Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AL FARO SASAR JUALAN RM30 JUTA, FASHA SANDHA TERUS KOMITED SEBAGAI DUTA!


GEDUNG
penjualan pakaian muslimah wanita khususnya seperti abaya. dari Dubai mahu pun pelbagai fesyen dari China, AL FARO  terus mengorak langkah membuka cawangan terbaharunya, yang ketiga di Shah Alam.


Walau pun dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, dengan terus menghadirkan ‘Pelakon MeleTOP Era 2021’, Fasha Sandha sebagai dutanya, AL FARO yakin mampu mencapai sasaran jualan sehingga RM30 juta pada tahun hadapan (2024).



‘Dengan perluasan rangkaian outlet baru di Shah Alam dan akan datang di Johor Bahru pula, saya yakin hasil pendapatan AL FARO berpotensi melebihi RM30 juta pada tahun hadapan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif AL FARO, Farooq Ahmed Khan pada majlis pelancaran dua outlet sekali gus yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini.



Perasmian outlet pertama disempurnakan bersama Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz dan anak Farooq, selaku Eksekutif Jualan & Pemasaran,  Ali Khan manakala outlet kedua yang terletak berhampiran turut dirasmikan dengan pemotongan riben.



“Sasaran RM30 juta bukan impian kosong semata-mata tetapi penuh dengan strategi yang dibuat mengikut keadaan semasa. 


“Saya yakin dengan melihatkan usahasama kerajaan yang mengambil langkah proaktif menyelesaikan kemerosotan ekonomi semasa. Apa-apapun kami tetap komited memberi sumbangan positif kepada pasaran Malaysia dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara,” tambah Farooq.



Sementara itu,  Fasha Sandha menyifatkan, pembukaan cawangan baru menunjukkan AL FARO berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta, dia akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi AL FARO.



“Alhamdulillah, saya gembira melihat rangkaian baharu AL FARO di Shah Alam, dan baru-baru ini di Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,” komen pemilik bernama penuh,  Nur Fasha Sandha Hassan ini yang sentiasa mesra dengan senyuman dan tegur sapanya ketika ditemui.



Ditanya  mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.


“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bagi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri,” tambah Fasha sambil mahu terus bekerjasama dengan jenama yang diwakilinya agar memperoleh sukses bersama.



Bagi aktes ini, produk berkualiti dengan harga mampu dibeli yang dijual di Al Faro menambat hatinya untuk menjadi duta dan mengajak orang ramai membeli-belah di situ jika mahu mencari abaya dari Dubai yang pelbagai saiz dan cantik.


“Saya memang seorang yang tidak mudah bersetuju untuk menjadi duta jika saya tidak berpuas hati dengan produk yang akan saya wakili tetapi dengan Al Faro saya mendapati produknya cukup berkualiti malah harganya mampu di beli semua,” akhiri Fasha.



Sekiranya anda juga mahu kelihatan ayu seperti Fasha bolehlah hadir ke mana-mana kedai AL FARO yang berdekatan malah jika jauh pun usah khuatir, anda boleh membeli nya secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my atau KLIK DI SINI di mana selain itu koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di:

 

Corporate Office & Alfaro Mall :

- NO 171 Jalan Tunaku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.

- Berjaya Times Square

- No 9 & 9A, Jalan Plumbum S7/S, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.



Alfaro Outlets

• No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Tel 03-22027762

• NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia

• Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak

• Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.



 Baca artikel berkaitan di SINI.


#AlFaro #FashaSandha #ShahAlam #AidilAziz #Jubah #Dubai #BajuMuslimah #fyp

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan