Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMBIL BERBELANJA RM1K, PELUANG MENANG RM5K DI SURIA KLCC!


MEMASUKI musim
ke-5, pusat beli-belah ikonik Malaysia Suria KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang dinanti-nantikan pengunjung setianya waima yang bertuah berbelanja RM1,000 boleh membawa pulang e-baucer bernilai RM5,000.


Memang wow lah kan jika rezeki itu kepunyaan anda?


Seingat Kak Fas ini kali pertama Kak Fas berpeluang bersama media dan pempengaruh ternama mencuba nasib membuka kotak yang berisi e-baucer Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM5k daripada 100 kotak misteri yang disediakan di Centre Court


Sebelum itu pernah menyertai cabutan seumpama tetapi di pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya yang menawarkan sekeping  ‘Golden Ticket’ bernilai RM1,000. Cuma masih belum ada rezeki…



Apa pun jika anda mahu mencuba nasib apa kata sertai Kempen ‘Golden Ticket’ yang kini sedang berlangsung  di Suria KLCC dari 11 Mei sehingga 26 Mei bernilai RM5,000 atau pun di Alamanda dari 18 Mei hingga 3 Jun serta di Mesra Mall, Terengganu yang menawarkan e-baucer bernilai RM1,000 masing-masing.


Menariknya tahun ini daripada 99 kotak yang berisi tiket ‘Purple’ (Unggu) bernilai e-baucer RM50), terselit satu lagi hadiah tambahan terbaru yang mengandungi pula ‘Silver Ticket’.



Bagi mereka yang berjaya mencabut ‘Silver Ticket’ ini, mereka akan memenangi barangan mewah terkemuka, antaranya termasuklah sebentuk gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang eksklusif Fendi, beg selempang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk, telefon pintar iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg selempang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z- Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg bagasi Tumi. 


Menarik kan? 


Jika anda mahu mengalami pengalaman sebegini boleh sahaja. Caranya hanya berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih dan anda layak menyertai cabutan ‘Golden Ticket’.


Para pembeli akan menerima undangan untuk merasai suasana riang taman karnival, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam perlbagai aktiviti karnival sepanjang tempoh kempen berlangsung. 



100 pembeli pertama untuk setiap hari akan menerima sebuah token hadiah. 


Pembeli juga berpeluang untuk merakam detik berharga di kios foto yang mana mereka juga akan mendapat salinan foto tersebut secara percuma. 


Hujung minggu lebih bermakna dengan kepelbagaian aktiviti menarik seperti aktiviti lukisan muka dan belon pusing. 


“Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami. 


“Kempen ini menjadi lebih istimewa apabila setiap pelanggan adalah pemenang! Kami amat komited dalam memastikan para pelanggan kami berpeluang untuk menikmati pengalaman beli-belah yang lebih bermakna selain dari melihat usaha ini sebagai sebuah budaya beli-belah yang sihat di Kuala Lumpur,” ucap Francis Tan, Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd. 


Jadi jika terasa bertuah, jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabutan ‘The Golden Ticket’  yang menawarkan hadiah menarik ini. 



Sementara itu, pembeli di Alamanda Putrajaya pun boleh sertai kempen ‘Golden Ticket’ di mana dengan berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai kedai terpilih mereka berpeluang untuk menyertai cabutan. 


Lokasi kempen ini  menampilkan 50 kotak misteri di ruang legar aras G bermula 18 Mei hingga 3 Jun di mana peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda. 


50 cabutan tiket akan dilakukan setiap hari yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. 


Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut. 



Di Mesra Mall, Kemaman, Terangganu pula, mulai 10 Mei lalu sehingga 30 Mei ini, pengunjung yang berbelanja sebanyak RM300 dan ke atas melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih juga layak sertai cabutan.


Kempen yang diadakan di Centre Court menampilkan 55 buah kotak misteri di mana salah satunya mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ atau ‘Blue Ticket’. 


Tiket-tiket ini terdiri daripada hadiah utama Baucar Beli-Belah Mesra bernilai RM1,000 dan juga Baucar Beli-Belah Mesra yang bernilai RM30. 


Jadi good luck semua!


Info lanjut boleh layari:

  1. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall 
  2. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
  3. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall 


#SuriaGoldenTiket #SilverTiket #AlamandaPutrajaya #MesraMallKemaman #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan