Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

A.C.A.B BERSEDIA 'BANGUN' DI SHOWCASE PADA 3 DIS., UBATI RINDU PEMINAT MUZIK OI!


BAGI
peminat muzik genre ‘eastern oi!’ atau ‘punk’ mahu pun heavy metal tentunya nama kumpulan A.C.A.B tidak asing lagi, khususya ketika pemuzik-pemuzik ‘underground’ ini bermula pada tahun 1994.


Sejarah unit Oi!/Street Rock Kuala Lumpur bertaraf legenda ini yang diasaskan oleh Max Mohammad dan Edy J. Herwan pada awalnya mengalami beberapa pertukaran line-up sepanjang aktif bergerak namun cukup berpengaruh kepada pergerakan muzik Oi! di Malaysia, baik kepada band-band baharu dan juga para pendengar. 


Bermula daripada demo ‘95 yang keluar melalui Bovver Brigade Records pada 1995, A.C.A.B tidak menoleh ke belakang lagi dengan keluaran-keluaran seperti Eastern Oi! dan Skinhead 4 Life yang mengubah landskap muzik Oi!/Punk tempatan selain mempengaruhi ribuan anak-anak muda untuk mula bermain muzik. 


Muzik A.C.A.B turut berevolusi pada setiap keluaran yang menyaksikan mereka bermula dengan Oi!/Street Rock/Ska kepada menyelitkan pengaruh Heavy Metal Melayu menjelang era Orang Timur dan Bangun serta juga menerima pengaruh Indie Rock pada album terakhir mereka (dikenali sebagai The A.C.A.B). 



Perubahan ini tidak membuatkan mereka terasing daripada pengikut-pengikut A.C.A.B yang menariknya datang daripada pelbagai khalayak muzik, menjadikan A.C.A.B sebuah band yang benar-benar menyatukan pergerakan muzik underground


Terbaharu, selain Max (vokal/gitar) dan Edy (gitar), A.C.A.B dianggotai pemain bass, Anas Md Noor dan drummer, Zeezul Fitri.


Dan menjelang 30 tahun penubuhan mereka pada tahun 2024, perintis Eastern Oil ini bakal mengadakan showcase khas berjudul ‘Bangun’ untuk meraikan satu-satunya album penuh Bahasa Melayu mereka, sekali gus mengubati rindu peminat,


“Aku dan A.C.A.B tak sabar nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama kepada peminat semua. Masa album ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung belajar dan Bangun tak sempat nak dipromosikan tetapi tetap juga dapat sambutan hangat. Jadi, sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun secara live dan make it a history for everyone!, ” ujar Max pada sidang media showcase ‘Bangun’ di Timeless Studio, Damansara Perdana baru-baru ini.


Turut hadir kesemua anggota A.C.A.B dan Pengasas dan Pemilik Timeless Studio, Dato Sulaiman Dahlan.



Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, (Ahad)  di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3 petang. 


Turut memeriahkan showcase ini adalah band-band generasi baharu Oi! dan Punk iaitu The Hard Crop’s (Kuala Lumpur), Zero One Heroes (Johor), Incase (Kuala Lumpur), The Murphys (Melaka), Combination 69 (Kuala Lumpur), The Boicott (Perak), Oi! Frequency (Selangor) dan juga set DJ daripada Soul Boss (Kuala Lumpur)


 

A.C.A.B akan memainkan set penuh daripada album Bangun. Sebahagian daripada trek-trek album ini tidak pernah dipersembahkan secara langsung, jadi ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar A.C.A.B kembali mengenang nostalgia sewaktu album groundbreaking ini dikeluarkan,” tambah Max.



Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal Melayu yang digaul pekat dengan stail Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging move untuk scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu.


Bangun adalah album yang bermelodik dan agresif pada masa yang sama seterusnya membuka mata kepada lebih ramai pendengar baharu. 


Sehingga kini, tiket Early Bird telah licin disambar. 


Tiket presale masih boleh didapati berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM99


Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/  atau jika ada sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke talian 0196955634 melalui Whatsapp. 


Sementara itu, sesiapa yang hadir bukan sahaja akan berhibur dengan ‘bangunnya’ A.C.A.B yang merupakan singkatan kepada maksud baharunya, “All Colors Are Brothers” daripada nama asalnya yang agak sensitif, akan mempersembahkan muzik mereka menggunakan sistem bunyi terbaharu dari Jerman, Linear 5 MK308 LTA dibawakan oleh Timeless Studio.



Berkongsi lanjut tentang sistem bunyi itu, Sulaiman mnemberitahu, A.C.A.B adalah band pertama di Malaysia yang akan menggunakan sistem bunyi terbaru Linear 5 MK308 LTA pada showcase itu nanti.


 “Sistem bunyi ini cukup sempurna untuk persembahan ‘live’. Ia menjanjikan kepuasan buat penonton kerana dapat mendengar semua ‘sound’ yang keluar dari A.C.A.B nanti,” ujar Sulaiman sambil  memberitahu, Timeless Studio juga antara syarikat pertama di Malaysia yang mempunyai sistem bunyi terbaru itu yang baharu dilancarkan bulan lalu di seluruh dunia. 


Sulaiman melahirkan rasa berbesar hati dan berbangga dapat bekerjasama dengan A.C.A.B yang juga perintis muzik eastern oi! di Malaysia.


“Mereka band skinhead, oi! terawal di Malaysia yang ditubuhkan pada 1994. A.C.A.B mencipta jenama, gaya dan genre tersendiri iaitu eastern oi! dalam kalangan penggemar muzik oi! di sini, A.C.A.B adalah fenomena dengan memiliki peminat yang ramai sekali gus menjadikan setiap persembahan mereka tidak pernah tidak menarik,” akhiri Sulaiman.


Bagi mereka yang mahu maklumat lanjut berhubung kumpulan A.C.A.B boleh layari platform media sosial mereka di:


Instagram: https://www.instagram.com/acabmalaysia/

Tik Tok: https://www.tiktok.com/@acabproductions 

Facebook: Megat Hafiz Mohammad (Max Hafiz) atau emel ke acabmalaysia@gmail.com.



#ACAB #EasternOi! #HeavyMetal #Punk #TimelessStudio #Muzik #HeavyMetal

Tiada ulasan: