Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PEREMPUAN TANPA DOSA" DISAMBUNG LAGI!


ADAKAH korang penonton setia drama bersiri ‘Perempuan Tanpa Dosa’ (PTD) lakonan Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124)?


Jujurnya Kak Fas pun dah terjebak dengan drama itu walau pun berpeluang menontonnya pada episod ketiga selepas  ia mula ditayangkan mulai 6 Oktober 2020 lalu.


Walau pun ketinggalan dua episod pertama dan ada juga tertinggal beberapa episod kemudiannya, Kak Fas masih melayan ceritanya sehinggalah dah tak terdaya untuk meninggalkannya. 


Nasib bila sekali dah rekod apabila drama ini bersiaran ia akan direkod secara otomatik jadi bila termiss boleh tonton kembali hihi...


Dan apa yang menarik perhatian Kak Fas pada drama ini tentulah ceritanya yang kadang kala terasa juga macam bodoh dan tak masuk akal tetapi itulah namanya drama kan, jika tiada babak-babak begitu memang tak best lah ya tak.



Itu lah yang menjadikan drama yang  diadaptasi daripada novel dengan judul karya Fatinilam Sari Ahma terbitan produksi Juita Viden ini mendapat sambutan hangat apatah lagi menghampiri hujung cerita rasanya ramai yang tidak setuju apabila Lily (Uqasha) bercerai dengan Rizal (Kamal Adli) dan enggan terima bekas suaminya itu walhal daripada wajahnya nyata Lily masih menyayangi Rizal walau pun hatinya terluka apabila mendengar Rizal bakal berkahwin dengan Usu Sakinan (lakonan Uyaina Arshad).





Selain Uqasha, Kamal dan Uyaina, barisan pelakon lain terdiri daripada Yusof Bahrin, Shaza Bae, Azza Elite, Zac Zaky, Hilal Azman dan ramai lagi.


Seperti apa yang Kak Fas rasa, Kak Fas percaya korang pun mesti ada perasaan sama apabila hati bertanya ‘kenapa lah si Lily ni tak mahu terima Rizal walhal masa Rizal ‘hilang’ seketika untuk bertemu bekas teman lelakinya, Eddie, nampak sangat Lily dalam kerisauan.


Tetapi itulah dia.. persoalan-persoalan beginilah yang terus menambat hati penonton untuk terus menonton ‘PTD’ ini cuma apabila memikirkan episodnya dah nak berakhir tetapi macam banyak lagi perlu di selesaikan, terasa macam tak puas. 


Takkan minggu ini dah habis kut?


“Kami gembira dan berbesar hati dengan sambutan positif yang diterima untuk drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ yang ternyata berjaya membawa penonton untuk bergelumang dengan mainan emosi menerusi plot penceritaan dan lakonan mantap barisan pelakon yang meninggalkan kesan kepada penonton. 


“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami hadiahkan empat episod tambahan kepada para peminat yang pastinya tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta tersebut. Semoga terhibur!, “ ujar Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media.


Seronok pulak rasa hati haha… baharulah puas nak tonton  ya tak dan korang pun tentu nak expect pengakhiran yang baik kan?



Mengikut perancangan awal, drama arahan sutradara Michael Ang ini sepatutnya berakhir di episod 28 pada 23 November yang lalu. Namun, ia telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 32 buah episod. 


Dan terbaharu seperti kata Emarina, dengan penambahan empat episod tambahan dapatlah kita semua terus menonton berjayakan Rizal kembali ke pangkuan Lily atau terus berkahwin dengan Usu Sakinah?


Berikutan itu, garapan plot penceritaan dan skrip untuk episod 31 dan 32 telah diolah semula dalam masa yang cukup singkat bagi memastikan ia mengandungi momen-momen manis agar dapat memuaskan hati dan jangkaan peminat setia yang mahukan pengakhiran yang baik.


Khabarnya keesemua penggambaran untuk empat buah episod tambahan telah dijalankan di Kemaman sewaktu tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengambil masa 16 hari untuk diselesaikan. 


Lebih menarik lagi, ada di antara babak- babak tersebut digambarkan seperti berada di Kuala Lumpur. 


Pihak produksi mengambil keputusan untuk mengekalkan lokasi penggambaran di Kemaman selepas pengumuman perlaksanaan PKPB yang tidak membenarkan aktiviti merentas negeri dibuat oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri akan mengganggu momentum penggambaran. 


Jadi korang bolehlah terus menonton ‘Perempuan Tanpa Dosa’ untuk melihat apa kesudahannya ya.



#Trivia


  • Menerusi hantaran tweet yang diterima, segelintir penonton menyangka   Uyaina Arshad yang membawakan watak Usu Sakinah tidak pandai menunggang basikal kerana hampir keseluruhan babak dalam drama ini menunjukkan dia hanya sekadar menolak basikal jika mahu kemana-mana. Uyaina sebenarnya boleh membawa basikal tau. 
  • Azza Elite sebenarnya tidak pelat untuk menyebut huruf ‘S’ seperti yang digambarkan dalam drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’. Gaya percakapan terebut sebenarnya cuma dibuat-buat bagi menjayakan wataknya sebagai Kak Habsah yang suka menyibuk dan gemar membawang daam drama tersebut. 
  • Watak Usu Sakinah lakonan Uyaina Arshad telah diberi ‘suntikan’ segar untuk menambahkan warna penceritaan kepada garapan keseluruhan drama kerana jika megikut watak sebenar di dalam novel, Usu merupakan seorang gadis kampung yang baik dari mula hingga akhir. 
  • Uqasha Senrose cuma mempunyai dua hari untuk berehat setelah penggambaran drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ tamat sebelum memulakan penggambaran untuk drama terbaharu berjudul ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ yang dijangka akan menemui penonton pada Mac 2021 menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria. 
  • Watak Yaya lakonan Shaza Bae telah direka untuk versi drama televisyen kerana watak tersebut sebenarnya tidak wujud di dalam novel. 


  • Kak Fas: Setiap kali tengok Shaza Bae teringat Dayang Nurfaezah sebab wajahnya mirip penyanyi berkenaan. Setuju tak?

Tiada ulasan: