Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELBAGAI PROGRAM TERBAHARU DI SALURAN OKEY APRIL INI!


Siaran Media:


SALURAN Okey milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus menawarkan program-program terbaharu yang menarik untuk tontonan seisi keluarga. 


Terbaharu mulai bulan April ini, saluran Okey menyiarkan program majalah dan dokumentari yang bukan sahaja mengajak penonton berhibur sebaliknya berkongsi informasi tentang aktiviti, pengalaman dan perihal masakan tradisi menyelerakan menu pribumi Sabah.  


Luangkan masa menyaksikan program realiti masakan, Dapur Odumulai 16 April, setiap Selasa, pukul 6.00 petang yang menjelajah ke serata Sabah untuk menjejaki 13 menu pribumi Sabah yang unik, sedap dan eksotik. 



Dalam setiap episod, hos Enn Xaviera akan mencari seorang pakar makanan tradisi dan berkongsi cara menyediakan masakan tersebut. Menariknya dengan tagline, 'Bikin Beliur Bah', selebriti Sabah ini akan lawan memasak menu tradisi menggunakan kayu api dan bahan-bahan semula jadi.


Seterusnya buat penggemar program menyelam, sertai hos Jaslin Puasa dalam misi untuk mendokumentasikan kesan perubahan iklim dan menyelam di beberapa tapak selaman. 


Diberi tajuk Dive Mission: Diving with Environmental Insights”, ia disiarkan mulai 18 April ini, setiap Khamis, pukul 10.30 malam, penonton dapat sama-sama merasai pengalaman menyelam dan menerokai lautan kesan dari perubahan iklim dan melihat sendiri keunikannya dan keindahan kehidupan dasar laut yang menakjubkan. 


Di samping itu penonton berpeluang mempelajari budaya setempat di seluruh dunia seperti Fiji, Australia, Sepanyol, Taiwan, Cebu, Indonesia dan lain-lain.


Slot Lensa Okey pula tampil dengan program bertajuk Monster Ships setiap Sabtu, pukul 7.00 petang mulai 20 April ini. 


Program dokumentari ini berkongsi pengalaman kru kapal terbesar di dunia melakukan pekerjaan ketika menyertai misi yang paling sukar di lautan paling mencabar. 


Saksikan siarannnya di saluran Okey atau boleh menonton secara percuma dimana-mana sahaja menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). 



#RTMKlik #SaluranOKEY #Sabah #BikinBeliurBah #DapurOdu #MonsterShip #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan