Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK BERBULAN MADU MACAM AKIM DAN STACY DI DUBAI?



Pasangan selebriti popular,  Akim Ahmad dan Stacy Anam telah bercuti dan berbulan madu di Dubai, destinasi ke-4 paling kerap dikunjungi di dunia pada  tahun 2015. 

Percutian pada bulan Mei itu benar-benar menyeronokkan mereka yang tidak melepaskan peluang untuk melawat tempat menarik dan mengenali budaya masyarakat tempatan di Dubai. 

Antara tempat menarik di Dubai yang dikunjungi oleh Akim dan Stacy termasuk destinasi membeli-belah, menjamu selera dan berhibur yang paling popular di tengah-tengah Dubai, dan souk emas dan rempah ratus, yang membuat pasangan selebriti ini tidak merasa bosan sepanjang masa berada di bandar raya yang paling menakjubkan di dunia.



"Percutian berbulan madu kami sungguh menyeronokkan. Kami dapat bertemu dengan penguin, berenang dengan dolfin, melawat Aquarium Dubai dan Zoo Bawah Air di Dubai Mall dan membeli-belah di pasar tradisional untuk mencari abaya dan makanan tradisional Timur Tengah. Kami benar-benar menghargai layanan mesra masyarakat Dubai dan kami agak terkejut dengan kos aktiviti dan harga produk yang mampu ditanggung," kata Stacy. 

Akim pula menambah, "Saya tertarik melihat bagaimana sebuah bandar raya moden seperti Dubai juga mempunyai aspek tradisional dan asli yang boleh ditawarkan. Pemandangan matahari terbenam di padang pasir sungguh indah dan pengalaman merentas gumuk pasir benar-benar menyeronokkan dan belum pernah kami alami sebelum ini. 

"Pemandangan dari dek pemerhati bangunan paling tinggi di dunia, Burj Khalifa, memang menakjubkan – kami dapat melihat keindahan landskap Dubai hingga sejauh Palm Island!" 

Bila ditanya sama ada mereka akan melawat Dubai lagi, Akim berkata: "Sudah tentu kami akan melawat Dubai pada masa akan datang. Terdapat banyak tarikan yang pasti digemari oleh seisi keluarga, terutama sekali keluarga yang mempunyai anak-anak." 

Kak Fas sebenarnya, sudah ke Dubai tetapi setekat di lapangan terbangnya sehaja sebab Dubai menjadi transit untuk Kak Fas apabila menuju Eropah. 

Bukan tidak teringin nak menjejakkan kaki ke Dubai apatah lagi ia kini mempunyai mercu tanda yang megah iaitu Burj Khalifa, bangunan tertinggi dunia. Siapa tak nak tengok kan?


Kak Fas harap ada kesempatan dan peluang bagi Kak Fas untuk ke sana satu hari nanti...

Barangkali anda juga mahu berbulan madu atau pun menikmati percutian indah seperti Akim dan Stacy di Dubai.

Hendak tahu pakej dan itenerary sebagaimana di lalui oleh pasangan sejoli ini... apa kata layari selanjutnya  ruangan 'Travel & Hotel" dalam blog Kak Fas ini ya...