Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TOK TI AJAK AWIE DUET LAGU TRADISIONAL, PENONTON 'KONSERT MUSIC OF THE SOUL' TERHIBUR!


MUKADIMAH
:

Setiap kali berlangsungnya event yang melibatan penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza, jarang Kak Fas 'miss' atau tak pergi apabila mendapat undangan daripada rakan seperjuangan, siapa lagi jika bukan pengurus peribadi Tok Ti, iaitu Rozi Abdul Razak.


Terbaharu, pada Konsert Music of the Soul, malangnya Kak Fas tidak ada rezeki menontonnya walau pun sudah membuat rsvp untuk hadir. Tetapi kita hanya boleh merancang dan Allah SWT yang menentukannya jua.


Bukan tidak mahu pergi tetapi keadaan tidak mengizinkan dan keputusan untuk tidak hadir pada saat terakhir rupaya ada hikmah disebaliknya. Kenapa? Bak kata Tok Ti, 'biarlah rahsia'.


Apa pun disebabkan 'last minute' membuat pembatalan Kak Fas sedaya upaya mencari pengganti agar tidak mahu kerusi kosong dibuatnya. Dan akhirnya, Kak Fas berjaya mencari dua rakan blogger sebagai pengganti iaitu Along Murni dan Aerill.


Dalam sejam lagi sepatutnya waktu pendaftaran bermula, Along dan Aerill bersetuju untuk hadir walau pun keduanya berada di Bangi ketika itu. 


Alhamdullillah, ada pengganti, taklah Kak Fas rasa bebal tak dapat hadir.


Tidak mahu cerita showcase amal itu berlalu tanpa sebarang laporan Kak Fas catatkan coretan Along dari kaca matanya di bawah ini ya...


FOTO Kredit: Intagram @ctdk.

TOK TI atau nama penuhnya Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan penuh anggun dan bergaya dlm busana rekaan pereka fesyen terkenal, SAMM Republik dan Ashraf Zainal pada Konsert Music of the Soul' yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Putrajaya baru-baru ini.


Memulakan persembahan dengan nyanyian lagu ‘Warna Dunia dan seterusnya ‘Siapa Tak Mahu’, melalui empat segmen Siti menyampaikan 16 buah lagi  lagu keseluruhannya meliputi Diari Hatimu, Anta Permana, Lebih Indah, Segala Perasaan, Aku Bidadari Syurgamu, Nian Di Hati, Melawan Kesepian, Ratuku (Lagu Awie dinyanyikan semula) dan Ya Maulai. Persembahan ini dibahagikan kepada 4 segmen, dan di setiap segmen terdapat Lagu Medley seperti Medley Kuasa Cintamu & Bukan Cinta Biasa, Medley Cinta Tak Berganti & Beradu di Khayalan, Medley Kau Kekasihku & Bila Harus Memilih, dan Medley Seloka Budi & Senyum Minang Manis.


Susunan lagu juga ada yang dibawa dalam versi original mahu pun diberikan nafas baharu di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Aubrey Suwito.

Paling menarik menyaksikan beliau berduet dengan penyanyi rock lagenda, Dato Awie melalui lagu ‘Baldu Biru’ dan ‘Pantun Budi’ malah Tok Ti sempat mengajak Awie mendendangkan lagu tradisional, Zapin Budi.



Kehadiran Awie nyata tambah menggamatkan suasana dengan teriakan pesona dari penonton ketika melantunkan suara beliau yang padu dalam nyanyian ‘Di Penjara Janji’. 

 Konsert yang berlangsung selama dua hari (5 dan 6 November 2022), bertujuan mengumpul dana bagi Yayasan Nurjiwa ternyata mendapat sambutan ramai khususnya peminat Sitizoners.

“Saya sangat terharu dengan sambutan oleh peminat kerana persembahan eksklusif ini bagi mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa,” ujar Siti ketika ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung selesai konsert. 


Turut meluahkan rasa gementar ketika membuat persembahan berikutan kesan terkena COVID-19 yang dialami sebelum ini, Siti bagaimana pun memberitahu, beliau terpaksa mengembalikan staminanya dengan membuat senaman Muay Thai sebagai jalan terbaik.  

Pun begitu, beliau turut berkongsi duka ketika mempersembahkan lagu medley  ‘Cinta Tak Berganti dan Beradu di Khayalan, apabila mengetahui ada di antara peminatnya yang telah membeli tiket namun tidak dapat hadir setelah kembali ke Rahmatullah kerana COVID-19. 

Apa pun terbaiklah Tok Ti mampu menghiburkan ramai pada malam pertama penuh istimewa itu. - Along Murni.

 

#SitiNurhaliza #MusicOfTheSoul #YayasanNurjiwa #Awie #DewanPleanari #KLCC

Tiada ulasan: