Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOLEKSI 'SEMPOA' HABIB HADIAH TERBAIK SAMBUT TAHUN BARU CINA



DALAM
masa negara berada pada tempoh PKP sudah tentu banyak perancangan yang tergendala apatah lagi musim perayaan bagi kaum Cina akan tiba tidak lama lagi.

Pun begitu tidak bermakna apa yang dirancang harus dibatalkan ya tak apatah lagi tarikh musim perayaan bukan boleh diubah-ubah kan. Kehidupan harus diteruskan dan setiap yang merayakannya harus terus bersemangat untuk bergaya walau pun di rumah andai kata.


Dan bagi kaum wanita sudah tentu tidak lengkap rasa diri tanpa dihiasi barang kemas baharu ya tak? Kalau ada yang kata TAK, memang buta hati agaknya haha sebab wanita mana yang tak suka emas huhu...


Banyak pilihan yang ada di pasaran tetapi bagi yang setia dengan barangan kemas HABIB seperti Kak Fas tentu tidak mahu melepaskan peluang mencari sesuatu yang baharu daripada jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan sejarah lebih 60 tahun dalam reka bentuk dan pembuatan barang kemas ini kan?


Sehubungan itu, menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, HABIB sekali lagi tampil kreatif dengan mengolah rekaan klasik sempoa juga lebih dikenali sebagai ‘abacus’ yang sinonim dengan kaum Cina.



‘Abacus’ merupakan satu peralatan zaman dulu sebagai satu alat untuk mengira dan berkait rapat dengan wang dan kesejahteraann serta membawa lebih kekayaan dan kejayaan mengikut kepercayaan masyarakat Cina. 

Hakikat itu, HABIB percaya 'sempoa' mampu menjadi satu barangan kemas yang trendy pada perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.


Seperti rekaan di bawah Koleksi Oro Italia 916, rekaan ‘Abacus’  dihasilkan dengan hasil tangan yang cukup teliti menggunakan teknologi terkini dari Itali. 



Teknologi yang digunakan ini akan menghasilkan pelbagai jenis kemasan seperti potongan seakan berlian, ‘high-polish’ dan ‘matte’ yang boleh dilihat pada manik yang boleh digerakkan.


Barangan kemas Abacus dari Koleksi HABIB Oro Italia 916® boleh didapati dalam pelbagai bentuk untuk mereka yang berbeza pilihan gaya dan personaliti. 


Sebagai satu syarikat anak tempatan yang menghargai budaya dan warisan negara, HABIB menyambut perayaan Tahun Baru Cina bertemakan ‘Auspicious Blooms’ yang bermaksud bunga yang sedang mekar membawa erti tuah, keamanan dan kegembiraan maka HABIB ingin memberi inspirasi kepada anda untuk berkongsi hadiah kebahagiaan bersama yang tersayang. 




Mengikut 12 kitaran haiwan pada Kalendar ‘Lunar’ dan lima kitaran unsur, 2021 adalah Tahun ‘Lembu’ (Ox) berunsurkan logam dan ia hanya terjadi sekali pada setiap 60 tahun.


Lembu (Ox) memberi gambaran kejujuran, kekuatan dan keazaman yang kuat bersandarkan sejarah peranannya dalam bidang pertanian. Manakala, logam pula melambangkan kekayaan berikutan kepentingan nilai yang ada pada logam berharga terutamanya emas. 


Bertepatan dengan ini, HABIB melancarkan wafer emas 999 edisi terhad bermotifkan Lembu (0.2g) sempena menyambut ketibaan Tahun Lembu berunsur logam. 


Pembungkusan wafer ini dengan warna merah memberi ilusi seakan ‘ang-pao’ dan menjadikan ia sebagai hadiah yang tepat untuk perayaan ini. 


Buat mereka yang inginkan pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi, HABIB turut melancarkan jongkong emas 999 edisi lembu (5g) yang memaparkan seekor lembu yang sedang menghilangkan dahaga di sungai yang tenang mengalir. Secara puitisnya, ia menggambarkan saat berehat setelah penat seharian membanting tulang mencari rezeki. 


Jadi, bagi mereka yang berminat boleh mula membuat temujanji dengan HABIB, perunding barangan kemas peribadi anda secara virtual dengan menghubungi talian hotline bilik pameran yang berdekatan dengan anda. 


Untuk maklumat lanjut bersempena koleksi Auspicious Bloom boleh layari laman sesawang HABIB di SINI atau ikuti HABIB di laman social @habibjewelsofficial. 



Kak Fas: Kalau ada yang berhajat nak hadiahkan kepada ibu tentu ini pilihan terbaik, pasti ibu suka anak dapat pahala.


#HABIB #Sempoa #Ox #TahunBaruCina #OroItalia916 #JongkongEmas #916


12 ulasan:

Bae Roslan berkata...

omaigaddd saya salah sorang peminat design sempoa. dah ada 2 cincin sempoa hehe. nanti nak ushar la design sempoa habib

Fadima Mooneira berkata...

Beautiful gold pieces of jewelry. Yeah, these are good gift ideas for the Chinese New Year. Thank you for sharing your review.

Ummi | Ummi Goes Where? berkata...

Menarik design sempoa dari Habib ni. Lain dari yang lain. Sangat sesuai la dengan perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Sis Lin berkata...

Ini kalau adik tengok ni, mestinya dia pi skodeng ni hahaha.. dia peminat design beads sempua gini.. rasa banyak koleksi dia.. nanti nak bagitau dia..

AyuArjuna BiGoshh berkata...

canteknyaaaa suka tengok... kita mmg suka design dekat habib...semua jenis terkini dan esklusif

Kitkat Nelfei berkata...

Cantik la the sempoa... Boleh usha one for my mama, mommy and grandma la.. They definitely going to love it..

iena eliena berkata...

Cantiknya design sempoa ni..menarik and unik..teringat zaman dulu dulu belajar math guna sempoa hehe

Marina Bashah berkata...

Wahhh design sempoa. Menarik jugak loket bentuk sempoa ni. Boleh gi habib nanti tengok koleksi dia

Ana Suhana berkata...

Peminat emas boleh lah dapatkan koleksi emas sempoa habib sekarang. Menarik juga design2 dia tu.

Fatin Diana berkata...

design ni legend sebab bertahun dah rasanya kan. dulu2 ada jugak gelang design ni

Rolling Grace berkata...

so beautiful and exquisite. these are the perfect chinese new year gifts!

Sunshine Kelly berkata...

Sis also terjebak with Habib CNY collection, memang design nyer sangat bermakna dan kualiti.