Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LULU HYPERMARKET TERUSKAN SUMBANGAN KEBAJIKAN RAI PERAYAAN DEEPAVALI!


SEMPENA
menyambut perayaan Deepavali, pasaraya Hypermarket Lulu tidak ketinggalan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyumbang barangan dan wang tunai bernilai RM5,000 setiap satu kepada tiga pusat kebajikan.


Ketiga-tiga badan yang mendapat perhatian pasar raya yang dimiliki konglomerat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Lulu Group International itu terdiri daripada Persatuan Kebajikan Am Awam, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas Kuala Lumpur.


“Ini adalah salah satu daripada program CSR kami setiap kali musim perayaan di mana melalui Kempen Deepavali Lulu ‘Giveaway’ yang bermula dari 3 hingga 9 November lalu, kami telah mengumpul barangan termasuk wang tunai untuk diserahkan kepada pertubuhan kebajikan khususnya bagi kaum India,” ujar Pengurus Pemasaran Pasaraya Lulu, Encijk Ahmad Sidqi Ghazali (gambar atas, empat dari kanan) ketika ditemui pada majlis ringkas penyampaian sumbangan fasa pertama kepada wakil Pertubuhan Lindungan Ikhlas KL di Lulu Hypermarket, Capsquare baru-baru ini.


Menurutnya, kempen sumbangan derma dari orang ramai berlangsung selama dua minggu di mana selepas perayaan segala sumbangan yang diperoleh daripada 5 outlet Lulu di seluruh negara akan disalurkan seterusnya kepada  dua pusat kebajikan lain yang terpilih mengikut jumlah yang diterima.


“Initiatif ini tidak  terhenti pada hari perayaan Deepavali tetapi akan diteruskan selepas perayaan itu sehingga kempen berakhir pada kira-kira 17 November 2023 ini,” tambah Ahmad Sidqi sambil berharap dapat mencapai sasaran untuk mengumpul  sumbangan dana mencapai  RM15,000  untuk dibahagikan kepada ketiga-tiga pusat kebajikan yang dipilih.


DARSHINI (tengah) hadir bersama penghuni Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas Kuula Lumpur di Lulu Hypermarket, Capsquare baru-baru ini.

Sementara itu, mengucapkan penghargaan kepada usaha murni Lulu Hypermarket berkenaan, Setiausaha Kehormat kepada Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas, Dharshini a/p Rajendran yang hadir ketika ditemui memberitahu, sumbangan yang diberikan Lulu akan dimanfaatkan kepada kanak-kanak dan warga emas.


“Kami mempunyai kira-kira 25 orang penghuni  meliputi 18 kanak-kanak dan 7 orang dewasa yang majoritinya berbangsa India,” ujar Dharsini sambil. bersyukur dengan sumbangan tersebut dapatlah penghuni di Pusat Pertubuhan Kebajikan Lindukan Ikhlas merayakan Hari Deepavali dengan gembiranya.


Kepada semua kaum India Selamat Hari Deepavali!




#LuluHypernarket #DeepavaliGiveAway #Sumbangan #PertubuhanKebajikan #fyp

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan