Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GALERI NUR RAUDHAH RAI ANAK YATIM/ASNAF, PERKENAL JAM THOWAF BANTU DANA PENGURUSAN


MEMASUKI tahun
ke-empat penubuhannya, Galeri Nur Raudhah yang terletak di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, tidak ketinggalan terus mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dalam usaha mencapai hasrat membina sebuah Kompleks Muzium Sejarah Tamaddun Islam.


Terbaharu, sempena bulan Ramadan, Rumah Kasih Nurul Hasanah dengan kerjasama Anita Entertainment & Productions serta R2F Jam Thowaf menganjurkan Maljis Iftar Perdana bersama kehadiran anak-anak yatim selebriti dan pihak media.


Antara selebriti yang hadir menyantuni majlis terdiri daripada artis/penerbit veteran yang popular dalam drama ‘Opah’, Khatijah Abu Hassan serta  pelakon Norish Karman  dan beberapa penyanyi lama seperti Aris Ariwatan, Blank Gamma, Hasnul Gegar Vaganza, Juril Kumpulan Dutta dan Azura Aziz.


“Selain menyantuni dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan, majlis Iftar Perdana ini bertujuan memperkenalkan urus niaga terbaharu Galeri Nur Raudhah dalam perniagaan Jam Towaf jenama R2F bertenaga skalar,” ujar Pengasas Galeri Nur Raudhah merangkap Pengetua Rumah Kasih Nurul Hasanah,  Ustaz Md Zawawi Ramli ketika ditemui.



Tenaga skalar adalah hasil daripada proses pemanasan/pembakaran batu/lahar gunung berapi (atom atom) secara agresif, ekstrem dan berterusan di dalam perut bumi selama jutaan tahun.


Menurutnya, Jam Thowaf mempunyai jarum yang berputar melawan arah iaitu mengikut arah umat Islam melakukan Tawaf semasa ibadah Haji atau Umrah mengelilingi Kaabah.



‘Kelebihannya jam ini boleh mencairkan darah dalam tubuh sehingga mampu bertindak sebgai antibodi melawan virus dan mencegah penyakit insaniah,” tambah Ustaz Zawawi sambil memaklumkah melalui perniagaan tersebut pihaknya mahu berkongsi rezeki dengan menawarkan orang ramai menjadi ejen jualan.


Jam Thowaf dijual pada harga pasaran daripada RM280 hingga RM3,500 mengikut spesifikasi dan model pilihan.


Sehubungan itu majlis turut menyaksikan artis-artis yang hadir dilantik sebagai ‘duta’ Jam Thowaf termasuk beberapa media pilihan.


“Mereka akan saya bawa mengikuti program Anita Entertainment sekali gus mempromosikan produk berkonsepkan kesihatan itu,” sambung Anita Yusof berhubung perancangan pemasaran produk tersebut dalam usaha membantu Galeri Nur Raudhah mengisi tabung pembangunannya.



Seperti Ustaz Zawawi, Anita (duduk bawah, dua dari kananberharap usahanya untuk mempromosikan Jam Towaf di terima ramai waima ia bukan sahaja sebuah produk menentukan ‘masa’ tetapi bertindak merawat tubuh badan apabila ia sentiasa dipakai.


Menurut Che Gu Ishak selaku Ketua Kumpulan Stokis Jam Towaf R2F, pihaknya terbuka untuk menawarkan Ustaz Zawawi sebagai salah seorang ejen jualan bertujuan memberi peluang untuk Galeri Raudah mencari dana.


“Ini antara salah satu cara saya membantu Ustaz Zawawi mencapai impian dan misinya untuk membuka sebuah kompleks yang diimpikan,” tambah Che Gu Ishak Hashim.

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kelebihannya jam T2F berkenaan?


Berkongsi lanjut Che Gu Ishak atau lebih mesra disapa CI memberitahu, antara khasiat yang wujud pada jam towaf ialah ia membersihkan darah daripada ion ion positif di samping meningkatkan fungsi sistem imun selain memenuhi falsafah hukum 7 kuasa tenaga Tuhan.



“Bagi lelaki ia dipakai pada pergelangan tangan kanan sementara wanita memakai di sebelah  tangan kiri,” ujar CI.


Sementara itu, selain jualan Jam Towaf, Galeri Nur Raudhah turut mewar-warkan produk Sunnah yang lain seperti Madu Lebah Asli, Susu, Sauda dan sebagainya, manakala tidak ketinggalan diadakan kursus sirah junjungan Baginda Nabi SAW secara bersiri bagi manfaat suluruh umat Islam.


“Ini adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menampung pengurusan Galeri,” akhiri Ustaz Zawawi yang turut mengagihkan duit Raya kepada Anak Yatim dan Asnah pada majlis sama, diakhiri dengan solat Tarawih dan jamuan Moreh.


Jadi jika anda mahu membantu usaha Ustaz bolehlah menempah Jam Thowaf dan memakainya 24 jam demi kesihatan selari dengan slogannya,  'Cantek Bergaya, Sihat Bertenaga'.


Untuk maklumat lanjut berhubung Jam Thowaf boleh menghubungi Anita di talian 017 652 3183.



#JamTowafR2F #GaleriNurRaudhah #RumahKasihNurulHasanah #TenagaSkaler

Tiada ulasan:

Catat Ulasan