Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

"MUNAFIK' KEMBAIKAN SEMANGAT SYAMSUL YUSOF

SYAMSUL Yusof bersama team 'Munafik' sertia ayahnya Datuk Yusof Haslam meraikan kemenangan mereka semalam.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di Festival Filem Malaysia ke -28 (FFM28) yang berlangsung malam tadi. Dan sekalung tahniah juga dilayangkan kepada pengarah muda, Samsyul Yusof yang setelah 'merajuk' seketika pada dunia perfileman, filem terbaharunya "Munafik" berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik Nasional.

Dahulu kategori ini hanya dikenali sebagai Filem Terbaik FFM. Dan untuk pertama kalinya juga diwujudkan anugerah Filem Terbaik Malaysia  pula yang dimenangi oleh filem 'Jagat'.

Ramai juga yang rasa keliru apa bezanya 'Nasional' dan 'Malaysia'? Apa pun persoalan itu telah pun dijawab sebelum ini... sila layari internet ya... Kak Fas tak mahu komen lebih.

Berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 'Munafik' merangkul tiga lagi anugerah keseluruhannya iaitu Penyunting Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Sudah tentu kemenangan ini mengembalikan semangat Syamsul untuk terus mewarnai perfileman dunia tempatan. Jangan merajuk lagi ya... itulah dugaan yang harus ditempuhi setiap yang bergelar 'usahawan' namanya,

Sementara itu, filem yang mendapat anugerah Box Office, "Polis Evo' tidak ketinggalan membawa pulang empat trofi.

FFM28 yang dihoskan oleh dua pengacara yang boleh dikategorikan sebagai pelawak berjaya menghidupkan majlis dengan lawak spontan mereka. Syabas Nabil dan Sherry Al Hadad.

Apa pun sila layari keputusan penuh terlebih dahulu ya:


FILEM BOX OFFICE

Polis Evo - Astro Shaw

FILEM ANIMASI TERBAIK

BoboiBoy The Movie

PELAKON KANAK - KANAK TERBAIK

Tan Qin Lin - The Kid From The Big Apple

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK

Falisha Crosley - Mat Moto

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK

Adam Shahz - Juvana 2

PENGARAH BAHARU TERBAIK

Shanjey Kumar Perumal - Jagat

PENYUNTING TERBAIK

Syamsul Yusof - Munafik

SINEMATOGRAFI TERBAIK

Haris Hue Abdullah - Polis Evo

LAKON LAYAR TERBAIK

Bea Tanaka - Nota

CERITA ASAL TERBAIK

Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Hushairi Husain - Polis Evo

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Fauziah Dato' Ahmad Daud - Langit Cinta

PELAKON LELAKI TERBAIK

Pekin Ibrahim - Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

PELAKON WANITA TERBAIK

Nabila Huda - Munafik

PENGARAH TERBAIK

Syamsul Yusof - Munafik

FILEM TERBAIK NASIONAL

Munafik

FILEM TERBAIK MALAYSIA

Jagat

ANUGERAH KHAS JURI  1

Ola Bola - Angkat nilai perpaduan dan kekeluargaan menerusi semangat kesukanan

ANUGERAH KHAS JURI  2

Polis Evo - Angkat nilai produksi dan nilai komersial yang tinggi

ANUGERAH KHAS JURI  3

The Kid From The Big Apple - Trasnformasikan nilai budaya dan rapatkan jurang generasi

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN

Deddy M. Borhan

PIx kredit Astro Gempak