Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SOFA GINTELL TENANGKAN KEHIDUPAN AYDA JEBAT


Sekiranya disebut Nur Suhaida Jabat pasti ada yang tertanya-tanya siapa gerangan tetapi jika disapa sahaja nama komersialnya Ayda Jebat sudah tentu satu Malaysia mengenali siapa orang yang dimaksudkan.

Ya mereka yang berada dalam kelompok dunia seni hiburan pastinya mengenali  Ayda Jebat, seorang penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 namun namanya naik mendadak sebaik sahaja popular dengan drama 'RIndu Awak 200%'.


Gadis kelahiran 17 Mac 1992 ini ternyata cukup popular sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah antaranya Artis Trending Popular dan Artis Baharu Wanita Popular ABPBH malah banyak lagi.

Atas popularitinya itulah Ayda semakin mendapat tempat di kalangan pihak swasta untuk menjadi duta beberapa produk tempatan dan tidak syak lagi, GINTELL antara yang terbaharu baginya.

Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta GINTELL adalah untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda.terutamanya, golongan yang sering sibuk bekerja tanpa mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan menenangkan diri sendiri, jelas Pengarah Urusan Kumpulan GINTELL, Dato Goh.

Seperti Ayda Jebat yang bekerja sebagai pelakon dan penyanyi, kerjayanya memerlukan masa yang panjang dan tidak menentu. Kelelahan kerja menimbulkan tekanan pada dirinya dan mungkin menjejaskan kesihatannya. Justeru, GINTELL mampu menyelesaikan masalah Ayda agar kembali sihat dan bertenaga.

Bagaimana caranya?



Ya, dengan adanya sofa urutan GINTELL De’Vano S di rumah, Ayda Jebat dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja. 

"Ayda cuma perlu meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa untuk  menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya," ujar Ayda Jebat.


Menurut Ayda, kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan.

Sebagai duta GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, Ayda Jebat  mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarga dan diri sendirinya, serasi dengan moto GINTELL “Health Love Life” ~ Kesihatan, Kasih Sayang, Kehidupan. 

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan,baru-baru ini,  pelakon dan penyanyi terkenal ini membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan para peminat dan para pelanggan GINTELL bersama-sama menyambut hari yang amat bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. 




Penampilan khas Ayda Jebat menambahkan kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan bersama para peminat dan pelanggan GINTELL  apabila pelbagai aktiiti diraikan bersama peminatnya.

Ayda Jebat bukan sahaja menikmati mengambil gambar selfie dengan peminatnya tetapi turut  bersama-sama menyanyikan dua buah lagu popularnya “Pencuri Hati”  dan 'Siapa Diriku' dalam keadaan riang gembira. 



Kerjasama antara Ayda dan GINTELL turut dipereratkan apabila jenama itu menaja bebeapa buah dramanya termasuk drama “M.A.I.D” dan  juga telemovie, “Assalamualaikum Cinta”.

Majlis turut menyaksikan Ayda menanda tangani sepuluh buah sofa terbaharu berkenaan untuk jualan  di mana setiap sebuah sofa berharga RM3,988 dengan empat pilihan warna.

Lebih istemewa lagi, pada petang itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang kebetulan berada di Sunway Putra sempat singgah ke kawasan GINTELL dan mencuba produk GINTELL yang dipamerkan.