Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASWARA JALIN MoU BERSAMA 7 RAKAN STRATEGIK, JADIKAN SWATV PLATFORM SALUR BAHAN



AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ringkasnya ASWARA yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selamat memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Hasrat (LoI) Tahun 2022 dengan tujuh (7) rakan kolaborasi, terdiri daripada universiti, agensi dan pihak swasta.


Majlis yang berlangsung di Panggung Eksperimen ASWARA menyaksikan Rektor ASWARA,  Prof. Ts. Dr. Ruslan Abdul Rahim menyempurnakan MoU serta Surat Hasrat bekenaan bersama Asia E University, SWA Media Digital Sdn Bhd. Todak Academy Sdn Bhd, Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia Association For The Blind (MAB), Phoenix Asia Academy of Technology, dan Twenty 30 Digital.



“ASWARA secara rasminya akan melebar luas dan mengukuhkan lagi jalinan hubungan kerjasama dengan ketujuh-tujuh pihak terbabit dan berharap jalinan kerjasama itu dapat memberi nilai tambah dalam peningkatan pembangunan akademik khususnya di samping mempromosi ASWARA ke peringkat global,” ujar Dr. Ruslan Abdul Rahim.


Beliau turut berharap agar jalinan kerjasama strategik itu juga akan memberikan manfaat terbaik serta lembaran baharu buat ASWARA dan rakan strategik dalam inisiatif melahirkan penggiat seni yang holistik dan berkebolehan mencapai pasaran tinggi.



Sementara itu, Azmi  Jaffri (gambar atas, kanan) selaku Ketua Pegawai Operasi Swa Media Digital Sdn Bhd memberitahu, platform digital dikendalikan syarikat iaitu Swatv yang mencapai 1.7 juta ‘views’ akan bekerjasama dengan ASWARA dari segi pengisian bahan-bahan.


“Kami memberi peluang kepada pihak ASWARA meletakkan bahan-bahan hasil dari pelajar akhir mereka melalui Swatv supaya ia dapat ditonton seluruh dunia,” jelas Azmi.


Pada majlis menandatangani perjanjian bersama ASWARA, Swa Media Digital Sdn Bhd diwakili bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Fauzi Johan (tengah).


Selain itu, kata Azmi, melalui platform senitv.com pula, pihaknya akan memberi tumpuan terhadap pengisian seni dan budaya baik dari dalam negeri mahu pun luar negara.



“Apabila ada pengisian yang baik kami merancang untuk menayangkannya di hotel-hotel tanah air agar dapat meningkat dan mengetengahkan budaya Malaysia kepada pelancong khususnya,” tambah Azmi.


Sebagai perancangan masa depan, beliau memberitahu, pihaknya merancang menjadikan swatv sebuah saluran tv stesen dalam talian seiring dengan stesen televisyen komersial lainnya yang mempunyai pelbagai kandungan.

“Ini supaya swatv dapat berkembang selaras dengan taglinenya, ‘Segalanya di Hujung Jari Anda’, “ akhiri Azmi penuh harapan. 

Ikuti lanjut penerangan Dr. Ruslan Abdul Rahim  dan Dato Fauzi Johan melalui video di bawah ini:


#ASWARA #SwaTV #SegalanyaDiHujungJariAnda #MOTAC #MoU #SuratHasrat


Tiada ulasan: