Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

YURO T LETAK JAWATAN PENTING DI KUMPULAN TRIT, BAKAL ANJUR ISING MALAYSIA DISEMBER INI


PENGUMUMAN:

NAMA Yuro T mungkin asing di Malaysia, namun di negara jiran, Singapura usahawan berasal kota Singa itu cukup dikenali di kalangan warga korporat lebih-lebih lagi apabila turut terlibat dalam beberaps program menarik khususnya seperti iSing Malaysia/World, sebuah program reailiti nyanyian antarabangsa.


Lebih daripada itu, Yuro mempunyai beberapa jawatan penting diiperingkat global terutamanya di  Timur Tengah seperti antaranya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trit termasuk anak syarikatnya Xtra, Gdiama, Al Mushtara, Karakey dan Amwell Property).


Pun begitu pada  hari ini, 24 November 2022, selepas  menerajui Kumpulan Trit selama 9 tahun, Yuro T mengumumkan perletakan jawatannya dalam semua perniagaan terbabit.


Dan apabila perletakan jawatan itu berkuatkuasa serta merta sudah tentu tindakan itu diambil untu lebih maju ke hadapan.


Iya, memang benar, Yuro T meninggalkan Kumpulan Trit untuk menjadi Pengasas Bersama usaha niaga baharu, Nest Capital, sebuah kumpulan pelaburan yang akan membangunkan platform permainan dalam talian, perlombongan mineral dan pembangunan hartanah.


YURO T (kiri) bersama rakan seperjuangannya di Singapura.


"Adalah satu keistimewaan untuk memimpin organisasi ini dan membimbingnya ke arah kejayaan yang telah dicapai kini. Kumpulan Trit akan terus berkembang maju sebagai kumpulan pelaburan, dan saya tahu bahawa di bawah pengurusan baharunya, ia akan terus berkembang dan  maju ke tahap yang tidak dapat dibayangkan. Saya sangat menyukai masa saya menerajui syarikat yang hebat ini dan berharap untuk melihatnya terus berkembang maju," ujar Yuro mengumumkan

peletakan jawatannya melalui sebuah kenyataan akhbar.




Untuk rekod, semasa di bawah bimbingan Yuro, Kumpulan Trit membangun daripada penilaian USD 400 juta kepada empayar berbilion dolar yang merangkumi sempadan antarabangsa dan mempelbagaikan pelaburan berlian, hartanah dan perniagaan.


Terkini, sebagai  Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Trit, Dr Keith Liew akan memikul tugasnya sebagai pemangku CEO.


#YuroT #KumpulanTrit #NestCapital #Pelaburan #iSingWorld #iSingMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan