Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

OPPO RENO 5 KEGEMARAN ARTIS DUO BERGAYA KREATIF



BAGAI aur dengan tebing’ begitu andaian yang ditonjolkan peranti terbaharu dari jenama OPPO bagi siri OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro yang baharu sahaja diperkenalkan dengan sokongan sambungan 5G. 

Sesungguhnya keupayaan untuk berkomunikasi antara satu sama lain tidak pernah lebih penting daripada pada zaman sekarang.


Dengan lebih masa kita terjebak di rumah akibat PKP 2.0, ramai di antara kita mencari cara yang lebih baik untuk terus berhubung.


Sehubungan itulah rangkaian OPPO Reno5 boleh menjadi jawapan yang mungkin dinanti-nantikan oleh peminat setianya.


Dengan ciri video ‘Dwi Pandangan’ dan ‘Video Sorotan AI’ yang ditambah sokongan untuk 5G, telefon pintar terbaharu ini siap memberikan kemampuan kepada semua orang untuk ‘Bergambar Hidup Bersama, Siang atau Malam’ tidak kira masa sebagaimana yang dihasilkan barisan artis duo kreatif seperti penyanyi Azira Shafinaz dan Sophia Liana (gambar atas), Talitha dan Elizabeth Tan  serta Pauline Tan dan Emily Chan ini (gambar bawah).



Kesemua mereka ini bukan sahaja menikmati  masa bersama dan berkongsi minat yang sama, mereka juga saling memberi inspirasi kepada satu sama lain, untuk menghasilkan kandungan yang menarik, untuk media sosial mereka ketika bersama. 


Untuk memperkukuhkan konsep persahabatan yang sebenar melalui ‘Gambaran Hidup Bersama, OPPO telah bekerjasama dengan Abdulrashade Studio, untuk membuat mural interaktif bagi memperlihatkan kehebatan  OPPO Reno5. 


Artis utama, Abdulrashade, membuat mural bersinar-dalam-gelap di kawasan Kwai Zai Hong yang terkenal di tengah-tengah Kuala Lumpur, untuk memupuk semangat menjalin persahabatan  di antara pengguna.


Mural interaktif berkenaan bukan sahaja bersinar dalam gelap, malah warna mural menjadi amat terang pada waktu siang.



Dihiasi dengan dua basikal yang diletakkan di hadapan karya seni tersebut, ia membolehkan dua penunggang bergambar indah sekali gus menerangi dinding  dengan warna neon yang indah. 


Mural kreatif ini menampilkan mercu-mercu tanda yang terkenal seperti Menara Eifel, Piramid, kincir angin dan banyak lagi untuk memberikan rasa pengembaraan. 


Pendekata, disebabkan oleh keadaan dalam masa-masa yang mencabar ini, OPPO ingin membawa pengembaraan kepada anda walau pun berada di kota Kuala Lumpur.


Bergambar berlatarkan mural ini pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya memandangkan gambar yang jelas dan cantik dihasilkan OPPO Reno5 yang dilengkapi sistem kamera serba baru dengan kamera belakang matriks quadcam 64MP dan kamera depan ultra-jelas 32MP.



Dikuasakan oleh Sistem Video Potret OPPO Full Dimension Fusion (FDF), OPPO memperkenalkan rangkaian ciri berkuasa AI yang kuat, yang secara kolektif, dikenali sebagai Video Sorotan AI, merupakan yang pertama dalam industri ini.


Melaluinya, pengambilan gambar secara automatik akan mengesan cahaya sekitar di dalam kawasan persekitaran dan kualiti video tersebut akan ditingkatkan dengan menerapkan dua algoritma yang terkemuka di industri iaitu Algoritma Video Ultra Malam dan Algoritma HDR Langsung, memberikan rakaman video yang tajam, terang dan terperinci.


Cahaya latar yang terang dari latar belakang  juga akan dikesan, di mana kawasan yang terlalu terang akan dikurangkan oleh Algoritma HDR Langsung. Kedua fungsi menghasilkan video dengan paparan dan kecerahan yang lebih baik, kurang bising, serta warna yang jelas dan semula jadi dengan hanya satu tekanan butang “AI” ketika berada dalam mod video.


