Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ERNIE ZAKRI PERKENAL LAGU RAYA BERSAMA KOLEKSI BAHARU TUDUNG AYUWAN!


AYUWAN adalah cerminan kepada kecintaan saya pada fesyen dan membenarkan peminat-peminat saya menjadi sebahagian daripada dunia stail peribadi serta kreativiti saya.”


Begitu antara kata-kata penyanyi Ernie Zakri yang Kak Fas ingat di lafazkannya ketika dilantik sebagai duta tudung dan skaf jenama tempatan, Ayuwan, pada November tahun lalu.


Terbaharu, sempena Hari Raya tahun ini, Ernie x Ayuwan melalui kempen 'Gelora Raya' menampilkan dua koleksi baru - Monogram dan Moroccan yang diinspirasi oleh Ernie sendiri, sekali gus memperkenalkan lagu rayanya berjudul ‘Ha Ha Ha Ha Hari Raya’.


“Koleksi kali ini saya sendiri yang memilih fabrik, corak dan warnanya selari dengan matlamat jenama Ayuwan yang memenangkan citra lemah lembut,” ujar Ernie ketika ditemui pada majlis ‘Meet & GreetErnie Zakri x Ayuwan bertempat di pusat membeli-belah terkenal, Sogo KL  pada petang 31 Mac 2024 lalu.



Majlis dimulakan dengan isteri kepada penyanyi Syamel ini dijemput ke pentas oleh pengacara Muaz untuk menyampaikan lagu baharunya, ‘Ha Ha Ha Ha Hari Raya’ sebelum bercerita mengenai produk terbaharu Ayuwan X Ernie Zakri yang mempunyai ruang jualan di Tingkat 7 Sogo KL.


Pelanggan yang membeli produk berkenaan pada harga diskaun 10% berpeluang bergambar bersama Ernie.



Ada lapan pilihan warna bagi koleksi Monogram dan  empat warna untuk Moroccan yang kata Ernie ia dihasilkan mengikut cita rasanya sendiri yang sukakan rona pastel, sesuai dipadankan dengan baju malah tudungnya yang berkualiti tidak ‘memekakkan’ telinganya untuk mendengar muzik sewaktu menyanyi.



“Tudung Ayuwan dicipta untuk mudah digayakan kerana saya memang gemar menggayakan sesuatu yang praktikal dan tak makan dek zaman waima fabrik cotton voile senang dibentuk,” ujar Ernie.


Beralih soal lagu raya baharunya ‘HAHAHAHAHari Raya', yang dicipta sendiri bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush, dan Ajay Amai, Ernie memberitahu, ia disusun dan diterbitkan oleh 

Adib Hussin serta Glowrush.



 “Lagu ini mempunyai gaya yang tersendiri. Dan seperti lagu-lagu seniwati Saloma, ia ada nuansa era tahun 1950-an. Unsur ini ditampilkan supaya ada sedikit kelainan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan lagu-lagu Raya saya sebelum ini,” tambahnya.


Ernie juga berkata,  proses rakaman lagu  tersebut sangat mudah. 


“Pada awalnya sudah ada versi yang pendek sekitar dua minit. Kemudian kami mengambil keputusan untuk memanjangkan sedikit lagu ini. Di situ saya tambahkan melodi, khasnya di rangkap bridge kerana ingin menyerlahkan sedikit gaya baharu pada karya ini. Jadi, ada unsur moden juga dan tidaklah seperti lagu Saloma dari era 50-an sepenuhnya.

 

Malah, kenang Ernie, semasa bekerja dengan rakan-rakan penulis di Faithful Music, beliau selalu dapat pengalaman baharu selain mempelajari teknik-teknik lain dalam mencipta lagu baharu. 


“Saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka sambil merungkai bunyian baru dalam muzik,” sambung Ernie.



Dalam pada itu, jelasnya, koleksi tudung Ernie X Ayuwan terbaharu tidak ketinggalan ditampilkan dalam video muzik ‘Ha Ha Ha Ha Hari Raya’ yang dirakam semasa bulan puasa.


“Jalan cerita video muzik lagu ini sangat mudah. Ia berkisar tiga orang adik-beradik menjelang hari raya dan saya memainkan watak kakak sulung atau Kak Long yang cuba menyatu-padukan dua orang adik saya yang suka bergaduh. Konsepnya seronok, ceria dan sangat santai,” jelasnya lagi.



Jadi  Ernie Nators semua,  khususnya golongan wanita berhijab, jika nak melaram seperti Ernie sambil mendendangkan lagu Rayanya bolehlah  menggayakan tudung terbaharu Ernie X Ayuwan bernilai RM69.


Tetapi jika membelinya semasa kempen jualan di Sogo KL anda dapat diskaun 10% jadi harganya RM62.10 sahaja tau.


Untuk maklumat lanjut boleh layari LINK INI.



#AyuwanXErnie #TudungBawal #Skaf #ErnieZakri #ErnieNators #SogoKL #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan