Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KAMISEMPOI INTERNATIONAL LANTIK RIEZMAN DUTA HOS TIK TOK 'LIVE'



SYARIKAT agensi
TikTok No 1 di Malaysia dan Top 5 di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) mengumumkan pelantikan pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta untuk menjadi ‘live hos Tik Tok’ baru-baru ini.


Pada acara yang berlangsung di Dewan Pameran Pavilion Bukit pada 20 April lalu itu menyaksikan sebanyak 7 kategori  disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada  golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 


Selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat penganjuran acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan KSIA yang telah bekerja-keras selama ini. 


“Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini. Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah ini di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” ujar Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee (gambar bawah, kanan) katanya pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2024 dan perlantikan aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil. 


PAKCHIK Chin mewakili KSIA menerima Anugerah Best Excellency Agency Malaysia 2024.


Menurut beliau, apa yang membanggakan, live host KSIA terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia  serta golongan termasuk memilki lebih 30 rakan selebriti sebagai host live Tik Tok.


Pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana katanya, dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA. 


“Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif,” tambah Pakchik Cin Swee sambil memaklumkan antara artis lain yang terlibat adalah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Achong Sweetchild. 


Untuk rekod, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Singapura dan Indonesia dengan memiliki 1,300 live host TikTok di Malaysia, 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub-agensi.  


Sejajar dengan pencapaian yang diraih itu, KSIA  memaklumkan sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh lagi bagi membantu mereka di luar sana yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendaptan mereka sebagai host live TikTok. 



“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami. 


“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mereka boleh perolehi daripada sesi latihan ini,” ujar Pakchik Cin.


Beliau yang juga seorang pempengaruh TikTok pada asalnya berpendapat, latihan yang disediakan sangat penting kerana mereka mahu memastikan live host yang berada di bawah naungan KSIA benar-benar menghasilkan konten hiburan yang menarik dan bermanfaat di platform tersebut. 


“Kenapa kita sangat tekankan mengenai konten hiburan yang menarik dan bermanfaat? Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir kebelakangan ini, kita akan dapat lihat ada pempengaruh atau Tiktokers yang menghasilkan konten-konten bersifat mengemis. 



“Kalau boleh kita mahu elakkan live host TikTok kita daripada membuat konten sebegini. Jadi, kita kena selalu ‘guide’ mereka serta membantu mereka memahami garis panduan yang sudah ditetapkan TikTok kerana garis panduan komuniti TikTok teramatlah ketat. Nak kena ban memang cukup senang,” tambahnya panjang lebar.


KSIA  jelasnya, memang benar-benar komited dengan usaha untuk terus melahirkan live host TikTok yang berjaya menghasilkan konten menarik dan bermanfaat, mempunyai pengikut yang ramai serta pada masa yang sama berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi. 


“Bahkan, kami juga mahu menjadi syarikat agensi yang dapat membantu golongan masyarakat di luar sana untuk menjadi live host TikTok sebab kalau kita lihat ketika ini, TikTok sememangnya adalah sebuah platform media sosial yang benar-benar berpengaruh dan ramai di luar sana yang mahu menjadi TikToker. Kalau boleh, kita mahu realisasikan impian mereka ini,” ujarnya penuh harapan.



Berkongi lanjut,  Pakchik Chin memberitahu, tidak semua Tik Tokers adalah pempengaruh sepenuh masa bahkan ada yang menjadi host live secara sambilan,  ada juga yang menjadikan ia sebagai kerjaya spenuh masa dan ada pula yang bermula sebagai host live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi host live sepenuh masa. 


“Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak. Misalnya kita ada seorang host live TikTok yang bekerja di bank. 


“Dalam tempoh 8 bulan, dia meninggalkan kerjaya profesional dan menjadi host live TikTok sepenuh masa kerana sudah berjaya meraih pendapatan sebanyak 5 digit. Pada tahun lepas, pendapatannya sudah mencecah angka 6 digit. Ada juga yang sudah berpeluang menjadi selebriti,” dedahnya. 


Pada masa yang sama, dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia perniagaan di pemasaran digital, KSIA membuat pembaharuan dari sudut logo da penjenamaan mereka.


Sementara itu, Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don melahirkan rasa penghormatannya atas pelantikan sebagai duta untuk membantu kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA. 


“Insya Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” akhirinya.



#KamiSempoiInternationalAgency #Anugerah #TikTok #Pempengariuh #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan