Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DPPPM-WC YAKIN KERJASAMA ANTARA MALAYSIA, WUXI DAPAT TINGKAT PELABURAN DUA HALA!


DEWAN Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi China  (DPPPM-WC) mensasarkan kemasukan sekurang-kurangnya 30% daripada lebih 2,000 ahli niaganya dalam pelbagai organisasi perniagaan di Wuxi, ke Malaysia.


Mengumumkan hasrat itu, Presiden DPPPM-WC yang baharu dilantik, Dr. Liu Jun yakin kerjasama dua hala antara Malaysia dan Wuxi, China dapat meningkatkan pelaburan China-Malaysia sambil memberi peluang usahawan dari kedua-dua negara untuk meneroka sektor pasaran masing-masing.


“Hubungan diplomatik Malaysia-China yang kukuh memberi keyakinan kepada pelabur China mahu pun Malaysia untuk berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti teknologi, belia dan sukan, pendidikan, kebudayaan, perdagangan dan ekonomi,” ujar Dr. Liu pada majlis pengumuman  dan pelantikan rasminya sebagai Presiden DPPPM-WC bertempat di NQ Cultural Commercial Sdn Bhd, Petaling Jaya pada 30 April 2024, semalam.



Turut hadir  Pengerusi DPPPM-WC, Dr. Mazlan Goh Bin Ahmad Goh; Cik Youya, yang akan berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif-ahli Pengurusan Projek merangkap Ketua Setiausaha; Cik Qi Linlin, selaku Penasihat China-Malaysia serta beberapa individu penting dari pelbagai komuniti perniagaan antaranya Dato Yazid Othman dan Dato Dr. Hassan Saad dan ramai lagi.



“Visi DPPPM-WC adalah untuk mewujudkan platform yang berkait rapat, saling menguntungkan untuk integriti perniagaan, komunikasi dan pertukaran antara China dan Malaysia, mempromosikan kemakmuran dan pembangunan ekonomi kedua-dua negara, ‘ tambah Dr. Liu sambil memaklumlan telah memulakan langkah awallnya dengan penubuhan pangkalan pengeluran Unicomp Technology pertamanya, Ray Tech (Malaysia) di Johor, Malaysia pada 25 April 2024 lalu.


Melibatkan pelaburan sebanyak AS$10juta, Dr Liu yang juga  pengasas dan pengerusi syarikat tersenarai China, Unicomp Technology itu memilih Johor dan Malaysia khususnya atas sebab beberapa faktor yang menyakinkan beliau.


“Malaysia menawarkan persekitaran antarabangsa di mana kita masih boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda kita dengan kebanyakan orang Malaysia. Selain itu, negara ini mempunyai iklim politik yang stabil dan kemudahan menjalankan perniagaan kerana kami mendapati terdapat rantaian bekalan yang kukuh  di mana ia  boleh membantu kami mengembangkan perniagaan kami dengan cepat,” jelas Dr. Liu menjawab pertanyaan kenapa memilih Malaysia untuk melabur.



Sementara itu, Dr. Mazlan memberi jaminan akan menumpukan peranannya sebagai penghubung di antara Dewan dan pihak Kerajaan mahu pun agensi-agensi Kerajaan.


Untuk rekod, Dewan Perniagaan Perindustrian Dan Pelaburan Malaysia-Wuxi China ditubuhkan pada Oktober 2023 selepas Dr Mazlan  dilantik sebagai duta pertukaran persahabatan antara Wuxi dan Malaysia oleh Kerajaan Perbandaran Wuxi pada Jun 2023.

Terkini, DPPPM-WC mempunyai lebih 40 ahli dan kian bertembah, ujar Dr. Mazlan.


Menurutnya, kejayaan mengadakan majlis pengumuman rasmi Dewan Perniagaan Perindustrian Dan Pelaburan Malaysia-Wuxi China serta majlis Perasmian presiden bukan sahaja menandakan peringkat baharu pembangunan bagi dewan itu tetapi juga menyuntik semangat dan momentum baharu dalam kerjasama mesra antara China dan Malaysia khususnya Wuxi.


Untuk makluman, Wuxi  merupakan sebuah bandar di selatan wilayah Jiangsu yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Shanghai.



Wuxi dikenali sebagai salah satu tempat kelahiran perindustrian moden di China bertujuan untuk menjadi lembah silikon chiplet atau lembah chiplet waima kami mempunyai sebuah insititusi teknologi yang menjalankan pengajian dan penyelidikan tentang chiplet atau acuan silikon.


DARI kiri: Dr. Jiu, Dr. Mazlan dan Yazid Othman.


“Saya merancang membawa rombongan usahawan dari Malaysia ke Wuxi dan sebaliknya bagi mendapat gambaran jelas kemungkinan apa kerjasama yang boleh masing-masing usahakan demi memajukan perniagaan pada era teknologi yang semakin berkembang sekarang ini,” akhiri Dr. Jiu sambil dipersetujui rakan seperjuangannya, Dr. Mazlan.


Jemputan mereka disambut baik oleh rakan-rakan strategik yang hadir sebagaimana yang disuarakan Yazid Othman....




#Wuxi #Malaysia #DewanPerniagaanPerindustrianDanPelaburanMalaysiaWuxi #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan