Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HABIB-ORO ITALIA 916 BERPISAH TIADA


HABIB dengan pembuat barang kemas dari Itali bagaikan lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan.


Malah tidak dapat dinafikan juga industri fesyen dan pembuatan barangan kemas dari Itali cukup terkenal dengan keunikan rekaan dan pertukangan yang berkualiti tinggi. 


Justeru, setelah bertahun lamanya menjalin kerjasama baik dengan rakan perniagaan dari Itali di bawah koleksi HABIB Oro Italia 916,  Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato Sri Meer Habib sentiasa memberikan buah fikiran beliau untuk menghasilkan koleksi ekslusif yang menggabungkan kreativiti dan kepakaran dari dua negara yang berbeza. 


Sebagai satu jenama warisan, HABIB amat menitikberatkan unsur-unsur warisan dalam industi barangan kemas dengan menggunakan teknologi terkini yang mampu memberikan barangan bertaraf dunia mengikut citarasa rakyat Malaysia.


Seperti yang ramai maklum, Oro membawa makna emas dalam Bahasa Itali. 



Meskipun emas di Itali menggunakan kandungan emas yang rendah, namun HABIB telah mengambil inisiatif dan bekerjasama dengan pembekal dari Itali untuk menghasilkan barangan kemas 916 berikutan permintaan rakyat Malaysia yang menggemarinya. 


Maka dari situlah lahirnya koleksi HABIB Oro Italia 916®. 


Malah sejak mula diperkenalkan di Malaysia, koleksi ini telah berjaya mencuri hati rakyat Malaysia berikutan rekaannya yang moden dan sesuai untuk segenap peringkat umur.



Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang HABIB Oro Italia 916® 


  1. Setiap satu barangan HABIB Oro Italia 916®  diberi sentuhan kemasan tangan oleh tukang emas dari Itali. Penggunaan dawai yang diperbuat daripada emas, seterusnya digilap dan dipintal untuk menghasilkan sesebuah rekaan yang mencapai standard piawaian tertinggi.
  2. Kekemasan potongan seakan berlian. Teknik pertukangan emas yang menggunakan tangan dalam menghasilkan potongan ini pada setiap bebola manik memberikan ilusi kilauan seolah-olah rekaan itu dihiasi dengan berlian.
  3. Hasil tangan yang cukup halus dan kemas menjadikan setiap yang memakainya pasti selesa dan lembut pada kulit apatah lagi boleh didapati pada harga yang sangat mampu milik.
  4. Rekaan rantai tangan yang boleh diguna pada dua bahagian didatangkan dengan pelbagai gabungan warna emas membolehkan anda bergaya dengan dua rekaan pada satu harga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang kani di www.habibjewels.com atau di laman media sosial kami di Instagram dan Facebook @habibjewelsofficial. 




Tiada ulasan: