Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KINI SEMUA BOLEH JADI PENYANYI. SERTAI 'ALL TOGETHER NOW MALAYSIA'


JIKA
‘Big Stage’ mengutamakan golongan artis 'budak baru nak up atau ‘BBNU’ manakala ‘Gegar Vaganza’ dikhususkan kepada bintang-bintang veteran, kini satu lagi program realiti nyanyian, ‘All Together Now Malaysia’ bakal diadakan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira  had umur.

Menariknya, lagi, calon peserta mempunyai pilihan untuk menyertai program berkenaan secara solo, duo atau pun berkumpulan. 

Wah! Ini memberi peluang kepada golongan muda dan tua untuk bergabung di atas satu pentas bagi mencari siapa yang terbaik daripada yang terbaik kan? 


Pendek kata, semua dah boleh jadi penyanyi jika ada bakat tak gitu?


Bagaimana agaknya format program terbaharu ‘All Together Now Malaysia’ ini yang dijadualkan bersiaran secara eksklusif selama 10 minggu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 3 Januari 2021 tahun hadapan?


Nampak macam lama lagi kan bila sebut tahun hadapan tetapi hakikatnya lagi dua bulan sahaja ditambah pula dengan situasi pandemik COVID-19 yang dihadapi serta pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan setiap dua minggu mengikut situasi semasa, menjadikan hari berganti hari terasa begitu cepatnya berlalu.


Untuk pengetahuan, program realiti nyanyian ‘All Together Now Malaysia’ ini berkonsepkan  pertandingan nyanyian popular yang diadaptasi daripada program ‘All Together Now’ berasal dari United Kingdom.


Mula diperkenalkan  melalui rangkaian televisyen British, BBC One pada 27 January 2018, ‘All Together Now’ mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan peminat sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di 14 buah negara lain termasuklah Brazil, Italy, Norway, Columbia, Denmark, Perancis dan banyak lagi. 


Pun begitu, di negara asalnya, ‘All Together Now’ hanya bertahan untuk siaran selama dua musim waima pihak BBC pada bulan Jun 2019 mengambil keputusan untuk menghentikannya selepas dua musim.



Kenapa keputusan itu diambil tidaklah diketahui sepenuhnya, barangkali disebabkan ia telah menjadi satu produk franchise agaknya.


Apa pun, ’All Together Now Malaysia’ masih mengekalkan format asal program tersebut. 


Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang akan turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan sensitiviti, budaya serta relevan untuk tontonan rakyat Malaysia. 


Untuk menyertai sesi uji bakat ‘All Together Now Malaysia’ musim yang pertama, calon peserta perlu menyediakan sebuah rakaman video nyanyian lagu penuh mengikut kreativiti masing-masing. 


Calon peserta juga diberi kebebasan untuk memilih lagu dan jenis bahasa yang ingin dipersembahkan.


Jadi bermakna nak nyanyi lagu Melayu ke, Cina ke, India ke, Inggeris ke semua boehlah kut kan?


Namun yang penting anda perlu hantarkan pautan video penyertaan ke ujibakat@astro.com.my dan nyatakan ‘Uji Bakat All Together Now’ Malaysia pada subjek emel tersebut. 


Pihak produksi akan menghubungi calon peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya. 


Tarikh tutup untuk menghantar video penyertaan adalah hari ini tau... 9 November 2020. Jadi cepat, waktu pantas berlalu ni. Ada masa lagi sebelum detik 12 malam berkumandang.


Jika di United Kingdom, pemenangnya menerima hadiah wang tunai berjumlah 50,000 pound, apa pula hadiah yang menanti pemenang ‘All Together Now Malaysia’?


Masih belum diumumkan pihak ASTRO secara terperinci, tetapi yang pasti semua golongan berhak menyertainya waima artis profesional sekali pun agaknya memandangkan dua-dua musim ‘All Together Now’ di Britain dimenangi penyanyi Bristish, Michael Rice (gambar atas) dan pelakon berasal Scottish, Laurie Brett (gambar bawah) pada musim kedua dan terakhir program berkenaan tahun lalu. 



Mungkin kah ada artis profesional popular kita yang nak sertai? 


Kita tunggu dan lihat pengumuman seterusnya nanti ya.  Mungkin kah ada 100 panel juri terdiri daripada karyawan muzik, artis, dan personaliti yang akan terlibat jika ikut format asalnya. 


Wow! Ramai tu!


Tengoklah nanti adakah format penjurian sama dikekalkan .Yang perlu diingat sekarang bukan lagu kumpulan The Beatles yang sama tajuknya, "All Together Now'  tau tetapi program pertandingan nyanyian 'All Together Now Malaysia' yang tarikh tutup untuk menghantar penyertaan adalah hari ini ya!


Dan ironinya, tajuk 'All Together Now Malaysia' ini macam kena pula dengan keadaan semasa di mana semua orang sekarang ini berhadapan masalah sama iaitu wabak koronovirus jadi elok lah seperti maksud program, kita semua sama-sama membendung dan memutuskan COVID-19 ini di Malaysia, semoga kita dapat bersama-sama juga merancakkan lagi program terbaharu daripada ASTRO ini tahun depan.


Kak Fas: Sekadar tolong ingatkan jer... takut korang semua terlupa. Mana tahu sementara duduk rumah masa tempoh PKPB ini bolehlah mengisi masa lapang.Tak rugi pun, untung-untung dapat jadi juara pula kan? Mana tahu kan?


#AllTogetherNowMalaysia #AllTogetherNow #MichaelRice #LaurieBrett #RealitiShow

Tiada ulasan: