Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KONSERT 3 SUARA' GABUNGKAN JAMAL, AMENG & ZAMANI BERMULA 22 SEPT.


Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Ameng Spring....Wpw!

Ketiga-tiga nama popular ini antara penyanyi yang Kak Fas paling menggemari. Suara emas Jamal, vokal serah basah Zamani serta kelunakan nyanyian Ameng sesungguhnya tiada tandingan.

Dan istemewanya mereka bertiga akan bergabung di atas sebuah pentas prestij - Istana Budaya bagi menjayakan konsert yang dinamakan 'Konsert 3 Suara'.



Memang tepat judul konsert yang dibawakan oleh produksi Binjamal Event Sdn Bhd ini.

Seperti Kak Fas, para peminat ketiga-tiga 'diva' ini pastinya tidak sabar untuk menantikan gabungan mantap mereka di pentas menjelang 22 September sehingga 25 September ini, apatah lagi  bagi Ameng yang baharu sahaja keluar daripada belenggu jeriji besi mahu pun Zamani yang juga tidak terlepas daripada dugaan dunia bersabit kisah lalunya.

Inilah kali pertama, kedua-dua mereka merasai bernyanyi di sebuah pentas berprestij seperti Istana Budaya dan semua itu sudah tentu daripada hasil usaha Jamal Abdillah, pemilik nama sebenar,  Jamal Ubaidillah Ali, 57, sendiri, di bawah penganjuran syarikatnya.

Lebih menarik lagi, adik Jamal iaitu Jamilul Hayat  yang popular menerusi lagu 'Mawar Putih Tanda Perpisahan' dan 'Gelora Jiwa' turut  diberikan ruang dan peluang untuk sama-sama menghiburkan hadirin.  

Meletakkan tanggung jawab sebagai Pengarah Muzik Konsert 3 Suara   di    bahu   Raja   Mohd. Sham   Raja   Saari,   sepanjang persembahan Jamal Abdillah, Ameng, Zamani dan Jamilul Hayat akan  diiringi lebih 20 orang pemuzik professional.

Susunan muzik sentuhan Raja Mohd. Sham pasti memberi suntikkan lebih enak di halwa telinga penonton apatah lagi jika mereka bertiga tampil mengalunkan lagu-Iagu malar segar  yang popular hingga kini seperti antaranya  'Di Penghujung Rindu', (Jamal), 'Gerimis   Mengundang' (Zamani)  mahu pun  'Butakah   Cinta' dari Ameng, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail,  48 tahun. 

Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert  3 Suara' meliputi harga  RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458.dan boleh diperoleh melalui  online di www.ilassotickets.com atau hubungi 03-21706333.

Anda pasti tidak kecewa menontonnya.