Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MASALAH PENCEMARAN AIR SALAH SIAPA?


Gambar hiasan.

JIKA
dikatakan, ‘air dicincang takkan putus’ memang benarlah peribahasa itu apabila dikaitkan dengan tali persaudaraan apabila berlaku perbahalahan antara keluarga.


Tetapi apabila air ‘terputus’ disebabkan gangguan bekalan air seperti mana yang berlaku sejak memenjak ini akibatnya lebih buruk.


Rakyat tentulah resah gelisah, mengeluh sehingga ke tahap bengang dengan pihak  atasan terbabit waima tercetusnya demonstrasi jalanan malah ada yang menyindir dengan kata-kata "Air Selangor tak nak cuba cari Ustaz untuk rawat ke? Asyik kena gangguan je”.


Nak tergelak pun ada tetapi begitulah respons rakyat apabila berhadapan gangguan bekalan air. Bukan sekali dua malah dalam sebulan tiga kali berlaku ditambah pula dengan masalah paip bocor selain pencemaran.


Tak perlu lah Kak Fas nak memperincikan masalah air yang berlaku bukan sahaja di Selangor malah di negeri-negeri lain. Banyak berita berkaitannya dilaporkan, cuma dengan bilangan penduduk Selangor yang merupakan negeri paling ramai penghuninya, melebihi 6.54 juta sudah tentulah masalah bekalan air menjadi lebih hangat diperkatakan. 



Nasib baik lah SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) dah ditukarkan namanya pada Pengurusan Air Selangor. Jika tidak tentu ramai pula akan mempermainkan kata-kata  ‘syabas’ gara-gara keluhan mereka bagaikan ‘mencurah air di daun keladi’. Kut nanti dari SYABAS jadi SEKSA pula...


Apatah lagi, seperti kata Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Ir Izham Hashim. ‘air sekarang sudah boleh dikategorikan sebagai ‘emas cair’ di mana nilainya cukup berharga’.


Memang benar. Kak Fas setuju dengan pendapat YB Ir Izham itu yang dilontarkan pada sesi Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor & Sungai Semenyih yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Dewan, Bangunan Annex, Dewan Undangan Negeri, di Shah Alam baru-baru ini.



Turut hadir 
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian (dua dari kiri), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai & Pantai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Haslina Amer (kiri), Kelvin Siew, Ketua Jabatan Pengagihan, Pengurusan Air Selangor (kanan) dan Nor Azlina Abdul Aziz selaku Timbalan Pengarah Bahagian Makro & Penswastaan UPEN (dua dari kanan).


Jujurnya ini pertama kali Kak Fas hadir ke satu taklimat yang berkaitan isu serius membabitkan salah satu daripada sumber negara yang amat penting iaitu AIR.


Selama lebih kurang sejam, setelah mendengar taklimat yang disampaikan YB Izham baharulah Kak Fas faham kenapa apabila berlakunya gangguan bekalan air disebabkan pencemaran, bukannya seratus peratus ia mampu diselesaikan dengan cepat.


Memanglah bila bab air ni semua orang terkesan al maklumlah air adalah keperluan setiap insan, tanpa air bagaimana nak mensucikan diri, nak mandi, nak masak dan pelbagai lagi lah. Maka tidak hairan manusia boleh hilang pertimbangan apabila ketiadaan air.


Tambahan pula bila krisis air berlaku ketika negara dilanda musibah pandemik COVID-19, nak tumpang mandi rumah orang pun tentu tidak selamat waima perlu patuhi SOP dan PKP yang dikuatkuasakan.


Namun seperti kata YB, 'Bukan kita suka suka nak tutup air jika tidak terpaksa'. 


Kak Fas faham, bak kata pepatah Melayu, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ya tak'.


Sebagai rakyat jelata biasa kita memandang berat masalah ini tetapi yang memikulnya tentulah lebih berat kerana harus menyelesaikan segera segala permasalahan yang timbul.


Tanggungjawab yang dipikul oleh Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Kerajaan Negeri Selangor amnya ternyata bukannya mudah apabila perlu memastikan bekalan air sentiasa tidak terganggu.



Apa pun langkah terbaharu yang dilaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melalui laman sosialnya bahawa Kerajaan negeri akan menawarkan ganjaran bernilai RM20,000 bagi pemberi maklumat berhubung kegiatan jenayah alam sekitar tidak syak lagi memperlihatkan keprihatinan seriusnya terhadap isu pencemaran sungei.


Tahun ini sahaja memperlihatkan  daripada jumlah 20 kes kecemasan pencemaran sumber air yang dilaporkan, sebanyak 13 kes telah berjaya dikesan di peringkat awall dan tiada henti tugas logi rawatan air (LRA).


Foto Kredit: Fb LUAS
Jika dahulu, tumpahan minyak menjadi punca utama pencemaran air tetapi trend kini telah berubah kepada kes pencemaran bau termasuk efluen industri dan akuakultur.


Dalam penerangan yang mendalam dan terperinci yang disampaikan  YB Izham,  Kak Fas tertarik dengan penjelasan beliau bahawa bukan kehendak pihak mereka untuk melambat-lambatkan  penyelesaian isu gangguan bekalan air.


Rupanya, kerja-kerja pemulihan dan pembaikan tidaklah mengambil masa lama tetapi untuk air rawat sampai ke pili rumah kita, itu yang  mengambil masa lama antara 12 hingga 24 jam waima aliran sungai yang panjang menyebabkan kelewatan itu berlaku.


"Kerja pemulihan air bukan seperti lampu, petik je suis dah ada lampu," ujar Ir. Izham.



Selain itu, katanya kos pemulihan air tercemar juga amat tinggi di mana Kerajaan membelanjakan kira-kira RM200 bilion bagi mengatasi dan menyelesaikan isu pencemaran air dalam jangka masa setahun.