Selain itu, ciri Potret Suar Malam pada OPPO Reno5, membolehkan para artis duo menangkap video atau foto pada waktu malam yang menakjubkan dengan mudah dan mengongsikan aktiviti malam mereka yang menarik ketika di bandar dengan pengikut mereka di media sosial. 


Ciri ini ditambah dengan elemen yang bagaikan mimpi pada foto dan video anda dengan mengaburkan lampu di latar untuk mencipta kesan bokeh yang indah.


Terdapat juga ciri yang baru iaitu Video Dwi-Pandangan yang membolehkan video dirakam dari kamera depan dan belakang secara serentak. 



Fungsi rakaman perspektif berganda ini dengan mudah menggabungkan dua video yang menampilkan pengguna dan subjek yang ditangkap, dalam bingkai video yang sama sekaligus - sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang vlogging.


Ciri ini membolehkan pengguna merakam waktu-waktu yang berharga dari perspektif yang berbeza serta mengurangkan masa untuk menyunting video malah pengguna boleh membuat beberapa video lucu dengan video Dwi-Pandangan menggunakan tiga susun atur skrin yang berbeza: mod Pisah (Split), Bulat (Round) dan Segi Empat Tepat (Rectangle).


Pada dasarnya, FDF adalah sebuah sistem pengimejan yang direka untuk mencipta efek yang unggul pada video potret, kerana digubah oleh dua enjin perisian iaitu, Enjin Peningkatan Kualiti dan Enjin Persepsi Potret.


Kedua-dua peranti dalam siri Reno5 menawarkan Video Potret Mencantikkan, sejenis ciri yang mampu mengesan sebanyak 194 titik ciri utama pada wajah untuk memberikan pengoptimuman yang boleh disesuaikan berdasarkan cita rasa setiap individu. 



Di dalam ciri ini, terdapat 8 alat applikasi yang dapat disesuaikan sekaligus menawarkan pengguna kebebasan yang lebih besar untuk menyesuaikan perincian potret. 


Pengguna juga mempunyai akses kepada fungsi efek kecantikan yang berbeza untuk gambar kumpulan, menunjukkan kepelbagaian setiap individu dan membuat penampilan yang sesuai dengan selera masing-masing.


Dengan ciri Video Ultra Stabil 2.0 pula, ia apat menangkap video yang stabil dan jelas ketika sedang berlari, meluncur atai menunggang basikal.


Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, prestasi pengimejan telah dinaik-tarafkan untuk pengambilan gambar potret, kerana penggunaan perisian Enjin Imej Jelas OPPO.  


Pengoptimuman pada sistem ini membolehkan pengguna mengambil gambar subjek yang sedang bergerak dengan jelas, atau menangkap waktu-waktu yang tidak dapat dilupakan, dengan pantas.


Setelah menangkap pelbagai jenis kandungan sepanjang hari, biasanya ada sedikit kesulitan untuk menyunting dan menggabungkan video dan foto yang telah disusun untuk dikongsikan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga di media sosial.


Dengan siri Reno5, proses penyuntingan video sangat mudah di mana pengguna boleh menggunakan perisian penyuntingan video yang telah disiap pasang, Soloop, untuk menghasilkan vlog harian mereka.


Terdapat juga ciri-ciri intuitif seperti Auto Generate dan Shoot Like An Influencer, yang menyediakan jalan pintas untuk membuat video yang bergaya dan menyeronokkan, sama seperti pencipta kandungan yang profesional.


Siri Reno5 boleh didapati dalam dua warna yang indah dan memukau - Galactic Silver dan Starry Black dengan harga RM1,899 dan RM2,599 bagi OPPO Reno5 Pro.


Nak tahu lebih terperinci spesifikasi lain  dan tawaran hebat untuk pra tempahan sehingga 26 Januari 2021 ini serta promosi menarik lagi boleh layari laman web www.oppo.com.my.


#OPPO #RENO5 #RENO5Pro #AziraShafinaz #ElizabethTan #SophiaLiana



1 ulasan: