Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FATAH AMIN HARUMKAN PELANCARAN 'VERSACE DYLAN BLUE'

FATAH Amin (kiri)  di samping Vinod Dadlani, Esmeralda dan Hanif pada majlis pelancaran 'Versace Dylan Blue' di KL Sogo petang tadi.

Pusat membeli-belah terkenal yang terletak di kawasan strategik ibu kota, KL Sogo yang sering dibanjiri orang ramai sekali lagi menjadi tumpuan apabila ruang kecantikan dan kosmetiknya sesak gara-gara mahu melihat hero tampan, Fatah Amin.


Iya, kemunculan pelakon terkenal itu tampil bergaya dalam baju t, jaket dan seluar jeans biru sesuai dengan pelancaran haruman lelaki terbaharu dari Versace pour homme yang dinamakan 'Dylan Blue'.

Wangian 'Versace Dylan Blue' yang tampil menarik dalam botol biru mengeluarkan bau yang segar dan menyusuk kalbu sesuai bagi lelaki yang maskulin seraya memperlihatkan karakter bergaya si pemakai.

Kak Fas pun terpengaruh dan jatuh cinta dengan bau lembut, segar dan maskulin ini. Kandungan haruman yang menggabungkan bauan sitrus, buah anggur dengan aroma 'woody' tidak syak lagi mampu memikat hati wanita yang mendampingi si pemakai.

Gimik pelancaran yang diserikan dengan semburan haruman 'Versace Dylan Blue' oleh Fatah Amin diikuti taburan  letupan konfeti mewarnai suasana yang dipenuhi dengan aroma bau yang amat mempesona.

Fatah Amin turut didampingi Encik Vinod Dadlani, Pengarah Urusan Prestige Product (M) Sdn Bhd bersama Puan Esmeralda selaku Pengurus Besar Wilayah serta deejay yang tidak asing lagi, Hanif Hamzah dari radio Era.fm. 

Sesungguhnya, kesegaran aroma Mediterranean 'Dylan Blue' adalah intipati lelaki Versace hari ini yang mampu menyerlahkan keperibadian dan karisma pemakainya.

Dan seperti Fatah Amin, ia mampu menyerlahkan aura dan  ketrampilanya. 

Kata Fatah,  "Saya rasa lebih segar dan konfiden apabila memakai haruman ini yang merupakan parfum favourite saya. Bauannya mencetuskan rasa sensualiti yang menarik. Anda semua perlu mendapatkannya."

Promosi jualan eksklusif Versace Dylan Blue akan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini hingga 19 September depan di mana setiap pembelian sebotol yang berharga RM369 akan dijual dengan harga RM339  (100 ml) manakala kandungan 50 ml boleh diperoleh dengan harga RM279.

Jadi, sekiranya anda mahu memiliki haruman yang sama dengan Fatah Amin, sebaiknya segera ke KL Sogo dan dapatkan botol biru parfum terbaharu dari Versace pour homme berkenaan dengan harga promosi yang lebih murah daripada asal.

Kak Fas yang perempuan pun dah terpesona apatah lagi orang yang memakainya pasti mampu menarik perhatian pasangan masing-masing.

Memang baunya wangi sesangat.... Kak Fas percaya sesiapa yang membelinya akan berpuas hati kerana harumannya melekat lama.

Pendekata, sampai malam hidung Kak Fas masih terbau harumannya walau pun Kak Fas tidak menggunakannya secara langsung, maklumlah untuk lelaki. Tetapi barangkali baunya melekat gara-gara  semburan yang dilakukan oleh model-model tadi. 


Terima kasih Prestige dan Ikhsan dari KL Sogo  kerana menjemput dan memperkenalkan haruman Versace pada Kak Fas....

Jangan salah sangka , Versace juga ada haruman untuk wanita tau... bau wangiannya tidak kurang memukau jiwa dan perasaan. Ia kekal lama jadi berbaloi wang ringgit yang dibelanjakan.

Terbaik Versace!




RANGKAIAN Mandian VERSACE Dylan Blue 



Baca cerita selanjutnya dalam BI pada ruangan ;Fashion/Beauty & Events' dalam blog Kak Fas ini...layannnn.....