"Dan apabila kosnya tinggi sudah tentu tarif  air pun perlu dinaikkan dan ini pasti akan mendapat bantahan rakyat. Jadi kita semua perlu memainkan peranan agar tidak sesuka hati mencemarkan air sungei, kolam atau mana-mana saluran air di bumi ini," jelas YB.


Bayangkan apabila Kerajaan Negeri akan menggunakan dron ketiga terbesar dunia, Aerodyne bagi memantau pencemaran sumber air dengan lebih berkesan ia  menelan belajan tinggi waima  sejumlah RM2j diperuntukkan ke arah itu.



Jadi, memang wajarlah hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah pencemaran sungei apabila dicadangkan pindaan terhadap Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda mininum RM200,000 sehingga RM1 juta serta hukuman penjara maksimum 3 tahun jika sabit kesalahan.


Pada masa ini, Seksyen 79 enakmen itu mensabitkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, serta denda selanjutnya sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan setelah pemberitahuan oleh LUAS diterima.



Selain itu, tindakan merobohkan kilang-kilang tanpa kebenaran di tanah rizab Kerajaan mahu pun premis haram di sekitar Sungei Rawang membuktikan Kerajaan pandang serius dan tidak akan kompromi  dengan mana-mana pihak yang mencemarkan air sungei.


Dalam pada itu, skuad pantas LUAS akan melakukan pemantauan selama 24 jam di kawasan sensitif sumber air di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang bagi mencegah berlakunya pencemaran sumber air dan meminimumkan risiko henti loji pembersihan air (LPA).



Panjang lebar sebenarnya penerangan yang diberikan YB Izham di mana banyak lagi langkah kawalan termasuk menggunakan kaedah teknologi nano sekali pun dilakukan demi kepentingan lebih 6 juta pengguna  di tujuh wilayah yang memerlukan sekurang-kurangnya 5 juta liter air sehari. 


Pendekata, jika ada yang melemparkan kata-kata nista dan maki hamun terhadap pihak atasan semata-mata kerana air, eloklah mengucap panjang, berdoa dan bersabar agar setiap manusia di muka bumi ini memainkan peranan masing-masing untuk jaga diri sendiri serta diri orang lain dan tidak semata-mata mahu mengaut keuntungan daripada  pemasaalahan.



Ingat bumi kita, kita yang jaga, jika tiada air siapa yang susah jika bukan kita sendiri, jadi didik anak-anak untuk sayang bumi dan curahkan kasih sayang kepada setiap sumber asli di hadapan mata. 


Dan yang lebih penting sentiasa simpan stok air di rumah, itulah antara sumbangan yang kita boleh lakukan daripada mendesak dan menambahkan lagi permasalahan kepada Kerajaan.


Ingat, jika satu jari telunjuk ditunding ke arah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjuk ke arah diri sendiri. Salah siapa sebenarnya?


Bersabar itu lebih baik sebagaimana sabda Baginda Rasulullah s.a.w. di dalam satu hadis maksudnya; Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur[HR Baihaqi:9264].


Jadi, jangan cemarkan sungei! Ikhtiar dan sabar ya!


Info lanjut boleh layari facebook Air Selangor atau pun Lembaga Urus Air Selangor ya!.





#LUAS #PengurusanAirSelangor #Pencemaran #Bau #Sungai #GangguanAir



 


13 ulasan:

Fadima Mooneira berkata...

I don't know about you or what other people say. But I do believe that this masalah pencemaran air Selangor is a conspiracy theory created by Mohden and co. Urmph.........

Kayathre berkata...

Recently I experienced 6 days water cut too few days before diwali. I literally suffered during that time.

Aaronn berkata...

Selangor never fails to surprise me with its water issues. SMH. Waiting for the day where no water disruption at all is almost impossible.

Tekkaus berkata...

I can sniff a lot of conspiracy in this problem. Who is at fault? We can't really tell as what we see if not what we get.

atiehilmi.com berkata...

Selangor dan masalah air berpisah tiada.. hee~ dari atie zaman sekolah rendah dulu cam ni kak fazz.. semoga mereka yang melakukan penganiayaan ditangkap dan didenda setimpalnya..

Ummi berkata...

Terima kasih atas penjelasan. Semoga pihak berwajib dapat cari penyelesaian jangka panjang bagi masalah ni.

Cik Min berkata...

Moga segala masalah air dan isu pencemaran ni cepatlah fapat diselesaikan. Sian rakyat jelata la terutama bagi mereka yang tinggal di flat..huhu..moga 2021 dah tak ada masalah camni lagi


Sis Lin berkata...

Kes air ni dari dulu sampai sekarang tak habis-habis, takkan ada kesudahan, bila takde air ke, tercemar ke, memasing semua macam takde rasa tanggungjawab..yang jadi mangsa rakyat... susah nak kata...harap isu air ni cepatlah selesai..

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Moga kita dapat atasi masalah air di selangor. Kadang2 mmg kita ada jalan penyelesaian

Marina Bashah berkata...

Semoga masalah air di selangor dapat dibendung. Kalau isu ni berkaitan politik, kesian kat rakyat

Rollinggrace berkata...

it's so sad to hear about these news everyday, like humans just do not care about the environment at all. how truly selfish!

nikkhazami berkata...

sedih juga bila dapat tahu masalah air tu berpunca dari org yg cuba sabotaj. ni mesti sebab politik dan kepentingan peribadi. nak frame kerajaan selangor lemah dll.

Ika.S berkata...

semoga masyarakat lebih alert. pentingnya air dalam kehidupan seharian kita tu! emo je bila ada masalah pencemaran air.