Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BAYAR RM1,000, JADI PEMILIK KPM BLUE VALLEY RESORT, TAIPING



Melihat gambar-gambar di atas terasa macam tak sabar nak bercuti apatah lagi dah lama sungguh rasanya Kak Fas tak pergi bercuti...

Tetapi al maklum masa tidak mengizinkan... Kak Fas terpaksalah lupakan terlebih dahulu hal nak bercuti waima di dalam hati terdetik juga impian andainya Kak Fas ada sebuah resort percutian alangkah indahnya dunia.... haha...

Tak mengapa kan memasang angan-angan.... tetapi percaya tak anda jika Kak Fas memberitahu, barangkali angan-angan itu boleh menjadi kenyataan.

Bagaimana agaknya ya?

Jika ada kemahuan dan keinginan segalanya mungkin, janji ada usaha dan kesabaran untuk terus berdoa betul tak?

Okey, kepada mereka yang  suka melancong ke pulau-pulau barangkali apabila siapnya sebuah resort yang dinamakan KPM Blue Valley Resort, terletak di Pulau Pasir Hitam, Taiping, Perak, anda boleh menikmati percutian di sebuah pulau baharu.


JIka selama ini, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Sibu, Pulau Tioman mahu pun Pulau Besar Melaka sudah berkali-kali anda terokai, apa kata berkunjung pula ke Pulau Pasir Hitam, yang terletak di Taiping, Perak.

Apabila memilih ke Pulau Pasir Hitam, anda bukan sahaja bercuti malah lebih penting anda bercuti sebagai salah seorang daripada pemilik resort berkenaan.

Tak percaya? Mari Kak Fas terangkan .....

Baru-baru ini Kak Fas terpanggil untuk menghadiri sebuah majlis pelancaran dan sidang akhbar KPM Blue Valley Resort, Taiping.

Memandangkan Kak Fas juga tidak pernah mendengar kisah resort ini apatah lagi di Tiaping pula, iaitu kampung halaman suami,  maka Kak Fas menerima jemputan sahabat, yang Kak Fas panggil 'Dragon', untuk hadir.

Sebelum Kak Fas melanjutkan bicara, barangkali ada yang tertanya-tanya apa maknanya ringkasan abjad KPM tu?

KPM ada ringkasan untuk Koperasi Pekerja Majmuk Kuala Lumpur Berhad yang mempunyai 700 ahli berdaftar, ditubuhkan pada 27 Mei 2011.

Pendekkan cerita, Blue Valley Resort adalah projek terbaharu yang akan diusahakan oleh KPM yang bakal beroperasi dalam masa empat tahun, iaitu pada tahun yang mempunyai angka menarik 2020.

Jadi, berbalik kepada persoalan bagaimana anda boleh menjadi pelabur resort tadi?

Caranya mudah, anda hanya perlu menjadi ahli Koperasi dengan bayaran yuran RM130 bagi melayakkan anda membeli saham yang ditawarkan pada harga RM1,000 se saham.




"Kami mensasarkan 50,000 saham untuk dimiliki ahli, tanpa mengira status dan kaum dan mereka boleh membeli sebanyak mana saham yang diinginkan pada kadar RM1,000 se saham," ujar Dato Seri Alif Abdullah selaku Penasihat KPM dalam sidang akhbar yang diadakan.

Turut bersama beliau ialah Dato Abdul Aziz Musa, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Syarikat SJ; Pengasas dan CEO  Syarikat SJ, Enchik Mohd. Sirajdeen Haja Maideen; Datin Seri Marinah, ahli lembaga KPM, Encik Jaymharan, Pengerusi KPM dan Encik Simon Husin sebagai Perunding Teknikal KPM.

Iya, dengan hanya melabur RM1,000 untuk membeli saham, anda sudah boleh bergelar sebagai salah seorang pemilik sebuah resort. Hebat tak?


DARI kiri: Dato Seri Alif dan Encik Mohd Sirajdeen memperlihatkan kunci kereta Exora antara hadiah utama.


Bukan itu sahaja, setiap pelabur layak memenangi cabutan bertuah hadiah bernilai RM350,000 di mana hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Exora,  Perodua Bezza mahu pun Perodua Axia.

Jika tak menang kereta... jangan susah hati ada lagi hadiah menarik lain seperti barang kemas bernilai RM10,000, 2 tiket ke Paris, KTM Scrambler serta beberapa lagi hadiah sampingan berupa alat kelengkapan rumah.

Malah jika anda cepat melabur, kesemua 1,000 pelabur pertama layak menerima sebuah hadiah misteri.

Menarik tak?

Nak tahu pula mengenai KPM Blue Valley Resort?

Ia merupakan sebuah resort yang bakal dibina di atas tanah milik KPM seluas 5 ekar dengan  kos pembinaan sekitar RM60 juta dan satu-satu caranya ke pulau berkenaan adalah dengan feri di mana KPM dijangka menyediakan dua buah feri sebagai pengangkutan.

Berkonsepkan resort rakyat, ia bakal mempunyai 528 bilik dilengkapi infrastruktur sebuah resort seperti dewan utama, kolam renang, restoren 24 jam, outlet 'multi' kuisine bertaraf 5 bintang, taman burung, deretan kedai termasuk aktiviti rekreasi seperti sukan  laut, 'jungle' trekking dan seumpamanya.



"Setiap pelabur layak mendapat keuntungan daripada jaminan 8 peratus dividen setiap tahun selepas  4 tahun resort beroperasi  di samping faedah lain seperti  pulangan sebanyak 40%-60% setahun mengikut kadar keuntungan syarikat, " ujar Dato Abdul Aziz Musa selanjutnya.

Bukan itu sahaja, ada lagi...

Sebagai pelabur dan sebahagian daripada pemilik resort, anda juga diberi kemudahan bercuti selama 3 hari 2 malam dengan keluarga setiap tahun secara percuma.

Haa... jadi bolehlah anda bercuti setiap musim cuti persekolahan apabila sudah menjadi pemilik saham KPM Blue Valley Resort ini.... Menarik kan tawarannya....

Kak  Fas tak mahu cerita panjang, nanti bosan lak anda membaca jadi apa kata jika nak tahu lanjut mengenai peluang ini  bolehlah layari laman http://kpmklb.org.my/resort-bertaraf--5-bintang/