Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AsSHAMS LANTIK 3 SELEBRITI, 3 MAULANA PIMPIN UMRAH I'TIKAF RAMADAN 1445H!


ALHAMDULLILAH,  ini kali kedua saya akan menunaikan umrah di Mekah pada bulan Ramadan. tahun hadapan,” begitu ucapan syukur yang dilafazkan vokalis kumpulan lagenda, ‘Lefthanded’, Dato Nash sebagai Duta AsShams pada majlis pelancaran Umrah “I’tikaf Ramadan baru-baru ini.


Turut hadir Pengarah Urusan AsShams Travel & Tours Sdn Bhd., Encik Mohammad. Hafiz Shamsuddin (gambar atas, dua dari kiri).


Menurut Nash,  dua tahun lalu beliau pernah menjalani ibadah puasa seterusnya berhari raya di Mekah dan apabila sekali lagi diberikan rezeki dan merasai nikmati beribadah di Tanah Suci tentulah beliau amat mensyukurinya.



Pemilik nama penuh, Nashrudin Elias, 64, ini antara tiga selebriti yang dipilih oleh AsShams Travel & Tours Sdn. Bhd (AsShams) selain pelakon Saharul Ridzwan dan vokalis Kumpulan Medicine, Norhizam Hj Shair atau. Hj Ijam.


Bersama tiga selebriti berkenaan yang turut. dipilih menjayakan program pakej Umrah I'tikaf Ramadan terdiri daripada Maulana Wan Helmi, Maulana Abdul Ghani dan  Maulana Dr. PU Taha.



Pada tahun 1445 Hijrah ini , AsShams telah mensasarkan untuk menerbangkan lebih daripada 3,000 jemaah dengan sasaran seramai lebih 1,500 jemaah untuk menunaikan Umrah bersama AsShams pada bulan Ramadan tahun depan.


Berkongsi lanjut, Nash memberitahu, selama 40 hari berada di Tanah Suci beliau akan mengisi sepenuh masanya dengan beribadah dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.



Plantun lagu ‘Pada Syurga di Wajahmu’ ini kini dilihat lebih banyak melibatkan diri dalam program-program dakwah dan kebajikan sosial.


“Ini satu program usahasama yang baik untuk meluaskan lagi dakwah dan perkongsian pengamalan saya kepada masyarakat,” tambah Nash.


Selari dengan objektif program bagi memperkenalkan pilihan pakej Umrah Ramadan dan tawaran menarik yang disediakan oleh AsShams, ia bertujuan  mengajak masyarakat untuk cintakan junjungan besar Rasullulah SAW dengan menziarahi baginda dan rindukan Tanah Suci melalui agamawan dan selebriti-selebriti yang berpengaruh sebagai inspirasi.




Apa yang menjadikan pakej tawaran AsShams ini istemewa dan menarik? 


Antaranya adalah:


1. Harga pakej yang sangat menarik , kompetitif dan sangat mampu milik.

2. Hotel penginapan yang dekat di Mekah dan Madinah sekitar 50 hingga 580 meter dari masjid.

3. Diskaun RM400 untuk 10 pendaftaran terawal dengan deposit RM3000, serta berpeluang menaiki High Speed Train sehala bernilai RM350 secara percuma bagi pendaftaran sebelum 30 November 2023.

4. Program - program kerohanian dan ziarah yang telah disusun khusus sebagai pengisian oleh maulana - maulana dan pembimbing Umrah AsShams yang sangat berpengalaman dan alim.

5. Penggunaan Visa Umrah dimana terdapat pelbagai kelebihan termasuk pelindungan kesihatan dan Nusuk untuk memasuki Raudhah serta mendapat air zam zam secara percuma.



Disamping berpeluang mendekati Nash, Saharul Ridzwan mahu pun Ijam, jemaah boleh mendapatkan ilmu tambahan daripada pendakwah-pendakwah berpengaruh dalam masyarakat seperti tiga Maulana yang ikut serta.


Maulana Wan Helmi, adalah seorang murabbi dan Pengasas Madrasah An Nabawiyah serta seorang pendakwah bebas yang sangat aktif menjalankan dakwah dikalangan golongan artis, masyarakat luar bandar, gangster dan sebagainya. 


Beliau juga banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti kebajikan sosial dan dakwah di dalam dan di luar negara.



Maulana Abdul Ghani pula adalah Penasihat Syariah AsShams dan juga seorang pendakwah bebas yang sangat terkenal di Utara Semenanjung Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dalam usaha dakwah di dalam dan luar negara.


Manakala. Maulana Dr. PU Taha, seorang pendakwah selebriti yang sangat dikenali menerusi beberapa program TV terutamanya Pencetus Ummah , juga seorang usahawan yang berjaya di dalam rangkaian sekolah pendidikan awal.


Di samping mereka, Hj Ijam juga tidak kurang berpendalaman waima beliau kini seorang pendakwah bebas dan instructor selam yang professional selain Saharul Ridzwan yang kini menjadi usahawan produk kesihatan dan memiliki jutaan pengikut di media sosial tetapi tetap kuat berdakwah.



Sementara. itu,  Saharul memberitahu, ini kali yang ketiga beliau akan melaksanakan. ibadah. umrtah pada. bulan Ramadan waima sudah lima. kali menunaikan umrah.


"Kali ini ada sesuatu yang saya nak belajar lagi di sana untuk dikongsikan bersama masyarakat," ujar Saharol yang akan ke Mekah pada 4 Mac hingga 14 Mac 2024.

Bagi mereka yang mahu memilih pakej mana yang sesuai boleh layari  laman web AsShams  DI SINI.

Tarikh tutup tempahan semua pakej bulan Ramadan adalah pada 10 Februari 2024.


#AsShams #UmrahItikafRamadan #Nash #SaharolRidzwan #IjamMedicine #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan