Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELANCARAN 'LARA' TANPA NAIM DANIEL! APA KES?



JUDULNYA
‘Lara’, dan sejak dilancarkan awal November lalu, gabungan tiga suara di sebaliknya lagu melankolik ini sudah boleh tersenyum lebar seraya menepiskan kesedihan masing-masing apabila jumlah tontonannya di saluran YouTube telah pun mencecah sebanyak 2.3 juta. 

Tetapi jauh di sudut hati penyanyinya, Hael Husaini dan Haqiem Rusli, apa kah mereka boleh tersenyum riang apabila kelibat rakan seperjuangan, Naim Daniel tidak kelihatan ketika kesemua mereka diperlukan semasa majlis pelancaran album ‘Lara’ berlangsung baru-baru ini  (22 Disember 2020) di Hotel The Chow Kit Ormond, selaku penaja lokasi.


Ketiadaannya menjadi tanda tanya di kalangan media yang hadir malah ada yang tertanya-tanya apa kah mereka bertelagah al maklumlah sedangkan lidah pun lagi tergigit kan?


Pendekata, pelbagai spekulasi timbul akibat ketidakhadiran Naim pada hal dua hari sebelum itu beliau hadir di majlis Anugerah Meletop  yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 20 Disember 2020.


“Saya mohon maaf kerana Naim tak dapat hadir pada majlis hari ini. Beliau sebenarnya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang rahangnya terkehel pada 17 Disember yang lalu. 


Namun pada hari ini, Naim mengadu kesakitan yang teruk dan doktor menasihatkan agar beliau terus berehat di rumah dulu dan mendapatkan pemeriksaan selanjutnya,” jawab Pengarah Urusan Worldpeace Entertainment, Usaid Hamdi (gambar di bawah, berdiri dua dari kanan),bagi pihak Naim.



Itu kata Usaid dan tiada komen selanjutnya  baik daripada juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 2017 dan 2018, Hael Husaini, mahu pum pemenang tempat ketiga AJL 2017, juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33, Haqiem Rusli.


Apabila keduanya berdiam sudah pasti ia bermakna mereka redha dengan ketiadaan Naim disebabkan alasan yang dinyatakan Usaid.


Apa pun, sebuah video klip video oleh Naim Daniel telah dipertontonkan kepada wartawan yang hadir, menjelaskan keadaan terkini beliau sekali gus menunjukkan komitmennya terhadap single ‘Lara’.


Yang pasti turut hadir memeriahkan majlis pelancaran album adalah komposer bersama Hael yang menciptakan lagu ‘Lara’ iaitu MFMF yang dianggotai tiga anak muda berbakat, Brenden Lim, Justin Seow dan Zen.


Bersama mereka juga Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy (gambar bawah, berdiri kanan) dan Ketua Label Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna (kiri).


   Foto kredit: Facebook MFMF.

“Kami amat bangga dengan pencapaian lagu Lara kerana saya percaya dengan kekuatan lagu tersebut. 


Sambutan yang diterima sungguh menakjubkan dan saya harap semoga lagu ini mampu pergi jauh dan tercalon pada AJL yang akan datang,” ujar Feros Sayna menyentuh mengenai sambutan hangat terhadap ‘Lara’.


Uniknya ‘Lara’ ia terhasil daripada pengalaman lara setiap penyanyinya di mana Hael, Haqiem mahu pun Naim diberikan kebebasan melakarkan lirik lara masing-masing mengikut pengalaman yang dilalui mereka.


Lagu ‘Lara’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. 


Manakala video lirik dan muzik lagu ‘Lara’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.



Sila baca artikel berkaitan DI SINI.


#LARA #RocketfuelEntertainment  #HaelHusaini #HaqiemRusli #NaimDaniel

19 ulasan:

  1. They are indeed endowed with amazing powerful voices. Hopefully this song of theirs can be voted for AJL soon.

    BalasPadam
  2. Kesiannya lah Naim Daniel. Haritu ingatkan tak teruk sangat rupanya dia berlarutan. Selalu dengaar lagu Lara ni, gabungan power dari trio Haqiem, Hael dengan Naim.

    BalasPadam
  3. Tahniahhh atas pelancaran album..suara mereka bertiga ni memang power 🤩

    BalasPadam
  4. Lara - salah seorang penonton adalah Rawlins. Moga kesemuanya diberikan kesihatan yang lebih baik dan terus mewarnai dunia seni tanah air

    BalasPadam
  5. tak tahu pun ada lagu baru. ok nanti nak dengar, menarik juga bila tiga penyanyi yg berjaya menghasilkan karya terhebat bergabung :)

    BalasPadam
  6. wah menarik ni tiga orang penyanyi muda yang makin meningkat naik bergabung. pastinya lagu ini bakal menerima sambutan hebat :)

    BalasPadam
  7. Fuh tiga2 ni nama tengha naik.. Memnag dapat sambutan la lagu tu. Sayangnya Naim tiada.. Semoga dia cepat sembuh.

    BalasPadam
  8. Uishh, kesiannya. Semoga beliau cepat sembuh dan semoga kecederaan tersebut tidak menjejaskan kerjaya beliau.

    BalasPadam
  9. Gabungan 3 suara ni memang power! Kesian Naim Daniel. Semoga cepat sihat dan meneruskan karier kembali.

    BalasPadam
  10. sedap gak lagu lara ni kan. gabungan tiga nama besar. moga semua sukses

    BalasPadam
  11. Tahniah buat semua.. semua hebat-hebat.. gandingan penyanyi yang memang serasi bersama tapi kalau ada masaalah tu, bawalah berbincang kann..jika benar Naim tidak sihat, moga segera sihat dan boleh teruskan kerjayanya..

    BalasPadam
  12. Moga naim cepat sihat. Paham sangat bila ada komitmen tapi pf masa yg sama perlu berehat kerana kesihatan

    BalasPadam
  13. Baca kat sini baru tahu..kesian Naim Daniel..semoga cepat sembuh..btw sedap juga lagu LARA tu

    BalasPadam
  14. oh the lagu Lara is so nice! Congrats to the success and wish them all the best in coming years!

    BalasPadam
  15. Kesian Naim Daniel, let's pray for his speedy recovery and get well soon so that boleh performance seperti biasa lagi after this.. Congratulation for the Lara official launch .. sure best bila mereka bertiga bergabung...

    BalasPadam
  16. Tahniah dgn album Lara, bedt jgk dgr lagu dia, tentu meletop nti

    BalasPadam
  17. Congratulation on their new album, this proves to us hard work pays off.

    BalasPadam
  18. this is quite sad to know one of them involved in the accidents and have to take a long rest at home. well, I believe soon he will be joining others too as well.

    BalasPadam
  19. not sure what is going on, but i just click on the song and omg it was so beautiful and addictive!

    BalasPadam