Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BANK MUAMALAT SUMBANG RM20,000 BANTU PROGRAM PEMAKANAN SEKOLAH MENENGAH YWP!


YAYAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP)
mensasarkan pemberian bantuan kepada 3,000 pelajar sekolah pada tahun ini melalui Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah anjurannya.


“Sejak dilaksanakan pada tahun 2018, program bantuan pemakanan berkenaan telah membantu 12,000 pelajar kurang berkemampuan sehingga 2023 tahun lalu,” ujar Pengarah Eksekutif YWP, Hj Abdul Rahman Siraj pada majlis penyerahan mock cek bernilai RM20, 000 dari Bank Muamalat kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bertempat di Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan, Kampung Baru pada petang semalam, 21 Mei 2024.


Cek sumbangan berkenaan diserahkan Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Hj. Zaharuddin Alias kepada Hj Abdul Rahman sambil disaksikan Pengurus Jabatan Kewangan Sosial, Mohd Azim Mohd Saufi dan Pengurus Besar Jabatan Kewangan Kumpulan YWP, M. Faslee Meon.


Turut hadir Ketua Pegawai Undang-undang,  Hj Mohd Fadzil Abd. Hamid; Pengurus Kanan, Norazlina Abd Rashid dan Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategi & IT, Datin Dr. Ida Harlina mewakili YWP.


DARI kiri: Azim, Zaharuddin, Abdul Rahman, Mohd Fadzil, M. Faslee, Dr. Ida dan Norazlina.


Berkongsi lanjut, Hj Abdul Rahman memaklumkan pemberian makanan harian secara percuma  berkenaan memanfaatkan kira-kira 2,000 pelajar sekolah menengah setiap tahun.


“Tahun ini, penerimanya merupakan pelajar-pelajar yang terdiri di kalangan golongan B40 dan keluarga yang berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan berdasarkan senarai dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” tambah Hj Abdul Rahman sambil melahirkan  penghargaan kepada Bank Muamalat di atas keprihatinan mereka menyumbang sebanyak RM20.000 kepada Yayasan.


Beliau seterusnya berharap kerjasama strategik seumpama akan menghasilkan impak positif demi manfaat kepada kumpulan sasaran di dalam pembangunan pendidikan khususnya pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat sewaktu belajar. 


YWP mengalu-alukan sumbangan dari individu atau syarikat korporat agar dapat bersama-sama menoktahkan kemiskinan bandar dan meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan,” sambung Hj Abdul Rahman sambil mengalu-alukan orang ramai membantu menjayakan program bantuan pemakanan agar terus semarak dan bernafas tanpa noktah.


ZAHARUDDIN Alias dan Abdul Rahman (kanan).


Sementara itu, dalam maklum balasnya, Hj Zaharuddin Alias berharap sumbangan yang disalurkan Bank Muamalat mampu membantu mengurangkan beban penerima bantuan.


“Semoga bantuan yang dikendalikan  oleh YWP melalui program yang dianjurkan sejak sekian lama itu akan menjadi contoh program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbaik yang akan terus mendapat perhatian umum,” akhiri Hj Zaharuddin.


Bagi yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP melalui akaum CIMB  bernombor 8001103675 atas nama "YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN" dengan  mencatatkan kod "SUMBANGAN TABUNG YWP.



#YayasanWilayahPersekutuan #BankMuamalat #ProgramBantuanPemakanan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan