Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PRIHATIN JADIKAN SK SUNGAI BULOH ANAK ANGKAT, SUMBANG WANG & PERALATAN PENDIDIKAN KHAS


SELARI
dengan namanya, (PRIHATIN) atau 
Yayasan Prihatin Nasional memang cukup prihatin dalam melaksanakan bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan khususnya golongan B40.


Terbaharu, PRIHATIN menjadikan Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh sebagai sekolah angkatnya dengan tumpuan diberikan terhadap sektor pendidikan khas.



“Saya amat berbesar hati dan bangga melihat usaha sekolah ini dalam membantu anak-anak istimewa atau lebih dikenali sebagai pendidikan khas mendapatkan pendidikan yang sewajarnya dengan semangat jitu para guru," ujar Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali pada majlis Program Kami Prihatin  di Sekolah Kebangsaan Sungei Buloh pada 9 November 2022 semalam.


Turut bersama Puan Nori Tun Abdullah selaku Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia.



Menurut Mohd Aizuddin beliau dimaklumkan  bahawa SK Sungai Buloh merupakan sekolah yang mempunyai pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang teramai di Selangor. 


"Namun begitu, bantuan serta sumbangan yang diterima bagi melestarikan pembangunan PPKI di SK Sungai Buloh masih kurang dan ini amat mendukacitakan hati nurani saya. Selaku NGO yang bergiat aktif dalam memperjuangkan pendidikan di Malaysia, saya berasa terpanggil untuk menyeru syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO di seluruh pelusuk tanah air untuk turut serta menyumbang dalam pembangunan PPKI.” tambah beliau.


Sehubungan itu, langkah pertama yang akan dilakukan adalah mengubah suai bilik guru-guru agar mereka dapat melaksanakan tugasan mendidik dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa supaya tenang mendidik pelajar-pelajar istimewa.


Selain itu, sempena jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar, PRIHATIN melaksanakan program pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd.



Aizuddin turut menyempurnakan sumbangan bantuan wang tunai kepada ibu bapa pelajar serta penyerahan bantuan kelengkapan pembelajaran kepada seramai 110 pelajar Pendidikan khas yang terdiri daripada kategori seperti masalah pembelajaran, autism, sindrom down dan disleksia.


Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) 2022 ini juga merupakan inisiatif & projek khas Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman ataupun luar bandar. 


Sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi Mencari, Mengenal dan Membantu pelajar yang merupakan anak-anak Keluarga Malaysia  yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan  dari segi kewangan di seluruh negara.



PRIHATIN melihat program kali ini mampu membantu dan mengurangkan beban anak-anak Sungai Buloh sekaligus mengurangkan beban ibu bapa untuk membuat kaca mata .


"PRIHATIN memudahkan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar dan memperkasakan pendidikan dengan pemberian bantuan kelengkapan pembelajaran bagi pelajar pendidikan khas serta bantuan wang tunai menerusi JPKM yang diilhamkan oleh Perdana Menteri," tegas Aizuddin.


Majlis turut mendengar swsi perkongsian mengenai penjagaan anak-anak autism oleh Nori Tun Abdullah bersama ibu bapa waima beliau sendiri bepengalaman mendidik anak-anak autismnya.


Maklumat lanjut mengenai PRIHATIN boleh KLIK DI SINI.




#SKSqBuloh #PRIHATIN #JelajahPendidikanKeluargaMalaysia #PPKI #Aizuddin


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan