Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK HADIAH PERCUTIAN VIP SAKSI MMA DI BANGKOK?


Mereka yang suka dengan minuman 'Power Root' pasti gembira dengan berita ini. Ya anda berpeluang menjadi tetamu khas menjadi VIP bagi menyaksikan perlawanan seni bela diri di Bangkok. 

Bagaimana caranya? Baca di bawah sepenuhnya:

Peraduan Extra Power Root “Boost of a Lifetime” kini memberi peluang kepada 60 pemenang bertuah untuk memenangi percutian VIP ke Bangkok untuk menonton perlawanan sukan MMA (seni bela diri campuran) ONE Championship yang akan berlangsung pada 17hb Disember 2016 ini. 

Minuman bertenaga Extra Power Root juga adalah penaja minuman bertenaga yang rasmi untuk semua perlawanan ONE Championship di Malaysia. 

Peraduan ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 13hb November 2016.

Minuman Bertenaga Extra Power Root akan menghantar 60 pemenang bertuah untuk menikmati pakej percutian dibiayai sepenuhnya selama 2 hari 1 malam yang terdiri daripada: 
2 tiket penerbangan (pergi-balik) ke Bangkok
Penginapan, pengangkutan, makan dan minum
Tiket VIP ke perlawanan ONE Championship
Cenderamata Eksklusif dari ONE Championship
Lawatan Eksklusif ke belakang tabir pada hari perlawanan ONE Championship di Bangkok untuk menyaksikan persediaan atlet-atlet ONE Championship sebelum perlawanan mereka, merasai sendiri suasana bilik-bilik persediaan peserta dan melihat para peserta berjalan dari bilik persediaan ke pentas ONE Championship dalam pengalaman yang tidak dapat dibeli ini!

Cara menyertai peraduan ini:

Beli mana-mana 1 tin Extra Power Root (Madu/ Madu Berkarbonat/ Ginseng/ Kurma Madu) atau Per’l Kurma
Jawab: Adakah Extra Power Root mengandungi Tongkat Ali? Ya/ Tidak
Tangkap gambar resit anda dan Whatsapp Nama, No.IC, No.Resit dan Jawapan ke
 +6018-3987840
o Contoh : Ali bin Hasan_880829-04-xxxx_Ya

Pembelian 1 tin untuk satu penyertaan adalah diwajibkan. 

Minuman Bertenaga Extra Power Root Memberi Sokongan untuk Sukan dan Atlet-Atlet Tanahair. 

Minuman Bertenaga Extra Power Root telah memberi sokongan kearah sukan tanahair baru-baru ini, salah satunya adalah dengan penajaan Pasukan Bola Sepak PKNS dan atlet sukan seperti Peter Davis iaitu seorang atlet MMA, pelakon, model dan juga pengacara TV. 

Extra Power Root juga memahami kepentingan untuk membangun para atlet bermula dari penceburan terawal mereka. Oleh itu, Extra Power Root telah menjadi penaja minuman rasmi untuk kejohanan ONE Championship dan juga Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA-4). 

Ini adalah tahun ke-2 Extra Power Root menjadi penaja minuman rasmi untuk kedua-dua perlawanan MMA ini. Extra Power Root akan terus mencari dan menyokong  bakat baru untuk tahun-tahun yang akan datang. 

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman Facebook Extra Power Root di www.facebook.com/powerroot 

Sebenarnya, minuman Power Root khususnya yang Perl tu memang sedap... Kak Fas dah rasa... Anda belum? Cuba lah... pasti suka...

Mana tahu kut kut anda sebagai wanita pun bertuah dan  layak memenangi hadiah tengok perlawanan seni bela diri ini di Bangkok kan....

Takkan lelaki je yang boleh menang ya tak?

Bagi mereka yang nak baca entri ini dalam bahasa Inggeris boleh sahaja selak ke ruangan 'Media Release' dalam blog ini ya...

Good luck!