lagu antaranya seperti ‘Alamak Raya Lagi’ oleh Kumpulan Defam dah pun viral malah tidak ketinggalan beberapa lagu raya lain seperti ‘Ha Ha Ha Ha Hari Raya’ oleh Ernie Zakri sekali pun.


Jarang sekali lagu raya dihasilkan oleh penyanyi berbangsa Cina mahu pun India kecuali mereka memyampaikan lagu cover Hari Raya yang dah popular seperti antaranya ‘Dendang Perantau’ oleh penyanyi veteran Andre Goh mahu pun Jaclyn Victor yang menyampaikan lagu duet ‘Indahnya di Hari Raya’ feat Black dalam sesebuah majlis raya.


Selain itu memang tiada lagu raya dibuat khas oleh penyanyi bukan Melayu rasanya.


Terbaharu, tahun ini kebiasaan itu dipecah oleh trio berbangsa Cina, Ryan Lian, Rey Chew dan Kelvin Hao Feng yang terkenal dari Singapura.


Berjudul 'Joget Hari Raya' gandingan ketiga mereka ini ni boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC


Selain itu, Joget Hari Raya ini boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.  


Barangkali tentu anda nak tahu kan siapa gerangan ketiga-tiga penyanyi ini?


Ryan Lian, merupakan seorang pelakon, penyanyi dari Singapura dan juga Pengasas Longmao Studio Pte. Ltd. 


Beliau sering memainkan watak sampingan dalam drama Mediacorp selama lebih daripada 15 tahun sebelum dia membuat debut filemnya  arahan Jack Neo, “Long Long Time Ago” dan “Long Long Time Ago 2” sebagai Ah Long dimana ia merupakan kali pertama beliau melakonkan watak utama. 


Pada tahun 2017, Ryan Lian tampil dalam “Take 2” dan “Ah Boys to Men 4”, di mana dia menjadi peneraju utama pertama dalam filem itu dan mengulangi peranannya sebagai Ah Long


Pada tahun 2024, Ryan Lian juga muncul dalam “King of Hawker” sebagai peneraju utama berperanan sebagai Ah Dong.


Rakannya, Kelvin Hao Feng pula merupakan pengasas Mita Production Company dan pernah menjadi perancang muzik, penerbit dan jurutera rakaman sekali gus sebagai penyanyi.


Dengan pengalaman selama dua puluh lima tahun dalam persembahan pentas dan nyanyian, beliau pernah dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai acara di Singapura, Thailand, Indonesia, dan Malaysia


Beliau juga pernah dianugerahkan Singapore Hit Awards kerana menjadi salah satu daripada sepuluh penyanyi paling popular.



Diantara mereka, hanya Ray Chew merupakan warganegara Malaysia yang menjadi salah seorang artis di bawah naungan Longmao Studio Pte. Ltd pada 20 Jun 2023. 


Beliau sering terlibat dalam penggambaran kandungan yang disiarkan di Facebook, TikTok dan Instagram. Juga mengambil bahagian dalam penggambaran beberapa filem dan siri TV dalam tempoh ini.


Bermula daripada berlakon dalam filem yang sama di Singapura, ketiga-tiga jejaka berbakat berbangsa Cina ini bergabung menghasilkan karya yang unik dan istimewa iaitu dengan menghasilkan lagu Hari Raya untuk semua. 


Lagu  'Joget Hari Raya' yang dihasilkan mempunyai alunan muzik klasik lagu raya namun di rancakan bagi memeriahkan sambutan hari raya. 



#Singapura #Trio #JogetHariRaya #RyanLian #KelvinHao #RayChew #LaguRaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan