Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RIM BANTU 21 PENGGIAT SENI RINGANKAN BEBANAN DIALAMI!


SEMPENA sambutan
Hari Rya Aidilfitri tahun ini, Persatuan 
Industri Rakaman Malaysia (RIM) meraikan penggiat industri muzik tempatan bersama-sama Public Performance Malaysia (PPM) di majlis 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024' (SRIM) bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis bermakna  yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPND), Datuk Armizan Mohd Ali bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi cabaran kewangan dan kesihatan dalam perjalanan profesional mereka dalam industri muzik tempatan.


"Program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik' ini bertujuan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dengan inisiatif Negara Madani bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat termasuk penggiat industri muzik. Setakat ini, sejumlah 48 penggiat industri muzik tempatan telah mendapat manfaat daripada program amal SRIM dan Dana Kecemasan RIM”, kata Pengerusi RIM dan PPM, Rosmin Hashim dalam kenyataannya ketika melahirkan rasa terima kasih di atas sokongan yang diterima terhadap program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik' yang dilancarkan pada 31 Mei 2023.



Program amal tersebut adalah pengembangan daripada inisiatif bantuan Dana Kecemasan RIM dan disokong oleh Public Performance Malaysia (PPM), Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) tertua di Malaysia yang menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM100,000 bagi membantu penggiat industri muzik yang menghadapi masalah kewangan dan kesihatan.


 “Program amal SRIM boleh memanfaatkan semua penggiat industri muzik daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman sehinggalah wartawan hiburan yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pembangunan industri muzik tempatan. 


"Dengan penganjuran SRIM 2024 malam ini, kami meneruskan usaha kami untuk menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh penggiat industri muzik tempatan yang layak bagi meringankan beban mereka. Kami juga amat berbesar hati kerana Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri KPDN dapat merasmikan majlis malam ini, menunjukkan komitmen kerajaan menyokong inisiatif yang bertujuan meringankan kesusahan yang dihadapi rakyat termasuk penggiat industri muzik tempatan,” tambah Rosmin.


Antara acara kemuncak majlis adalah pengiktirafan 21 penerima yang layak terdiri daripada pencipta lagu, penghibur, kakitangan syarikat rakaman dan wartawan hiburan yang mengalami kesusahan seperti mantan wartawan hiburan Nas Ahmad yang kini mengalami masalah jantung dan akan membuat pembedahan jantung; wartawan hiburan Ridzuan Abdul Rahman dan Huzz Kamaludin serta pegawai perhubungan Sariah Idris dan Rina Baharin. 



Berikt senarai penuh penggiat industri muzik tempatan yang layak dan diiktiraf atas perkhidmatan mereka yang lama dan sumbangan besar mereka kepada industri muzik tempatan:


  1. Roy Rauzan – Penyanyi 
  2. Fredo (Flybaits) – Penyanyi 
  3. Shuib (Freedom) – Pemuzik 
  4. Nas Ahmad (Melodi) – Wartawan Hiburan TV 
  5. Isma Aliff – Penyanyi 
  6. Azman Warren – Penyanyi 
  7. Lord Lokman – Komposer 
  8. .Raja Zainal (Bumiputra Rockers) - Pemuzik 
  9. Cico Harahap – Penyanyi 
  10. Abass Abu Bakar (Mamu) – Komposer 
  11. .S. Rohani - Penyanyi 
  12. To’ki - Penyanyi/Komposer 
  13. Mel (Wings) – Penyanyi 
  14. Dwan (Harian Metro) – Wartawan Hiburan  
  15. Rosmansah (Manpare) - Pemuzik 
  16. Rina Baharin – Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman 
  17. Zydee (One Nation Emcees) - Penyanyi 
  18. Jessy – Penyanyi 
  19. Sariah Idris - Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman
  20. Iskandar (Spring) - Pemuzik 
  21. Huzz Kamaludin (URTV) – Wartawan Hiburan


WARTAWAN Nas Ahmad turut menerima sumbangan....FOTO: Siti Dimiati.


Pengiktirafan istimewa turut diberikan kepada dua artis tempatan yang cemerlang, Ernie Zakri dan Dolla yang telah mencapai kemajuan besar di pasaran antarabangsa. 


Baru-baru ini, Ernie Zakri mengungguli carta radio Gen 98.7 FM di Indonesia dengan lagu duetnya "Masing Masing" bersama penyanyi Indonesia, Govinda manakala Dolla baru-baru ini mewakili Malaysia dalam program realiti popular, 'Show It All' di China


Pencapaian terbaharu mereka menjadi bukti lanjut keupayaan bakat-bakat Malaysia untuk menembusi pasaran serantau dan global.


Dalam ucapannya, Rosmin turut menekankan kepentingan memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun atau lebih bagi membolehkan pemegang hak memperoleh royalti untuk tempoh yang lebih lama dan selaras dengan piawaian antarabangsa baharu. 


Beliau memuji tindakan penguatkuasaan anti cetak rompak Kementerian KPDN yang telah membantu industri muzik tempatan mencapai hasil pendapatan tertinggi dalam sejarah pada 2023.



Sementara itu, Armizan dalam ucapan perasmiannya berkata, "Inisiatif sebegini adalah sejajar dengan hasrat untuk memperluaskan lagi agenda Kerajaan yang bukan hanya digerakkan oleh kerajaan semata-mata, tapi juga pihak-pihak lain." 


Susulan perasmian majlis oleh Menteri KPDN, tetamu dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis semasa dan malar hijau seperti Amir Masdi, Ernie Zakri, Dolla, Syamel, Dina dan Xpose, Dato’ Aishah dan Jay Jay.


Butiran program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ termasuk kelayakan, kriteria dan borang permohonan boleh didapati di www.rim.org.my/sumbangan-rahmah-application atau KLIK SINI,


Untuk maklumat lanjut, layari www.rim.org.my atau ikuti laman sosialnya  di facebook.com/RecordingIndustryMalaysia dan @recordingindustrymalaysia di Instagram.


KUMPULAN  Dolla berjaya mencipta nama membawa kejayaan dalam persembahan di China..


#RIM #SumbanganRahmahIndustriMuzik #PPM #Muzik #ShowItAll #Royalti #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan