Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MASTERON LANCAR PROGRAM TVET TEKNOLOGI AI-KREATIF, UMUM KERJASAMA DENGAN TIMUR LESTE!


CYBERJAYA
- Kumpulan MASTERON melancarkan program TVET Teknologi AI-Kreatif, menandakan era baru dalam menggabungkan kecerdasan buatan dengan pendidikan kreatif, disokong oleh kerjasama antarabangsa, termasuk perkongsian penting dengan Kerajaan Timor Leste.


Disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, bertempat di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing baru-baru ini, ia merupakan initiatif bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran penting merentasi teknologi dan kreativiti.


Turut hadir menyambut kehadiran Dr. Zambry untuk merasmikan program tersebut terdiri daripada Pengarah Kumpulan MASTERON, Datuk Choy Wai Ceong dan Naib Cancelor Universiti Limkokwing, Prof. Dr. Manivanan Saman.



Sehubungan itu, Kumpulan MASTERON turut mengumumkan kerjasama dengan Kerajaan Timor Leste untuk membawa pelajar ke Malaysia bagi meneruskan pendidikan tinggi, khususnya di Universiti Limkokwing


Selain berada di hadapan inovasi pendidikan, Program TVET Teknologi AI-Kreatif bertujuan untuk meningkatkan peluang pendidikan dan mempromosikan pertukaran budaya.



"Kerjasama kami dengan Universiti Limkokwing dan Kerajaan Timor Leste merupakan lambang visi kami untuk jaringan pendidikan global yang bukan sahaja memajukan kecemerlangan akademik tetapi juga menggalakkan kefahaman dan kerjasama antarabangsa,” ujar Choy Wai Ceong menyambut visi Dr. Zambry yang menekankan integrasi teknologi canggih untuk landskap pendidikan Malaysia.


FOTO Kredit: IG @limkokwing


Berkongsi lanjut, Prof. Dr. Manivanan Saman menambah , "Menganjurkan acara ini dengan sokongan dari MASTERON GROUP dan penglibatan Kerajaan Timor Leste menunjukkan komitmen kami untuk menjadikan pendidikan berkualiti tinggi dapat diakses oleh pelajar dari seluruh dunia.”


Untuk rekod, Kumpulan MASTERON Sdn Bhd berdedikasi untuk memajukan kecemerlangan pendidikan dan pembangunan komuniti melalui kerjasama strategik dan inisiatif inovatif. 


Syarikat ini berada di barisan hadapan dalam mencipta peluang  meningkatkan standard pendidikan global.



#KumpulanMasteron #TVETTeknologiAlKreatif #Pendidikan #TimorLeste #Inovasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan