Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GALERI UNITI HIMPUNKAN KELUARGA MALAYSIA, BANGKIT AURA PERPADUAN


HAPPENING’ dan terasa aura perpaduan yang dibangkitkan dalam program Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang berlangsung buat kali kedua bertempat di kompleks membeli-belah terkemuka Berjaya Times Square, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula pada 4 November 2022 semalam hingga Ahad ini (6 Nov).


Malah lebih membanggakan apabila disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang terus bersemangat walau pun penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi itu digugurkan namanya untuk bertanding di kerusi tersebut pada PRU15.


“Ini ucapan terakhir saya malah jaket ini pun akan menjadi memori selamanya buat saya,” ujar Halimah membuka kata-kata ucapannya sebelum merasmikan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara bersama rakan strategik, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. 


FOTO Kredit: FB @halimahmohamedsadique

Turut Hadir bersama, Senator Dato’ Seri Hjh Zurainah Musa, Pengarah Eksekutif Berjaya Times Square, Dato’ Indera Noridah Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.


Untuk rekod, edisi pertama telah diadakan pada 29 September 2022 sehingga 9 Oktober lalu di AEON BIG (M) Sdn Bhd.


Menurut Halimah, Kementerian sangat komited dalam mengeksplorasi tapak-tapak integrasi penyatuan Keluarga Malaysia dan momen-momen ini dihimpunkan dalam bentuk sebuah galeri. 


“Galeri seumpama ini diharapkan dapat menjadi platform penghayatan terhadap kepelbagaian seni, budaya dan adat resam yang menjadi amalan masyarakat majmuk di Malaysia,” tambahnya.


Pada majlis yang sama, Kementerian turut menyampaikan sijil Rakan Strategik kepada Berjaya Times Square Management Corporation dalam usaha memperluas jalinan kerjasama agensi awam dan swasta. 



“Peranan menggalas aspirasi perpaduan nasional adalah tanggungjawab merentasi pelbagai organisasi,” jelas Halimah sambil yakin program yang diadakan mampu  menghimpunkan pelbagai detik-detik perpaduan merentasi sempadan kaum, agama, budaya dan bahasa yang dipamerkan dalam bentuk galeri.


Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pelbagai aktiiti dijadualkan sepanjang Galeri UNITI Keluarga Malaysia  dengan pengisian berbentuk pameran, persembahan budaya serta permainan sukan rakyat.


Lebih terperinci, pengisiannya merangkumi:

  1. Pameran Rumah KAMI
    Pengenalan terhadap variasi budaya di Malaysia dan membuka ruang kepada pengunjung mengenali dan memahami adat resam bangsa lain di samping dapat menyemai sikap hormat-menghormati antara kaum.
  2. Citarasa Menu Keluarga Malaysia
    Segmen ini menampilkan keunikan makanan tradisi beridentitikan kepelbagaian kaum yang boleh dirasai sendiri oleh setiap pengunjung.


  3. Persembahan Budaya Pelbagai Etnik
    Persembahan seni dan kebudayaan etnik Keluarga Malaysia akan dipertontonkan beserta pertunjukan busana indah setiap kaum.
  4. Permainan Sukan Rakyat
    Pengujung juga akan didedahkan dengan beberapa permainan tradisional seperti teng-teng, yo-yo cina, dam aji dan lain-lain.

Majlis pelancaran Galeri UNITI turut dimeriahkan dengan persembahan dari penyanyi Amir Masdi dan Siti Nordiana yang menjadi tumpuan pengunjung mendekati mereka untuk berselfie.


Antara barisan artis lain yang bakal membuat persembahan terdiri dari antaranya penyanyi Nabila Razali dan Neetha Manisha dan paling dinantikan tentunya hadiah cabutan bertuah di mana pengunjung boleh memenangi hadiah lumayan seperti tv mah pun telefon bimbit.


Tunggu apa lagi, jom ke Galeri UNITI di Berjaya Times Square, Kak Fas percaya anda semua pasti seronok melayan pelbagai aktiviti yang disediakan buat pelbagai lapisan masyarakat yang membentuk ‘Keluarga Malaysia’. 



#GaleriUNITI #Perpaduan #RumahKAMI #PermainanTradisionaal #KeluargaMsia

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan