Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PMDK LANCAR PLATFORM 'PODCAST' BAGI KEMUDAHAN MEDIA DIGITAL KEMBANGKAN JENAMA!


PERSATUAN Media Digital Kreatif (PMDK)
mengumumkan pelancaran platform ‘Podcast PMDK' untuk kegunaan ahli-ahli bagi tujuan memudahkan mereka menjana pendapatan dalam usaha mengembangkan jenama media digital masing-masing.


Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Seni & Budaya (MOTAC), Phang Chew Hock bersama Presiden PMDK, Alias Abu Bakar bertempat di kediamannya di Residensi Sungai Udang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Turut hadir Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Lai Chen Heng dan wakil-wakil daripada 10 media digital tempatan.


"Apa yang saya harapkan adalah supaya pemain media digital lebih ke hadapan dan sentiasa 'up to date' mengikut peredaran zaman, tidak ketinggalan sama maju seperti media-media utama yang lain,” ujar Alias ketika ditemui.


DARI kiri: Lai Chen Heng, Pang Chiew Hock dan Alias Abu Bakar.


Menurutnya, media digital tidak harus dipandang rendah waima kuasa yang ada pada jari jemari mereka tidak kurang penting malah mampu memviralkan isu dengan lebih pantas agar tindakan segera boleh dicapai.


“Apatah lagi pada zaman teknologi ini ramai yang kurang menonton televisyen tetapi beralih ke media digital untuk mendapatkan informasi dengan segera. Jadi media digital harus dilihat sama pentingnya dalam laporan tanpa mengetepikan etika kewartawanan.” tambah Alias.


Dengan kemudahan ruang ‘podcast PMDK’ yang disediakan, Alias berharap mana-mana media digital samada bloggers, influencer, KOL atau KOC yang ingin meluaskan kreativiti mereka dalam mengembangkan media masing-masing boleh menggunakannya.

 

‘Jika ada yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin menggunakan servis podcast PMDK boleh hubungi saya di talian 016-3685147,” ujar Alias.


Untuk rekod, PMDK ditubuhkan pada 18 Ogos 2023 dengan keahlian seramai lebih kurang 50 orang terdiri daripada kalangan media dalam talian termasuk pempengaruh media sosial.



Ia ditubuhkan dengan matlamat memperkasa dan menjaga hak dan kebajikan setiap ahli-ahlinya yang kini tergolong sebagai media alternatif baharu.


Selain itu Persatuan juga sedang merangka strategi kerjasama dengan beberapa pihak lain yang boleh menyumbang keperluan seperti kebajikan, kesihatan, perumahan dan lain-lain insentif untuk ahli.


Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pelancongan seni dan budaya khususnya sebagai peserta Kapal Belia Asia SSEAYP di bawah program Kementerian Belia dan Sukan, Alias yakin ia boleh diguna pakai untuk beliau menerajui PMDK ke satu tahap yang boleh menjaga kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahlinya  agar mendapat pengiktirafan dan setanding dengan media perdana sedia ada di mata umum. 


Majlis yang berlangsung santai turut disantuni MOTAC dengan pemberian cenderahati oleh Phang Chew Hock kepada setiap wakil media digital yang hadir.



#PMDK #MOTAC #Pelancongan #Kebajikan #MediaDigital #Pempengaruh #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan