Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ISCADA NET BANTU KARYAWAN JAYAKAN MALAM AMAL 'LEGENDS'


MAJLIS makan
malam amal “Legends’ membabitkan empat artis legenda Malaysia dan Singapura  yang bakal berlangsung pada 2 Jun 2024 depan kini rancak menjalankan pelbagai aktiviti dan program dalam mencari penaja bagi membantu golongan artis yang memerlukan.


Terbaharu, penganjurnya, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menerima penajaan daripada syarikat Iscada Net  Sdn Bhd atau iS.net melalui pembelian meja bernilai RM10,000.


“Saya berterima kasih kepada is.Net atas penajaan ini dan berharap ramai lagi syarikat swasta dapat tampil memberikan sokongan membantu hasrat Karyawan mencari dana melalui Konsert Legends,” ujar Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri iS.net di Wisma Isnet, Kota Damansara baru-baru ini.


Turut hadir Pengarah Urusan Iscada Net Sdn Bhd, Datuk Saipuddin Ahmad dan isteri yang juga Pengarah syarikat, Datin Haslina Ismail; anak mereka pelakon Farah Nabilah dan  penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim.



Berkongsi lanjut, Freddie memaklumkan pihaknya masih membuka peluang kepada mana-mana penaja yang mahu berkolaborasi bersama Karyawan dalam menjayakan malam amal tersebut.


“Dana yang kami peroleh akan digunakan buat membiayai ahli-ahli Karyawan khususnya yang memerlukan rawatan atau pun uzur dan pelbagai masalah lain,” tambah Freddie sambil memberitahu, setekat ini hanya 20% jualan dapat dikumpulkan di mana angka sebenarnya yang disasarkan adalah RM100,000.



Menyambut baik usaha Karyawan dalam membantu golongan artis yang perlukan bantuan, iS.net memaklumkan tidak akan berhenti membantu dengan hanya pembelian meja pada malam amal sahaja tetapi akan berterusan membantu sedaya upaya mereka.


“Ini hanya permulaan, saya akan terus memberi bantuan kepada Karyawan di atas inisiatif murni mereka itu,” ujar Saipuddin sambil mendapat sokongan daripada isteri dan juga anaknya Farah Nabilah, 32,  yang juga seorang ahli Karyawan.



Terdahulu majlis menyaksikan pemberian mock cek bernilai RM10k yang diserahkan kepada Freddie oleh Haslina.


Kemeriahan acara sambutan Hari Raya diserikan dengan penampilan penyanyi legenda, Datuk Ramli Sarip yang mengalunkan sebuah lagu popularnya ‘Doa Buat  Kekasih’ bersama Khadijah Ibrahim.



Tidak ketinggalan Datuk N.D Lala dijemput menyampaikan sebuah lagu bagi terus menyerikan majlis Hari Raya Iscada Net.



Setiap tetamu yang hadir tidak terlepas membawa pulang sebekas kuih raya sebagai tanda penghargaan iS.net.


Untuk makluman, program makan malam ‘Legends’  akan diadakan pada 2 Jun 2024 (Ahad), 8:00 hingga 11:00 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.


Empat artis legend yang bakal mengembalikan nostalgia lagu-lagu popular mereka terdiri dari Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim.


Harga jualan meja bermula dari RM100,000 (Berlian); RM50,000  (Platinum); RM10,000  (Emas);  RM5,000  (Perak) dan RM2,000 (Meja Biasa).


Mereka yang berhasrat menempah meja boleh menghubungi Freddie Fernandez di talian 012-2071400 atau emel fredez2009@gmail.com atau

Ahmad Abdullah 014-7176276) atauu emel nurahamad@gmail.com.



#MalamAmalLegends #DoaBuatKekasih #Karyawan #IscadaNetSdnBhd #fyp




Tiada ulasan:

Catat Ulasan