Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 BAWA KONSERT 'PASSION OF SOUND', PELUANG MENANGI KERETA BMW!


INI
kali ke-5 berlangsungnya Malaysia Hobby Expo 2023 yang bakal diadakan selama dua hari bermula pada 2 hingga 3 Disember 2023 depan bertempat di MAEPS, Serdang.


Namun istimewanya kali ini, sambil menikmati lebih dari 50 jenis hobby dalam satu acara, pengunjung berpeluang buat pertama kaliya berhibur dengan persembahan 5 artis tanah air  melalui Konsert “Passion of Sound’ pada malam 2 Disember 2023.


Artis-artis terlibat bukan calang-calang tetapi terdiri daripada yang lama dan baharu seperti Saixse yang kini sedang popular dengan lagunya, ‘Malam Pagi’ dan kumpulan-kumpulan terkenal  lainnya seperti Hujan,  Ruffedge mahu pun Gerhana SKA Cinta dan  Insomniacks. 


“Ini pertama kali kami menganjurkan konsert bagi memeriahkan lagi acara sempena ulang tahun kelima ini bahkan pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang disediakan seperti dua buah kereta dan banyak lagi,” ujar Pengasas Malaysia Hobby Expo, Muhammed Fidzri Syafeeq ketika ditemui pada sidang media Expo berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Specta Venture selaku penganjur, Hafidz bersama beberapa barisan artis yang terlibat antaranya, Ruffedge, Saixse dan Gerhana Ska Cinta.



Menurut Muhammed Fidzri, kembalinya penganjuran expo hobby tahun ini menjanjikan lebih kemeriahan merangkumi pelbagai hobby di mana  setiap hobby ada di zon-zon yang dikhaskan. 


Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage Bazaar”, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” yang juga merangkumi 250 pempamer dalam acara ini,” tambah Muhammed Fidzri sambil memaklumkan tiket kemasukan ke acara adalah sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara adalah yang paling rendah apatah lagi dengan pelbagai hadiah disediakan.


Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000


Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock


“Malah yang hadir ke Konsert Passion of Sound turut berpeluang membawa pulang sebuah kereta mewah seperti BMW selain  Motorsikal, PS5 & lain-lain hadiah yang menarik,” sambung Hafidz (gambar bawah, kiri) yang turut bersama Muhammed Fidzri (kanan) ketika ditemuramah. 



Konsert “Passion of Sound” menawarkan tiga kategori harga tiket serendah RM99, RM189 dan RM259 dan boleh diperoleh melalui laman web berikut https://ticket.myhobbyexpo.com/register atau lebih mudah klik SINI.


Tetapi jangan khuatir, harga tijket mana pun yang anda beli, semuanya layak memenangi hadiah cabutan bertuah namun pengunjung yang dah membeli tiket perlulah hadir pada malam konsert untuk mengetahui adakah mereka bertuah kerana yang tidak hadir tidak dapat memilikinya.


“Ini adalah konsert gabungan yang cukup hebat dan harga tiket untuk konsert ini adalah yang termurah di Malaysia dengan artis yang membuat persembahan dan kami memastikan kelainan yang tidak ada di konsert yang lain,”  jelas Muhammad Fidzri.



Kira-kira 13,000 penonton dijangka memenuhi ruang konsert waima sasaran penghujung tahun ini adalah seramai lebih kurang 60,000 bagi acara dua hari.


“Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 2019 malah dengan adanya konsert kali ini kami yakin mampu mencapai angka sehingga 60,000 pengunjung,”  tambah Hafidz yakin, apatah lagi ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Elf Bar malah  mendapat sokongan dari Kementrian Belia dan Sukan serta Rakan Muda untuk menjayakannya. 


Bagi memeriahkan lagi acara, turut diadakan penganjuran Mini 4WD MHXCUP2023 yang terbesar pernah dilaksanakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan hadiah  bagi pertandingan adalah lebih dari RM30,000, melibatkan lebih 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi. 


ATAS: Barisan artis yang hadir. Kak Fas sempat bergambar dengan Saixse.


Penganjuran ini adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC . 


Disamping itu, sempena sambutan ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023, pihak penganjur membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing. 


Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama.



“Kami sudah mempersiapkan pelbagai platform pemasaran seperti billboard, iklan di radio dengan radio Hot FM sebagai radio rasmi dan juga dari selebriti seperti Fizo Omar, Shuib dan ramai lagi.” jelas Hafidz sambil berharap tahun ini lebih ramai orang terutama golongan generasi muda dapat hadir untuk menikmati hobby secara sihat dan kreatif. 


Beliau turut mempelawa mana-mana generai muda yang mempunyai minat dalam perniagaan untuk mempamerkan produk mereka semasa acara ini diadakan memandangkan ruang pemamir masih terbuka.


Pada keseluruhannya, penganjuran Malaysian Hobby expo kali ini adalah dengan penglibatan bersama nama nama besar iaitu MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon manakala Elf Bar sebagai penaja konsert dan Choii pula adalah “Rakan Merchandise” rasmi acara. 



#MalaysiaHobbyExpo2023 #KonsertPassionOfSound #Hujan #Saixse #Ruffedge

Tiada ulasan:

Catat Ulasan