Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA NAK JADI PELAKON? JOM SERTAI DFKL 2018

Masa untuk drama....

Yeay! Drama Festival Kuala Lumpur atau ringkasnya DFKL kembali lagi buat kali kelima ..

Semua setuju kan jika dikatakan .drama menggambarkan realiti kehidupan. Ia bukan sahaja dapat dilihat menerusi kaca televisyen, malah turut mewarnai kehidupan seharian dan memberi impak kepada kita. 

Menampilkan #MasaUntukDrama sebagai tema baharu, DFKL  masih mengekalkan objektif utamanya untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri drama,  DFKL 2018 juga merupakan sebuah platform yang sesuai bagi anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka.

Jadi apa kata kita mula semarakkannya agar menjadi bualan mulut netizen khususnya yang berminat dengan industri hiburan tempatan.  tahu anda adalah 'next' pelakon yang dicari-cari sebagaimana Raja Afiq popular melalui DFKL.

DFKL turut menampilkan  siri jerayawara DFKL  di dua lokasi berbeza bermula pada bulan Februari dan Mac 2018.

Untuk pengetahuan semua, komponen utama DFKL masih lagi mengekalkan penyertaan untuk pertandingan drama pendek peringkat awam dan sekolah menengah, pertandingan sesi kongsi (pembentangan idea), bengkel dan ujibakat lakonan.

Dan kemuncaknya, Malam Anugerah DFKL 2018, iaitu majlis  pengiktirafan buat para pelakon, pengarah, penulis skrip dan drama pilihan penonton ini  mempertandingkan 11 kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Lagu/OST Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Pilihan tonton VIP, Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan.

Tang ni mesti anda suka iaitu memastikan artis kesayangan  masing-masing berjaya.
PAULINE
SYAZUWAN



















Ya para peminat yang ingin melihat idola kesayangan mereka meraih kemenangan, boleh membuat undian bagi menentukan barisan pemenang untuk 9 kategori tersebut bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2018 di laman web rasmi DFKL 2018 iaitu www.dfkl.com.my.

Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari, di mana undian-undian yang diterima akan dikemaskini setiap dua jam untuk setiap hari.

Sementara itu, bagi tahun 2018 DFKL menampilkan Syazuwan Hassan,  dan Pauline Tan, sebagai duta, DFKL disertai oleh Jason Chong (kanan),  dan Jason Kok sebagai panel yang akan berkongsi ilmu mengenai pengarahan dan pembikinan filem di bengkel DFKL 2018.

Turut menyertai mereka sebagai panel adalah 6 lagi karyawan hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud, Eirma Fatima, Datin Diana Danielle, Fasha Sandha, Sheila Rusly, dan Shahrulezad.





















Untuk maklumat lanjut mengenai DFKL 2018, anda boleh layari laman web rasmi www.dfkl.com.my

Secebis kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak:

“DFKL merupakan peluang keemasan kepada semua golongan untuk menunjukkan bakat terpendam mereka. Kami amat mengalu-alukan para peserta yang ingin mengekspresikan imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dianjurkan, serta menyertai bengkel-bengkel bersama panel berpengalaman dalam industri seni tanah air untuk memberi bimbingan dan berkongsi ilmu. Insya Allah, DFKL yang dianjurkan untuk kali kelima ini akan mendapat respon yang positif seperti sebelum ini, serta mampu mewarnai industri penyiaran dan menghasilkan suatu karya yang disukai oleh semua lapisan masyarakat,”

Good Luck semua ya!




9 ulasan:

Unknown berkata...

Ingin menjadi pelakon tambahan

Unknown berkata...

I like to join the group

Unknown berkata...

Nak sgt. .Minat

Unknown berkata...

Sy nk join

Unknown berkata...

Kalau boleh saye pun nak join sbb ni impian sayeee

Unknown berkata...

klau blh sy pun nk jgk sbb sy minat sangat2

Unknown berkata...

saya nak join boleh .. ni number saya 0136345177

Unknown berkata...

As'salamualaikum sya Sgt berminat dlm cita 2 mengejar menjadi seorang pelakon..kalau tidak kisah, call atau pm saya 0102425785

Unknown berkata...

Nak kalau ada rezeki saya