Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG CALON SPM IKUTI 'PELAN A+SPM PERCUMA


Pastinya semua sudah maklum mengenai penutupan sekolah sehingga hari terakhir persekolahan tahun ini termasuk perubahan jadual semua peperiksaan yang dianjak ke tahun 2021. Malah berikutan keresahan pandemik COVID-19 yang melanda,  banyak sekolah memilih pembelajaran secara dalam talian namun ada pelajar yang tiada peranti atau komputer mahu pun sambungan internet untuk menyertai pembelajaran. 

Menyedari hakikat itu, Astro memperkenalkan seminar bersiri 'Pelan ‘A+SPM’. Percuma ke? 

“Iya, ini adalah salah satu usaha kami yang diberi percuma agar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun depan  boleh mengulangkaji  pelajaran melalui televisyen dan menghadiri seminar eksklusif tersebut,” ujar Cecilia Wong selaku Pengurus Saluran Astro Tutor TV.


Menurut beliau, para pelajar boleh ‘menghadiri’ seminar berdurasi 2 jam itu merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Matematik, Sains dan Sejarah mulai 13 November 2020 setiap Jumaat dan Sabtu , jam 10 pagi di Astro Tutor TV SPM saluran 603.


'Pelan A+ SPM' menawarkan pelbagai tip, kaedah menjawab soalan serta soalan ramalan daripada guru-guru terbaik termasuklah Encik Shankar untuk subjek Matematik, Dr. Jay dan Dr. Mellisa untuk Sains, Cikgu Rosle dan Cikgu Mike Mahen untuk Sejarah, Cikgu Suguz untuk Bahasa Melayu dan Puan Jowana untuk Bahasa Inggeris.



Guru-guru terlibat (dari kiri), Cikgu Suguz; Cikgu Rosle; Cikgu Mike; Encik Shanker;  Dr. Jay; Dr. Melissa dan Puan Jowana.

“Pembelajaran dengan penggunaan televisyen merupakan nadi kepada Astro menerusi rangkaian saluran Astro Tutor TV (saluran 601 untuk UPSR; saluran 602 untuk PT3 dan saluran 603 untuk SPM),” ujar Cecilia sambil berharap seminar bersiri ini dapat sedikit sebanyak meringankan keresahan ibu bapa dan meningkatkan semangat calon-calon SPM untuk menduduki peperiksaan kelak.


Tidak dinafikan, pembelajaran secara dalam talian mampu memberi manfaat maksimum kepada anak-anak tatkala berhadapan dengan penutupan sekolah terutama bagi anak-anak yang mempunyai kemudahan peranti dan internet tetapi bagi yang hanya mempunyai  televisyen  bolehlah mengikuti pembelajaran dari kaca tv, khususnya yang disiarkan melalui Astro Tutor TV.


Dalam pada itu, Cecilia berkata jika ada pelajar yang terlepas mana-mana seminar, mereka boleh menggunakan kemudahan on demand, atau muat turun aplikasi Astro GO untuk menyaksikan kesemua seminar 'Pelan A+ SPM' yang diterbitkan khas oleh Astro, pada bila-bila masa, di mana jua.


Astro menekankan bahawa apabila medium pembelajaran dipermudahkan, semangat untuk belajar haruslah dipupuk terutamanya bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM. 


'Pelan A+ SPM' merupakan salah satu inisiatif Astro demi kelangsungan prestasi akademik bagi pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan ini mulai  22  Februari 2021, seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.


Bagi yang tidak sabar menantikan Pelan ‘A+SPM’ ini, boleh ikuti jadual bagi seminar seperti yang tercatat dalam carta di bawah ini:



Kak Fas: Semoga adik-adik tidak melepaskan peluang keemasan ini ya.


#AstroTutorTV #ASTRO #OnDemand #Pendidikan #BelajarDalamTalian #PelanA+SPM





Tiada ulasan: