Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH MELETOP ERA BERSIARAN 28 FEB.



"Satu Undian, Seribu Senyuman." begitu lah tema Anugerah Meletop 2016 (AME2016) tahun ini yang bakal berlangsung  pada 28 Februari bertempat di Pusat Konvensyen CIDB Kuala Lumpur, mulai jam 9 malam. Majlis berprestij ini akan bersiaran secara langsung melalui saluran Astro Ria (104) dan serentak di Ria HD (123)

"Tema ini membawa kelainan daripada penganjuran AME yang sebelumnya kerana buat julung kalinya AME diadakan bukan hanya sekadar mengiktiraf selebriti tempatan semata-mata tetapi turut menggalakan insan seni melakukan aktiviti tanggungjawab sosial untuk mengembalikan senyuman kepada masyarakat seterusnya menceriakan lagi kehidupan mereka," ujar Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris (gambar bawah), pada ucapan ringkasnya di majlis memperkenalkan barisan pengacara AME2016 semalam. 

Kelihatan hadir bersama  memberi sokongan padu ialah Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengarah Urusan Aura White Global Sdn. Bhd , Nur Furyna Azmeer.


Apa yang ketara pada kelainan seperti yang dimaksudkan sudah tentu dilihat pada lima pencalonan dalam kategori Bintang Online Meletop yang menyaksikan buat julung kalinya seorang menteri muda, YB Khairy Jamaluddin antara tercalon dengan artis popular seperti Zizan Razak,Emma Maembong, Dato Siti Nurhaliza dan Shaheizy Sam.

Mampukah Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy menundukkan nama-nama barisan artis popular berkenaan? Satu penantian yang cukup mendebarkan dan pasti ingin diketahui ramai kelak.

Lebih menarik, AME2016 akan menyaksikan penglibatan secara langsung calon-calon top 5 menyertai program "Meter Positif AME 2016 sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang mengundi.

Menurut Namanzee, pihaknya percaya apabila barisan Top 5 turun padang melalui 'Meter Positif' berkenaan, kehadiran mereka akan menyinari kehidupan insan lain menerusi kerja-kerja amal yang bakal dilaksanakan.

"Bagi kami, membuat orang tersenyum adalah hadiah berharga yang paling mudah untuk diberikan selain ia sebahagian daripada sedekah," tambah Namanzee.

Initiatif tersebut bertetapan dengan tema AME2016 di mana jika diperhalusi lagi, setiap satu undian yang diberikan peminat mampu memberi seribu senyuman kepada masyarakat. malah dapat membuka mata khalayak untuk terus bersatu dan sentiasa berbakti bagi mengukir senyuman di wajahinsan yang berada di sekeliling.




'Meter Positif AME2016 merupakan satu tanggungjawab sosial yang dijalankan, mengandungi empat aktiviti kemasyarakatan berbeza. Setiap aktiviti dijalankan mengikut peratusan undian yang diterima. Contohnya, bagi undian yang mencapai 25 peratus ke atas, calon-calon Top 5 akan mengunjungi pesakit kanak-kanak kurang bernasib baik di was pediatrik.

Selain itu, mereka juga akan turut mengunjungi Pusat Jagaan A-Fikrah Malaysia jika undian keseluruhan mencapai 50 peratus dan melawat Persatuan Kleft Bibir dan Lelangit Malaysia (Clapam) jika undian keseluruhannya pula mencapai 70 peratus. Dalam pada itu, satu kejutan bakal diaktifkan oleh barisan selebriti sekiranya undian keseluruhan bagi 16 kategori mencapai 100 peratus.


Majlis sidang media yang berlangsung turut memperkenalkan barisan pengacara di mana Dato AC Mizal dan pelawak wanita, JIhan Muse akan menyertai hos terdahulu Nabil Ahmad dan Neelofa. Acara kemudiannya menyaksikan video calon-calon Top 5 yang berjaya bersaing dalam 16 kategori keseluruhannya.

Pada tahun ini, penyanyi nombor satu, Dato Siti Nurhaliza  mendominasi senarai Top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2016 dengan empat pencalonan meliputi  Lagu Meletop (Terbaik Bagimu), Penyanyi Meletop, Grup/Duo Meletop dan Bintang Online Meletop.

Artis yang berada hampir di belakang Siti Nurhaliza terdiri  daripada Zizan Razak, Ayda Jebat, Johan, Shaheizy Sam, Emma Maembong dan naib juara Akademi Fantasia 2015, Syamel, masing-masing menerima tiga pencalonan dalam pelbagai kategori. 

AME2016 yang merupakan kali ketiga sejak penganjurannya bermula pada tahun 2014, turut menyaksikan pencalonan muka baharu  di kalangan selebriti seperti Zaharah Macwilson, Mark Adam, Azrel Ismail, Syamel AF, Hafreez Adam, Ezad Lazim dan Mira Filzah.


NEELOFA dan Nur Furyna Azmeer.
Kembali lebih segar dan bertenaga, penganjuran AME adalah untuk meraikan personaliti dan karya paling hit dan meletop merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital sepanjang tahun 2015.

Seperti tahun sebelumnya, 100 peratus kuasa mutlak yang diberkan kepada peminat untuk menentukan siapakah bakal mendominasi Anugerah MeleTOP ERA melalui undian SMS, undian secara online atau pun menerusi aplikasi terbaharu, Raku.

Namun, senarai lima calon akhir untuk 16 kategori yang dipertandingkan  telah disenarai pendek berdasarkan undian orang ramai sewaktu pusingan fasa pertama yang dibuka sejak 17 Disember 2015 hingga 15 Januari lalu.

Pemenang bagi kategori Top Top Meletop (Lelaki dan Wanita) pula akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi di kalangan lima calon terbaik. Hakikat itu menyaksikan jumlah keseluruhan kategori yag dipertandingkan dalam AME2016 berjumlah 18 kategori kesemuanya.

Semua pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi manakala Aurawhite bertindak sebagai penaja.

Berikut senarai penuh pencalonan AME2016:


DRAMA MELETOP


1. M.A.I.D
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak

ARTIS LAWAK MELETOP

1. Johan
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam

HOS MELETOP

1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Datuk AC Mizal
5. Fara Fauzana

PELAKON MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Zara Zya
3. Emma Maembong

4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin

PROGRAM MELETOP 
   
1. Gegar Vaganza 2015
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015

LAGU MELETOP    

         
1. Ayda Jebat - Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel AF - Hidup Dalam Mati
4. Datuk Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati

PENYANYI MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Datuk Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim

GRUP/DUO MELETOP

1. Akim & The Majistret
2. Cakra Khan feat Datuk Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir

PENYAMPAI RADIO MELETOP




1. Johan
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray

PROGRAM RADIO MELETOP

1. JoHaRa Pagi Era
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi

FILEM MELETOP


1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

BINTANG FILEM MELETOP

1. Shaheizy Sam
2. Zizan Razak
3. Sharnaaz Ahmad
4. Maya Karin
5. Aaron Aziz

FESYEN MELETOP

1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Datuk AC Mizal
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad

ARTIS BAHARU MELETOP

1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson


BINTANG ONLINE MELETOP

1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Datuk Siti Nurhaliza
4. YB Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam

COUPLE MELETOP

1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Johan & Ozzlyn
3. Nabil Ahmad & Zira
4. Lisa Surihani & Yusry
5. Yana Samsudin & Fadzil Zahari