Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DPPPM-WC YAKIN MAMPU PENUHI PERMINTAAN PASARKAN 110,000 METRIK TON PRODUK KE CHINA!


DEWAN Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi China  (DPPPM-WC) mengenal pasti dua pengusaha tempatan sebagai rakan strategi perniagaan dan pelaburan dalam program Malaysia Warehouse-Wuxi, China yang bakal di adakan pada bulan Ogos depan.


Dua pengusaha terbabit adalah syarikat Juta Global Marketing Sdn Bhd yang menghasilkan keju halal berjenama ‘Marsche Formage Cheese’ serta pengeluar makanan RTE (Ready to Eat), “Tok Su Shon” keluaran UNA Manufacturing  & Resources Sdn Bhd.


“Mereka antara yang melepasi saringan daripada lebih kurang 500 permohonan yang diterima untuk menyertai Malaysia Warehouse di Wuxi, China,” ujar Dato Sri Sharizal Sarip selaku Ahli Jawatankuasa DPPPM-WC pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman Pembekalan Produk kedua-dua syarikat terbabit yang berlangsung di NQ Cultural Commercial Sdn Bhd, Petaling Jaya pada hari ini, 23 Mei 2024.


Turut hadir Pengerusi DPPPM-WC, Dr. Mazlan Goh; Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia, Dato Sri Abu Hassan Mohd Nor; Pengarah Urusan UNA, Mohd Dzamri AbdullahPengarah bersama UNA, Elina Hayati Ismail;Peguam mewakili UNA, Mohd Rosidi Hassan;  Pengurus Hal Ehwal Korporat Juta Global, Ahmad Zaren Abd. Rahman serta Naib Pengerusi DPPPM-WC, Dato Dr. Hassan Saad.



Menurut Sharizal, pemilihan syarikat berdasarkan kepada beberapa kriteria ketat yang diwajibkan oleh Kerajaan Wuxi di China di mana mereka berkehendakkan sekurang-kurangnya 110,000 metrik tan produk sebulan untuk pasaran China yang akan ditempatkan di Pavilion Malaysia di Wuxi.


Melalui perjanjian yang dimeterai UNA Manufacturing akan membekalkan empat jenis produk keluarannya bernilai lebih RM1 juta seperti Kari Ayam dan Daging Mamak, Bakso, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam dan Spaghetti Bolognese Bebola Daging manakala Juta Global akan membekalkan kira-kira hampir empat kontena keju keluarannya dengan nilai kos lebih kurang RM4 juta.


DARI kiri: Elina, Mohd Dzamri dan Mohd Rosidi mewakili UNA Macnufacturing Resources.


“Buat permulaan kemungkinan kami akan membekalkan satu kontena terlebih dahulu ke Wuxi, China dan jika sambutannya menggalakkan kami akan menambahnya, “ ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Juta Global, Rosli Ajemain yang turut hadir ketika ditemui.


Sementara itu, Mohd Dzamri memaklumkan, bagi pihak UNA Manufacturing, syarikat  juga akan memperkenalkan Ketupat yang boleh bertahan selama dua tahun menggunakan teknologi Retort.


“Ini antara produk terbaharu kami daripada 1,000 resepi Toksu Shon keluaran syarikat malah kami merancang menghasilkan kuih muih yang juga boleh bertahan lama,” tambah  Mohd Dzambri.



Untuk makluman, DPPPM-WC telah dilantik serta mendapat mandat sebagai rakan strategi pelaburan Wuxi Federation Industri of Commerce China (WFIOC) di Malaysia pada 2023.


“Sepanjang 6 bulan bersama WFIOC kami telah berjaya membawa pelabur WFIOC ke dalam negara melalui sektor tenaga (solar dan EV), industri tekstil, perlombongan (Emas dan Silika) serta pembuatan (kilang pemasaran mesin x ray),” jelas Dr. Hassan Saad mengenai kerjasama Malaysia dan China.


Tambahnya, selain itu WFIOC juga berminat membuat pelaburan di dalam sektor perubatan, perhotelan dan pelancongan, agro, pengurusan sisa pepejal berteknologi tinggi, makanan dan minuman (RTE,RTD) serta pembangunan bercampur.



Terdahulu majlis turut mendengar nasihat dan tips yang disampaikan oleh Abu Hassan Mohd Nor berhubung cara terbaik menjalin kerjasama pemasaran dengan pengusaha dari China waima beliau sendiri mempunyai pengalaman mendalam sebagai pemimpin menerajui  Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia atau DPUM.


Artikel berkaitan sila baca LINK INI.


DARI kiri: Dr. Hassan, Mohd Rosidi, Mohd Dzamri, Ahmad Zaren dan Sharizal.


#DPPPMWC #MalaysiaChina #WuxiChina #TokSuShon #MarscheFormageCheese



Tiada ulasan:

Catat Ulasan