Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JANGAN MAIN-MAIN 'MULUT MASIN' NANTI TAU! APA HAL TU?


SEPANJANG membesar bersama ibu bapa korang mesti pernah dengar ungkapan seperti “jangan cakap macam tu 'mulut masin' nanti...” atau “moga masin mulutnya...’ 


Ayat begini selalunya diucapkan apabila sesuatu percakapan buruk atau baik dilontarkan waima si penerima yg mendengarnya akan menjawab sedemikian, takut nanti bila 'masin mulut' jadi kenyataan. 


Apakah situasi sama akan ditonjolkan dalam filem tv terbaharu dari Astro Shaw berjudul ‘Mulut Masin’. 


Menariknya juga, ‘Mulut Masin’ mengetengahkan cerita tentang kanak-kanak yang jarang dipersembahkan  iaitu mengenai lima orang sepupu yang merasakan diri mereka telah disumpah dengan sumpahan 'mulut masin' arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenek mereka itu.


Dan sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka pelbagai insiden telah berlaku kepada kelima-lima sepupu sepapat imi waima tanpa sedar juga gerak geri mereka diperhatikan.


“Seperti mana yang ramai tahu, filem yang berlatarkan cerita kanak-kanak jarang ditonjolkan. Jadi kami ketengahkan kisah tersebut dengan menyelitkan gabungan elemen kekeluargaan, komedi dan seram, yang mana ketiga-tiga elemen ini sering menjadi pilihan utama penonton tanah air. 


“Uniknya lagi, filem ini juga mampu mengajak penonton untuk lebih menghargai hubungan dengan ahli keluarga, nenek serta sepupu terdekat, di samping mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang boleh membuat mereka tersenyum apabila mengenangnya, “ ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.


Tambah Raja Jastina, beliau yakin subjek utama yang diselitkan itu dekat dengan kita semua tambahan pula ‘mulut masin’ adalah perumpamaan yang sering diperkatakan sejak turun temurun.



‘Mulut Masin’ adalah filem kekeluargaan, jadi babak-babak yang ditonjolkan membawa penonton mengimbau kembali  memori zaman kanak-kanak lebih-lebih lagi kenangan apabila pulang ke kampung dan berkumpul dengan sepupu terdekat.


"Mungkin dalam keadaan sekarang ini kebanyakkan orang di luar sana tidak dapat pulang ke kampung halaman atau berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga, kehadiran 'Mulut Masin' dapat membuat mereka sentiasa hargai hubungan bersama orang tersayang tidak kira jauh mahupun dekat,” sambung pengarahnya, Razaisyam Rasyid.

Jika korang nak tahu, Razalsyam adalah pengarah filem seram ‘Pusaka’ yang pecah panggung RM13.7j tahun lalu, tetapi untuk ‘Mulut Masin’ ini kali pertama ia menguji kredibilti beliau untuk mengarah filem yang melibatkan pelakon-pelakon cilik sebagai teraju utama termasuk cabaran menjalani sesi penggambaran ketika dalam tempoh PKP.


Mereka terdiri daripada kanak-kanak berbakat besar seperti Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman dibantu pelakon terkenal FarahdhiyaMaria Farida, Lan Pet PetKhatijahTan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.




“Sesi penggambaran filem 'Mulut Masin' memberi pengalaman berbeza kepada seluruh tenaga produksi yang terlibat. Bayangkan kami sudah mendapat momentum dan keserasian tetapi terpaksa dihentikan kerana PKP dan kemudian setelah 3 bulan berehat, kami perlu mendapatkan semula momentum yang sama seperti sebelumnya bagi memastikan mood dan kualiti penggambaran masih seiring,” cerita Razalsyam.


Selain itu,  tambahnya, ia turut memberi cabaran apabila terpaksa berkarya dalam normal baharu dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. 


“Manakala dari sudut sinematografi, saya tampilkan berbeza dengan filem-filem yang pernah saya hasilkan sebelum ini kerana menerapkan unsur kemelayuan dan lebih ringan agar penonton rasa lebih dekat dengan jalan cerita,” sambung Razalsyam.


Bunyi macam menarik kan filem yang dibuat. untuk tontonan di pawagam rumah anda ini?


Jika mahu menontonnya bolehlah melanggannya dengan pembayaran RM15 di Astro First (408) dan tonton puas puas selama dua hari yang diberikan secara berulang-ulang.

Memang sesuai dan boleh ditonton seisi keluarga apatah lagi kanak-kanak  yang kini kesemua berada di rumah gara-gara sekolah tutup dalam tempoh PKPB ini. 



#MulutMasin #AstroFirst #AstroShaw #As’ad Motawh #Razaisyam Rasyid 

Tiada ulasan: