Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'DIG IT, FACE IT, HEAL IT' , PESAN NOURUL ATASI MASALAH ANXIETY !


SETIAP
daripada kita memerlukan semangat atau motivasi buat diri sendiri dalam menjalani kehidupan seharian apatah lagi jika terpendam masalah yang sukar dikongsikan. 


Atas hakikat itulah tergeraknya hati penyanyi yang berhijrah ke Bali, Nourul Depp kembali ke tanah tumpah negaranya seketika bagi merungkaikan permasalahan yang tersurat lagi tersirat melalui acara pembangunan diri, ‘Firetalk & Showcase’nya.



Iyalah, umum mengetahui  walau pun Nourul, 46, seorang penyanyi namun niat membuak-buak untuk membantu masyarakat yang mempunyai masalah emosi sering disuarakan melalui platform media sosialnya.


Jadi,  bagi mendekati dirinya dengan golongan terbabit, berlangsunglah acara ‘Firetalk & Showcase’  di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini yang sedikit sebanyak mampu memberi semangat buat golongan terbabit. 



“Jika dilihat, masalah kesihatan mental makin menjadi-jadi. Sebenarnya kita perlu membantu mereka ini untuk rungkaikan apa yang difikirkan. Ini yang Nourul cuba “korek” daripada peserta yang hadir,” ujar Nourul.


FIRETALK membawa suatu pengalaman yang luar biasa. Nourul mengetengahkan konsep berbeza melalui beberapa topik iaitu DIG IT, FACE IT, HEAL IT yang menyentuh situasi seperti trauma, panik, ketakutan dan anxiety. 



Rata-rata peserta yang hadir termasuk dari Singapura mahu pun dari luar ibu kota sangat supportive dan tidak malu untuk berkongsi rasa, rahsia, kesedihan yang dialami. 


Malah ada dikalangan mereka yang telah mendapat semangat baru tanpa menoleh kebelakang. 


 “Let go, nothing anymore! Apa yang tidak perlu, buang! Apa orang kata kepada kita, mengatakan kita tidak boleh buat, buang!,” pesan Nourul.



Tamat FIRETALK, Nourul meredakan keadaan 'stress'  khalayak sekali gus mengubati rindu peminatnya dengan persembahan lagu-lagu yang menaikkan namanya di dalam dunia hiburan seperti 'Cinta Azali' dan 'Kerana Terluka'


Dewan bergema apabila ibu kepada empat cahayamata ini turut menyampaikan lagu medley dari lagu nyanyian asal penyanyi senior kegemarannya seperti Salamiah Hassan, Dato Aishah, Fauziah Latiff, Dato’ Francisca Peters, Ramlah Ram dan Ziana Zain.


Tidak dilupakan beberapa buah lagu dari album solo dan duetnya yang masih diminati ramai. Tepukan gemuruh hadiran membuktikan kerinduan mereka terubat setelah sekian lama tidak mendengar kemerduan nyanyian Nourul.


Di atas sambutan yang hangat diterima, Nourul bersedia menganjurkan FIRETALK seterusnya pada pertengahan tahun 2024. 


Jadi nantikan pengumuman dari Nourul kelak. Sementara itu, sabar menunggu ya!



#NourulDepp #Firetalk #Motivasi #Showcase #CintaAzali #KeranaTerluka #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan